Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gaul] | مڠݢاءول

Definisi : mengaduk, mencampur: tanah itu mestilah digaul dgn baja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gaul] | مڠݢاءول

Definisi : mengacau supaya bergaul (antara satu dgn yg lain); mengaduk; membancuh: Sambil bercerita itu, Ali terus juga ~ nasinya dgn kuah dan sambal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggaul


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. menggaul tepung atau menggaulkan tepung ? 2. menguli tepung atau mengulikan tepung ? 3. mengiyakan, mengeyakan atau mengiakan ?

1. Menggaul tepung - mengikut konteks makna menggaul bermaksud mengacau supaya bergaul, manakala menggaulkan bermaksud mencampurkan, iaitu menambahkan sesuatu pada sesuatu yang lain supaya bercampur dan perkataan yang lazim digunakan ialah mencampurkan seperti mencampurkan susu dengan air.

2. Menguli tepung - tiada contoh penggunaan mengulikan.

3. Yang betul ialah mengeyakan (daripada kata akar ya) dan mengiakan (daripada kata akar ia).

Tatabahasa04.05.2011

Kembali ke atas