Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gan.ti.kan] | مڠݢنتيکن

Definisi : menjadi ganti: anak negeri yg pandai sudah boleh ~ pegawai-pegawai dagang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gan.ti.kan] | مڠݢنتيکن

Definisi : membenarkan orang lain melakukan sesuatu sbg ganti orang yg mula-mula; menjadikan sbg ganti: Akhirnya Tun Perak dilantik oleh Raja ~ ayahnya menjadi Bendahara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggantikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya hendak mengemukakan satu kekeliruan dalam soalan. Ayat: Minumlah lapan gelas air setiap hari untuk menggantikan air yang keluar daripada badan. Dalam ayat tersebut, frasa yang digariskan ialah frasa "menggantikan air yang keluar daripada badan". Tujuan frasa ini digariskan adalah untuk menentukan sama ada frasa ini salah atau betul. Berdasarkan ayat tersebut, 1. menggantikan air yang keluar DARIPADA badan 2. menggantikan air yang keluar DARI badan. Yang manakah adalah betul? Mengikut pentafsiran(penjelasan, huraian) saya, selepas kata sendi nama "dari" perlulah ada suatu lokasi, tempat. Manakala "kata sendi nama "daripada" hadir di depan objek bernyawa, manusia. Tetapi berdasar pada jawapan buku latihan, jawapan yang diberikan ialah "menggantikan air yang keluar daripada badan". Badan bukankah sesuatu lokasi yang air keluar daripada? Bukan hendak menggunakan kata sendi nama "dari"? Saya keliru. Tolong berikan jawapan yang betul berserta dengan analisis soalan. Terima kasih.Frasa "menggantikan air yang keluar daripada badan" betul, menggantikan ialah kata kerja transitif yang diikuti objek iaitu air, dan daripada merujuk sumber iaitu badan dan bukannya lokasi seperti kampung serta Kuala Lumpur.  Untuk makluman tuan, kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandinganTatabahasa01.05.2014
Tuan, apakah perbezaan maksud antara "mengganti" dengan "menggantikan"? Saya hanya mengingini tuan menerangkan perbezaan antara maksud ketiga "mengganti" dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, iaitu mengambil alih pekerjaan, tugas dll daripada orang lain dengan maksud "menggantikan" dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, yakni membenarkan orang lain melakukan sesuatu sebagai ganti orang yang mula-mula. Dengan mengikut dua makna ini, bagaimanakah "mengganti" dan "menggantikan" digunakan dalam ayat?Lihat ayat contoh yang ada: Apabila dia bersara nanti, siapakah yg akan menggantinya? dan Akhirnya Tun Perak dilantik oleh Raja menggantikan ayahnya menjadi Bendahara. Dalam ungkapan umum kita sering menggunakan ungkapan "menggantikan" dan tidak perlu kita mencari perbezaan yang rinci antara kedua-dua kata tersebut. Jika untuk tujuan peperiksaan, sila rujuk pihak guru yang terlibat secara langsung dengan bidang tersebut.Tatabahasa30.12.2014
Tuan, merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, kata "menggantikan" bermaksud menjadikan sebagai ganti. Jadi, dengan berpegang kepada makna "menjadikan sebagai ganti", betulkah ayat-ayat yang saya bina di bawah? 1. Guru penasihat itu menggantikan Ahmad kepada Ali sebagai setiausaha. (Ayat ini bermaksud guru penasihat itu menjadikan Ahmad sebagai ganti kepada Ali sebagai setiausaha. Orang yang diganti ialah Ali, dan orang yang menjadi ganti ialah Ahmad.) 2. Dua hari lagi, pihak sekolah akan menggantikan kerusi baharu kepada kerusi lama di kantin. (Ayat (2) bermaksud dua hari lagi, pihak sekolah akan menjadikan kerusi baharu sebagai ganti kepada kerusi lama di kantin.) Saya merasakan dua ayat yang saya bina ini menepati maksud kata "menggantikan". Ayat contoh dalam Kamus Pelajar tidak memenuhi maksud "menggantikan", iaitu menjadikan sebagai ganti. Apakah pendapat tuan?Maksud kedua di dalam kamus ditandakan sebagai nombor 2. Menjadikan sebagai ganti bukan maksud kedua, hanya aspek lain bagi memudahkan pemahaman terhadap makna yang diujarkan sebelum ini. Lihat contoh ayat yang diberikan di dalam Kamus Pelajar, telah jelas menerangkan maksud perkataan tersebut. Tatabahasa29.01.2015
Ayat terbaik menggantikan "MEMOHON KEBENARAN BAGI MEMBUAT LALUAN MASUK". rasanya membuat seperti bahasa harian biasa.Ayat yang betul bagi penulisan surat rasmi ialah  "MEMOHON KEBENARAN UNTUK MEMBUAT LALUAN MASUK".Tatabahasa10.06.2014
boelhkah saya menggantikan semua perkataan Inggeris 'self' kepada 'swa'. misalnya 'self monitoring glucose meter' kepada 'meter glukosa swapantau'Untuk makluman awalan asing "swa" memang telah diterima dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Oleh itu, meter glukosa swapantau adalah betul dan boleh digunakan.Istilah14.03.2013
Merujuk soalan saya dan jawapan yang berikut: 2. perkataan yang manakah yang tepat? kita perlu minum untuk menggantikan/mengganti air yang keluar dari/ daripada badan. "kita perlu minum untuk menggantikan air yang keluar daripada badan" mengapakah perkataan "mengganti" tidak sesuai dengan konteks ayat? harap berikan penjelasan. terima kasih.Yang betul ialah Kita perlu minum untuk menggantikan air yang keluar daripada badan. Menggantikan -kata kerja transitf daripada- sumberTatabahasa16.11.2007
1) Kenyataan Media menggantikan Kenyataan Akhbar 2) Sidang Media menggantikan Sidang Akhbar Adakah boleh digunapakai untuk kedua-duanya? Sekian, terima kasih.Istilah yang tepat ialah Kenyataan Media dan Sidang Media.Lain-lain09.06.2017
Soalan 1. Yang manakah lebih gramatis: Langkah 1 hingga 3 diulang secara menggantikan larutan natrium hidroksida dengan asid hiidroklorik. ATAU Langkah 1 hingga 3 diulangi dengan menggantikan larutan natrium hidroksida dengan asid hiidroklorik. 2. Yang manakah lebih gramatis: Larutan dididihkan dan dibiarkan sejuk. ATAU Larutan dididihkan dan dibiarkan menyejuk.1. Langkah 1 hingga 3 diulang dengan menggantikan larutan natrium hidroksida dengan asid hiidroklorik. 

