Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ge.lu.pur] | مڠݢلوڤور

Definisi : bergerak-gerak sambil memukul-mukulkan sayap dll (ayam berlaga dll), menggelepar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ge.lu.pur] | مڠݢلوڤور

Definisi : bergerak-gerak dgn kencang (spt ayam yg disembelih) kerana menahan sakit dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggelupur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, a)Apakah jawapan paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah? 1.Beberapa ekor ikan yang berjaya disauk oleh Buar _______ sebaik sahaja dimasukkan ke dalam baldi. A. menggelupur B menggelegar C menggelepar D. menggeletik 2. Mina menulis surat kepada abangnya untuk menceritakan ________ keluarga mereka di kampung. A. perihal B perkara b) Apakah perbezaan penggunaan "perihal " dan "perkara"? Terima kasih.
Cadangan jawapan yang betul ialah:

1. .Beberapa ekor ikan yang berjaya disauk oleh Buar menggeletik sebaik sahaja dimasukkan ke dalam baldi.

2.   Mina menulis surat kepada abangnya untuk menceritakan hal keluarga mereka di kampung.

Untuk membantu tuan/puan mendapatkan maklumat yang lebih jelas, tuan/puan  boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.
Tatabahasa14.10.2020

Kembali ke atas