Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gé.lé/] | مڠݢيليق

Definisi : mengelokkan badan dll utk mengelakkan pukulan dll, mengelak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gé.lé/] | مڠݢيليق

Definisi : 1. berguling, bergolek, berbalik-balik: guli yg sedang ~ itu disekatnya; 2. menggiling, menggilas, menindih sampai pipih (hancur): siapa tahu kalau-kalau dia digelek kereta; 3. menggiling di antara dua belah tapak tangan supaya menjadi bulat (lilin, tanah liat dll), menggentel: lengannya spt lilin digelek; 4. melenggok-lenggokkan atau menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan berganti-ganti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gé.lé/] | مڠݢيليق

Definisi : 1 bergerak dgn berguling atau bergolek: Gulinya terjatuh dan terus ~ ke dlm longkang. 2 melanggar dan menindih dgn benda yg dpt bergolek; menggilas; menggiling: Getah yg sudah beku itu digelek supaya tipis dgn menggunakan mesin. 3 menggolek-golekkan sesuatu supaya menjadi bulat torak bentuknya; menggentel supaya menjadi bulat torak: ~ lilin. 4 menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan berganti-ganti; melenggok-lenggokkan badan ketika menari atau berjalan dll. 5 mencondongkan badan ke samping utk mengelakkan pukulan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggelek


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Mak Eton menggelek adunan kuih itu sehingga sebati.2)Sesiapa yang ditawarkan sebagai model barangan tersebut sungguh bertuaah kerana akan menikmati pendapatan yang lumayan.(ADA SALAH TAK?)

Saudara Ho,

Kedua-dua ayat yang dikemukakan betul dari aspek tatabahasanya, namun untuk ayat yang kedua lebih gramatis jika
'Sesiapa yang ditawarkan sebagai model barangan tersebut sungguh bertuah, kerana akan menikmati pendapatan  lumayan.'

Tatabahasa03.10.2012
Saya ingin tahu sumber perkataan 'Canai'. Ada sumber yang mengatakan perkataan 'Roti Canai' timbul dari roti yang dibawa oleh pendatang dari Chennai, India ke Malaysia. Jika teori ini betul, adakah perkataan 'Canai' (mencanaikan) seperti digunakan dalam Bahasa Melayu yang bermaksud mengasah, timbul dari perkataan Roti Canai (Chennai) ini?

Antara maksud canai ialah menggelek (adunan kuih) supaya rata dan nipis: ~ pastri. Konsep ini digunakan untuk 'roti canai'.

Makna18.08.2009

Kembali ke atas