apakah implikasi bahasa melayu terhadap penggunaan bahasa inggeris dalam bidang sains dan teknologi? | Sesungguhnya pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi tidak menggugat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan. Dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan pelbagai seminar, persidangan, ceramah, syarahan, wacana ilmu dan bicarawara . Bagi menggalakkan penggunaan bahasa yang betul dan meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan masyarakat, penyebaran maklumat bahasa turut dilakukan melalui media cetak dan elektronik melalui penerbitan sisipan Klik DBP dalam akhbar Berita Harian, ruangan Munsyi Dewan dan Forum Pelajar dalam sisipan Pendidikan keluaran Utusan Malaysia. Pedoman bahasa juga dimuatkan dalam ruangan Cintai Bahasa Kita dalam Berita Harian dan siaran Teleinfo Bahasa menerusi RTM TV2. Bagi memantapkan usaha memperkasa bahasa Melayu di seluruh Negara, DBP Cawangan (Sabah dan Sarawak) dan DBP Wilayah (Utara, Timur dan Selatan) turut memainkan peranan dalam menyebarluaskan maklumat bahasa melalui media. DBP juga melaksanakan projek Khidmat Nasihat Bahasa bagi tujuan meningkatkan dan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. DBP juga menerbitkan kamus istilah yang mencecah 1 juta istilah yang merangkumi pelbagai bidang ilmu, pelbagai kamus ekabahasa dan dwibahasa untuk rujukan pengguna, khidmat nasihat bahasa, misalnya dalam bidang iklan khidmat bahasa yang diberikan percuma kepada penulis papan iklan dan Pihak Berkuasa Tempatan. DBP juga mewujudkan Karyanet, iaitu portal penerbitan dalam talian yang menyediakan kemudahan berkarya dan penerbitan serta penjualan terbitan melalui internet. Usaha mengetahui dengan lebih terperinci, langkah-langkah DBP dalam memperkasakan bahasa Melayu, bolehlah menghubungi Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu 03-2148 1960 | Lain-lain | 08.08.2008 |
salam, yang manakah lebih tepat antara "ungkai" dengan "rungkai" | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rungkai; merungkai bermaksud menghuraikan (simpulan tali dll), membuka (bungkusan dll). Ungkai; mengungkai bermaksud 1. menghuraiakan simpulan tali dll, mengorak, membuka (ikatan dll). 2. membuka atau menanggalkan (baju dll), membongkar (rumah), merombak 3. menganggap (menyatakan, menyebabkan) tidak berlaku atau sah, membatalkan (perjanjian dll), memansuhkan 4. mencari-cari sesuatu untuk diselidiki, membongkar-bongkar untuik menyelidiki (memeriksa dll), menggugat perkara yang sudah-sudah. Oleh itu, untuk menentukan perkataan yang tepat bergantung pada konteks penggunaan. | Makna | 16.02.2012 |
1.apakah cabaran bahasa malayu dalam era globalisasi ? . 2.wajarkah bahasa melatu di politikkan ? 3. apakah tindakan dbp dalam menjadi jabatan yang telus dari unsur yang mengganggu gugat status yang bebas (badan berkecuali). 4.kenapa bahasa melayu sukar untuk bersaing di peringkat global? | 1. Cabaran BM dalam era globalisasi antaranya penggunaan BI yg berleluasa, pengaruh media asing termasuk cetak dan elektronik, budaya luar yg sedikit sebanyak menggugat budaya tempatan dsbnya. 2. Soalan sdr agak sinikal, tetapi politik yg bagaimana sdr maksudkan?3. Soalan sdr agak kabur, tetapi dalam banyak hal DBP bertindak rasional dan terarah. 4. Dlm keadaan sekarang bahasa Inggeris lebih diutamakan sebagai bahasa ekonomi global. Untuk bersaing agak sukar, tetapi dalam waktu yg sama kita berusaha utk menjadikan BM sebagai bahasa di peringkat dunia. T kasih. | Lain-lain | 15.09.2008 |