Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.bah] | مڠݢوبه

Definisi : 1. mengatur atau menyusun bunga (utk perhiasan sanggul dll); 2. mengarang (cerita, sajak, dll), mencipta (lagu dll), membentuk atau menyusun (sesuatu): nasihat itu telah digubah dlm serangkap pantun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gu.bah] | مڠݢوبه

Definisi : 1 mengatur atau menyusun bunga dsb utk perhiasan. 2 membuat cerita atau lagu dsb; mengarang cerita; mencipta sajak: ~ lagu Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggubah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengubah bunga atau menggubah bunga? Sebagai contoh, bakul wakid selain dijadikan perhiasan rumah ialah dijadikan pasu untuk mengubah bunga di dalam rumah. Yang mana satukah yang lebih tepat penggunaannya? Penggunaan perkataan yang betul dalam konteks ayat yang diberikan ialah "menggubah" yang bermaksud mengatur atau menyusun bunga dan sebagainya untuk perhiasan. Tatabahasa29.10.2020
selamat sejahtera tuan / puan, 1. Ibu menggubah bunga di atas meja. 2. Kakak mengait buah rambutan di bawah pokok. Adakah 2 ayat ini betul atau salah? jika salah, harap dapat penjelasan daripada pihak tuan / puan. terima kasihKedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa31.10.2018
selamat pagi, saya mahu tahu kalau syarikat kami sudah membuat SSM atas nama PEJABAT URUSAN INKJET SYSTEM ... tapi bila saya memohon pegesahan dari DEWAN BAHASA beliau menyuruh saya menggubah menjadi PEJABAT URUSAN PERCETAKAN JET DAKWAT ... setahu saya nama syarikat tidak boleh di tukar ... sebab saya sudah membuat SSM atas nama PEJABAT URUSAN INKJET SYSTEM ... Saya lapir kan sekali fail nya ...Untuk makluman, perkataan yang perlu ditukar ialah perkataan  di bahagian bawah, bukan nama syarikat tersebut yang telah didaftarkan. Perkataan yang perlu ditukar ialah Kami Pakar: Pencetakan Jet Dakwat. Sila buat pembetulan dan hantar semula iklan tersebut melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBPLain-lain08.01.2013
Saya ingin meminta jasa baik tuan/puan untuk menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Apakah penterjemahan yang betul untuk perkataan "game changer" ke Bahasa Malaysia? Game changer ialah orang yang dapat menggubah situasi atau aktiviti asal kepada keadaan yang lebih baik. Sekian, terima kasihPadanan bagi istilah game changer dalam bahasa Melayu ialah Pengubah Keadaan.Istilah29.04.2019
Assalamualaikum tuan/puan. Saya mengucapkan terimakasih atas jawapan tuan/puan terhadap bentuk ejaan "pengubahan wang haram". Berdasarkan jawapan yang tuan/puan berikan kepada saya, saya mengandaikan bahawa tuan/puan menyatakan kata dasar bagi perkataan ini ialah "ubah". Yang menjadi kemusykilan saya ialah, mengapakah kata dasarnya ialah "ubah" dan bukannya "gubah". Hal ini demikian kerana frasa "pengubahan wang haram" ini saya yakin dalam bahasa Inggerisnya ialah "money laundering" dan bukannya "money changing". Saya sangat berbesar hati jika tuan/puan dapat memberikan justifikasi sebab "ubah wang haram" yang tepat, dan bukannya "gubah wang haram". Terima kasih.Kami berpendapat pengubahan wang haram betul. Akar kata ubah menjadi mengubah dan menerbitkan pula kata pengubahan yang bermaksud perihal menukarkan sesuatu kepada sesuatu yang lain. Penggubahan daripada kata gubah menjadi menggubah, iaitu mengatur atau menyusun bunga untuk perhiasan. Dalam konteks ini kata pengubahan paling tepat digunakan. Dalam data kami kata juga launder bermaksud melaburkan wang haram, maka money laundering boleh diterjemahkan kepada pelaburan wang haram.Tatabahasa23.07.2015

Kembali ke atas