Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gan.ti] | مڠݢنتي

Definisi : 1. menukar (dgn yg lain, yg baru, dll), menjadikan berganti: pegawai ini perlu diganti dgn seorang yg lebih cekap; 2. memberikan sesuatu kpd seseorang dll sbg cara memulangkan barang dsb yg sudah dihilangkan (dirosakkan dsb), memberi (membayar) ganti rugi: saya tidak dapat ~ pen awak yg sudah hilang itu; 3. mengambil tempat seseorang utk menjalankan sesuatu tugas dll: mengapa cikgu kita tidak mahu ~ guru besar dlm mesyuarat itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gan.ti] | مڠݢنتي

Definisi : 1 menukar dgn yg lain; membuat berganti: Ahmad telah ~ atap rumah yg bocor itu dgn yg baru. 2 memberikan wang, barang dll sbg ganti rugi; memberikan ganti rugi: Saya sanggup ~ segala perbelanjaan utk membaiki kereta ini. 3 mengambil alih pekerjaan, tugas dll drpd orang lain: Apabila dia bersara nanti, siapakah yg akan ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengganti

Puisi
 

Dari Beaufort pergilah Lumadan,
     Selalu ingin berlari-lari;
Kalau terluput nyawalah di badan,
     Barulah boleh adik mengganti.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Merujuk soalan saya dan jawapan yang berikut: 2. perkataan yang manakah yang tepat? kita perlu minum untuk menggantikan/mengganti air yang keluar dari/ daripada badan. "kita perlu minum untuk menggantikan air yang keluar daripada badan" mengapakah perkataan "mengganti" tidak sesuai dengan konteks ayat? harap berikan penjelasan. terima kasih.Yang betul ialah Kita perlu minum untuk menggantikan air yang keluar daripada badan. Menggantikan -kata kerja transitf daripada- sumberTatabahasa16.11.2007
Perkataan "ekspektasi" sering diguna untuk mengganti perktaan bahasa Inggeris"expectation". Adakah perkataan Bahasa Malaysia yang lebih sesuai?Perkataan ekspektasi tidak ada dalam bahasa Melayu, terjemahan/padanan expectation dalam bahasa Melayu ialah jangkaan atau harapan (mengikut bidang penggunaannya).Istilah17.06.2009
Kekeliruan penggunaan kata ganti tak tentu, mana-mana - untuk mengganti nama benda atau nama tempat yang tidak tentu. Contoh soalan, "----------------peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi------------------yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. A. Apa-apa, bila-bila B. Siapa-siapa, mana-mana C. Mana-mana, siapa-siapa D. Berapa-berapa, siapa-siapa

Encik Paul,

Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlm. 87):  kata ganti diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya:

apa-apa:   Bawalah apa-apa yang ada.

mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka.

siapa-siapa (sesiapa); Siapa-siapa pun boleh bersuara.

Oleh itu, berdasarkan keterangan di atas, ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

Siapa-siapa (Sesiapa) peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi mana-mana yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. 

 

Tatabahasa28.02.2009
Pada 2 April, sekolah akan (menjalankan / mengadakan) kelas tambahan untuk mengganti cuti Hari Raya. Jadual waktu hari selasa akan (diguna / digunakan) pada hari tersebut. 1. menjalankan/mengadakan - yang mana satu kata kerja betul? 2. diguna atau digunakan?

1. Pada 2 April 2011, sekolah akan mengadakan kelas tambahan untuk menggantikan cuti Hari Raya.

2. Jadual waktu hari Selasa akan digunakan pada hari tersebut.

Tatabahasa06.04.2011
soalan kedua saya ialah, panggilan "Ah Moi" pada perempuan berbangsa cina. Ada tak perkataan lain yang dapat mengganti panggilan ini dengan lebih sopan? Ini adalah kerana pada pendapat saya, panggilan ini dalam masyarakat cina terutama orang kantonis, maksudnya adik perempuan, tetapi pada sesetengah orang, panggilan sebegini adalah panggilan untuk orang gaji mereka. Kadang-kala, penggunaan panggilan ini akan menyebabkan situasi yang kurang sopan dan salah faham antara bangsa.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pada pandangan saya panggilan 'Ah Moi' lebih kepada dialek tempatan yang digunakan dalam daerah tertentu dan dalam konteks yang tidak rasmi. Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maksud bagi gelaran tersebut. Oleh itu, untuk mengelak salah faham tentang penggunaan gelaran itu sebaik-baiknya kita menggunakan gelaran yang baik seperti 'cik' untuk yang belum berkahwin dan 'puan' untuk wanita yang telah berkahwin.Lain-lain10.12.2010
saya keliru sama ada nama majalah harus di italic ataupun tidak -bilakah tanda petik boleh digunakan, adalah boleh mengganti italic untuk maksud yang samaNama majalah yang sudah diterbitkan hendaklah dicondongkan. Tanda petik ("...") digunakan untuk mengapit cakap ajuk,petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Mengapit judul rencana ,karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi 3 halaman77.Tatabahasa18.08.2009
berikan definisi lengkap insuransKamus Dewan mendefinisikan Insurans ialah perjanjian tanggungan yg dibuat oleh sesebuah syarikat utk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu; spt insurans kebakaran insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya berlaku kebakaran (pd rumah dll); insurans nyawa insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya orang yg berkenaan meninggal dunia; nyawa nyawa bekal umur insurans yg menjamin bayaran sekiranya orang yg berkenaan mencapai umur yg tertentu atau meninggal duniaMakna24.08.2007
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "selenggara" dan "senggara". Adakah perbezaan di antara keduanya atau boleh saling mengganti satu sama lain. Terima kasih.Tiada perbezaan kedua-dua perkataan tersebut dan boleh digunakan antara satu dengan yang lain. Cuma perkataan tersebut dibezakan dengan penggunaan sisipan "el". Kedua-duanya memberikan konotasi yang sama. Terima kasih.Tatabahasa11.10.2006
adakah perbezaan perkatan-perkataan berikut: -Baru -Baharu -Bharu

Ada sedikit perbezaan dlm penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, baharu digunakan utk maksud membaiki sesuatu , mengulangi lagi, memulakan sesuatu semula, mengganti/menukarkan sesuatu dgn yg baru, manakala baru biasanya membawa makna belum ada sebelumnya , belum lama dipakai/diguna atau belum dipakai lagi.

kata bharu digunakan pada tempat yang telah digazetkan contohnya Kota Bharu.

Tatabahasa21.04.2008
Apakah perbezaan antara baru dengan baharu ? dalam kamus dewan, kedua-duanya sama maksud, betulkah?Ada sedikit perbezaan dlm penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, baharu digunakan utk maksud membaiki sesuatu , mengulangi lagi, memulakan sesuatu semula, mengganti/menukarkan sesuatu dgn yg baru, manakala baru biasanya membawa makna belum ada sebelumnya , belum lama dipakai/diguna atau belum dipakai lagi.Makna25.07.2007
12

Kembali ke atas