Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.na.kan] | مڠݢوناکن

Definisi : 1 melakukan sesuatu dgn; mengambil sesuatu utk sesuatu tujuan: Mereka telah mengambil buah itu dgn ~ pengait. 2 mengambil faedah atau manfaat drpd sesuatu; memakai sesuatu yg dpt memberi guna: Sekarang orang ~ tenaga elektrik utk memasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggunakan

Peribahasa

Mengepit kepala harimau.

Bermaksud :

Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Memakai kulit harimau).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan di antara AGRI dan AGRO? Bagaimana untuk menggunakan perkataan AGRO dan AGRI ini untuk dimasukkan dalam ayat? Mengapa AGRIBUSINESS menggunakan AGRI dan tidak menggunakan AGROBUSINESS?Awalan agri tidak ada dalam bahasa Melayu, iaitu berkaitan dengan pertanian, tanah, atau ladang, misalnya agrokimia dan agroteknologi. Agri kependekan perkataan agriculture dan dalam bahasa Melayu ialah pertanian/tani, oleh itu istilah agribusiness diterjemahkan kepada perniagaan tani.Istilah08.10.2010
Manakah yang lebih gramatis? -Mereka banyak menggunakan halia dalam masakan. -Mereka menggunakan banyak halia dalam masakan. Terima kasih.Mereka menggunakan banyak halia dalam masakan kerana yang banyak ialah halia bukan menggunakan.Tatabahasa10.09.2012
1. penggunaan bahawa?? 2. Bolehkah menggunakan perkataan Ini diawal ayat? 3. Kejayaan kita menjadi... Islam sebagai addin......menjadikan Islam atau menjadi Islam? 4. penggunaan adalah dan ialah??? 5. Bolehkah menggunakan perkataan Yang diawal ayat? 6. Bolehkah menggunakan yang merupakan dalam ayat? 7. Bolehkah menggunakan kata tanya seperti bila, bagaimana, siapa.... dalam pernyataan ayat? 8.1. Perkataan 'bahawa' merupakan kata hubung komplemen yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa pertama. Contohnya: Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin; Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar.
2. Boleh. Fungsi kata hubung ini adalah untuk menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama.
3. ...menjadikan Islam
4. Kata pemeri ialah digunakan secara persamaan dan hadir di hadapan frasa nama. Cth. Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia. Kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif. Cth. Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar.
5. Boleh.
6. Soalan ini tidak jelas.
7. Kata tanya digunakan dalam ayat tanya seperti Siapakah nama dia? dan Di mana dia tinggal? Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata kerana dalam ayat penyata banyak perkataan lain yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat.
Tatabahasa27.03.2013
A)Abang berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan. B)Abang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan berenang. Yang manakah satu ayat adalah betul ? Terima kasih.Ayat yang betul ialah 'Abang berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan'. Tatabahasa12.04.2011
Ayat mana yang lebih tepat: saya menulis menggunakan pen biru. ATAU saya menulis menggunakan pen berdakwat biru.Lazimnya warna pen menandakan warna dakwatnya, maka ayat "saya menulis menggunakan pen biru" adalah betul.Tatabahasa16.07.2013
Bolehkah kita menggunakan kata ganti diri pertama "hamba" sewaktu bertutur dengan Sultan? Adakah betul semasa berada di dalam istana, kita menggunakan "patik" dan semasa berada di luar istana, kita menggunakan "hamba"?Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Lazimnya, kata patik ini dipakai sewaktu bercakap kpd raja-raja.
'Hamba' digunakan apabila bercakap dengan 'tuan' atau orang yang lebih rendah tarafnya daripada sultan/raja.
Istilah16.11.2012
Istilah Kumpulan Wang digunakan dalam Perlembagaan Malaysia menggunakan ejaan lama kumpulanwang. Apabila memetik perkara dalam Perlembagaan, atau bertujuan menggunakan Perlembagaan sebagai sumber maklumat, adakah kami perlu menggunakan ejaan baharu atau masih dengan ejaan lama? Adakah apabila ejaan Bahasa Malayu berubah, perlembagaan atau akta perlu dipinda?Dalam hal ini apabila merujuk istilah yang telah diwartakan dalam perundangan dan digunakan dalam konteks yang sama, maka ejaannya dikekalkan seperti ejaan kumpulanwang.Ejaan04.06.2012
dengan menggunakan digunakan bersama atau pilih antara satu?contohnya,dengan dan menggunakan digunakan berasingan.Terima kasihKata sendi nama "dengan" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud seperti yang berikut: 
i. membawa maksud bersama-sama atau berserta (Ayah pergi ke pekan dengan ibu.)  
ii. membawa maksud cara sesuatu dilakukan (Dia menyambut tetamu itu dengan senyum simpul.) 
iii. membawa maksud memakai atau menggunakan (Ani melukis potret itu dengan cat air.)
iv. menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama (Orang itu sentiasa sependapat dengan ketuanya.)

Berdasarkan penerangan pada nombor iii di atas, perkataan "dengan" tidak perlu digunakan bersama-sama dengan "menggunakan"  keranan telah membawa maksud "menggunakan".
Tatabahasa02.03.2012
Betulkah perkataan ini: a) berfacebook b) berblogUntuk makluman, tidak ada istilah berfacebook dan berblog dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, imbuhan ber- boleh digunakan untuk membawa maksud memakai atau menggunakan, contohnya berbahasa Melayu (menggunakan bahasa Melayu) , berkereta (menggunakaan kereta).  Sekiranya bermaksud menggunakan Facebook atau menggunakan blog, bentuk tersebut boleh diterima. Oleh sebab Facebook ialah kata nama khas, ejaan yang betul ialah ber-Facebook.Istilah20.01.2012
Saya ingin bertanya penterjemahan bagi perkataan "community policing". Hasil pembacaan saya ada yang menggunakan istilah "kepolisan masyarakat", ada yang menggunakan istilah"kepolisan komuniti" dan ada juga yang menggunakan istilah "kepolisian masyarakat". Bagi pihak DBP apakah penggunaan atau istilah rasmi untuk perkataan "community policing" dalam bahasa Melayu. Harap pihak tuan dapat membantu kemusykilan saya. Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk community policing dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk policing, iaitu pengawasan.  Oleh itu, padanan istilah yang kami cadangkan ialah pengawasan komuniti atau pengawasan masyarakat.Istilah19.09.2011
12345678910...

Kembali ke atas