Salam, boleh tuan/puan berikan maksud 'air laut', 'air kolam' dan 'air sungai'? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan, laut ialah air masin yang menggenangi sebahagian besar daripada muka bumi, sungai ialah tali air yang semula jadi dan kolam ialah lubang (lekuk) di tanah yang berisi air. Puan boleh melayari laman PRPM.dbp.gov.my untuk makna perkataan. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
Jadi, "mengairi sawah padi" adalah betul dan "mengairkan sawah padi" adalah salah? | Mengikut Kamus Dewan dan Kamus Pelajar, ‘mengairi’ bermakna mengalirkan air ke; membubuh air pada; menggenangi (sawah). Contoh ayat: Mereka menggunakan terusan pengairan untuk mengairi sawah. | Tatabahasa | 01.05.2014 |
Mengikut kamus maksud pantai ialah tebing atau tepi laut yg diliputi pasir. Adakah sesuai jika dikatakan bermandi-manda di pantai atau lebih sesuai bermandi-manda di laut. Jika kedua-dua boleh digunakan tolong terangkan konteks penggunaan. | Bermandi-manda di pantai bermaksud mandi beramai-ramai dengan bersuka ria di kawasan yang berpasir dan berbatu-batu di tepi laut. Contohnya, ibu membawa adik bermandi-manda di pantai kerana adik masih kecil dan tidak pandai berenang. Bermandi-manda di laut bermaksud mandi beramai-ramai dengan bersuka ria di bahagian berair masin yang menggenangi sebahagian besar permukaan bumi. Contohnya, abang dan kakak sudah pandai berenang. Mereka bermandi-manda di laut setelah mendapat keizinan daripada ayah. Rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1261, 1406 dan 1611. | Tatabahasa | 17.08.2024 |
Salam, Apakah definisi untuk 'kapal laut'?saya cuba mencari maknanya di dalam Kamus Dewan tetapi tidak jumpa dalam entri 'kapal'. Selain itu, saya juga ingin bertanya, adakah bentuk dan fungsi kapal laut sama seperti kapal pesiaran seperti Star Cruise dan sebagainya?Terima kasih. | Salam, Apakah definisi untuk 'kapal laut'?saya cuba mencari maknanya di dalam Kamus Dewan tetapi tidak jumpa dalam entri 'kapal'. Selain itu, saya juga ingin bertanya, adakah bentuk dan fungsi kapal laut sama seperti kapal pesiaran seperti Star Cruise dan sebagainya?Terima kasih. Dalam bidang Geografi - Kapal laut yang menggunakan tenaga wap. Makna dalam kamus pula, Laut -bahtera atau perahu besar yang ada geladak (biasanya digerakkan oleh jentera); laut pula air masin yg menggenangi sebahagian besar drpd muka bumi. Maka secara harfiahnya, 'kapal laut' ialah bahtera atau perahu besar yang ada geladak (biasanya digerakkan oleh jentera) yang digunakan di laut masin. | Istilah | 28.05.2013 |