2. Larutan dididihkan dan dibiarkan sejuk. 
Tatabahasa15.10.2015
SESUAIKAH PERKATAAN 'TUNTASNYA' MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' DALAM KARANGAN? WAJARKAH KITA MENGGUNAKAN PERKATAAN 'KONKLUSINYA' BAGI MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' SEDANGKAN PERKATAAN TERSEBUT HANYALAH PINJAMAN SAHAJA. APA PENDAPAT TUAN?

Saudara Nor Aznim,

Perkataan tuntas bermaksud menyeluruh, sempurna, lengkap,segala-galanya. Perkataan kesimpulan bermaksud 1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi dr keseluruhan­nya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pen­dapat, ikhtisar: boleh pula disuruh kanak­kanak membuat satu-satu ~ dr bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara. Oleh itu, daripada kedua-dua makna tersebut, perkataan 'tunta' tidak sesuai digunakan, manakala perkataan 'konklusi' bukan varian bagi perkataan 'kesimpulan'.   

Tatabahasa17.05.2010
1) Apakah istilah yang tepat bagi menggantikan perkataan Coaching & Mentoring? 2) adakah istilah berikut telah diwartakan oleh DBP; TULAR bagi menggantikan VIRAL; PASCA NILAI (POST MORTEM) dan SWAFOTO (SELFIE)1. Padanan bahasa Melayu bagi istilah coaching & mentoring ialah Bimbingan dan Pementoran

2. Untuk  makluman tuan, istilah tular, pascanilai dan swafoto merupakan cadangan bahasa Melayu bagi perkataan viral, postmortem dan selfie dan perkataan tular, pascanilai dan swafoto boleh digunakan.
Penyemakan dan penterjemahan05.01.2017
12345678910...

Kembali ke atas