(i) ... menghadapi pelbagai rintangan... (ii) ... menghadapi rintangan.... (iii) ... menghadapi banyak masalah... (iv) ... banyak menghadapi masalah .... Yang mana antara ayat di atas yang tepat dan apakah alasannya? | Yang paling tepat ialah menghadapi rintangan - kata kerja transitif (menghadapi) dan diikuti dengan objek (rintangan). | Tatabahasa | 18.09.2008 |
MENGHADAPI TAHUN PERSEKOLAHAN | MENGHADAPI ALAM PERSEKOLAHAN | Tatabahasa | 14.12.2010 |
Terima kasih, Tuan. Minta penjelasan lanjut. Kerajaan menghadapi pelbagai masalah dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Bincangkan. Kerajaan menghadapi pelbagai halangan dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Bincangkan. Kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Bincangkan. Soalan 1. Adakah penggunaan perkataan masalah, halangan dan cabaran pada 3 ayat di atas betul? 2. Adakah masalah yang ujud akan menjadi halangan dan jika tidak dapat diselesaikan ia akan menjadi cabaran? Contoh : Kerajaan menghadapi masalah kewangan dalam mengawal kebanjiran pekerja, dengan kata lain kerajaan menghadapi halangan iaitu sumber kewangan terhad. Maka, dengan sumber kewangan yang terhad, cabaran kerajaan ialah mendapatkan wang untuk mengawal kebanjiran pekerja asing 3. Bolehkah tuan kemukakan beberapa contoh situasi yang mendatangkan cabaran kepada negara atau individu supaya saya lebih jelas tentang maksud cabaran untuk dibezakan daripada halangan dan masalah. contoh 1 Apa cabaran seorang pendaki gunung? Jawapan faktor cuaca Apa masalah yang dihadapi oleh pendaki gunung? Jawapan faktor cuaca Apakah halangan yang dihadapi oleh pendaki gunung? Jawapan faktor cuaca Faktor cuaca adalah cabaran, juga merupakan masalah, juga merupakan halangan kepada seorang pendaki. Jadi, apa bezanya? | Untuk makluman tuan, huraian makna yang diberikan adalah merujuk Kamus Dewan dan Kamus Dewan tidak menghuraikan secara perinci tahap makna perkataan tersebut. Pada pandangan kami ayat yang paling tepat ialah Kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Kerja mengawal kebanjiran pekerja asing dianggap sebagai cabaran yang menguji kemampuan negara kita untuk menanganinya. Walau bagaimanpun tidaklah salah jika "mengawal kebanjiran pekerja asing" dianggap sebagai masalah atau halangan kepada negara kerana hal ini juga memerlukan penyelesaian (masalah) dan juga menjadi rintangan kepada negara. Hal ini demikian kerana kita boleh melihat ayat itu daripada pelbagai aspek sama ada masalah atau halangan atau cabaran. Untuk melihat contoh lain penggunaan kata cabaran, layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cabaran&d=9. | Makna | 07.06.2012 |
Saya menghadapi masalah dengan terjemahan WALK -IN SHOWER. Adakah menggunakan BILIK MANDI PANCURAN LUAR terjemahan yang tepat atau PANCURAN KHAS ? Saya percaya Pancuran Khas adalah lebih tepat, minta bantuan pihak Tuan merujuk ayat-ayat di bawah: 1. Complete with double King size bed, walk-in shower and separate bath as well as those all important extra Mal ingredients. 2. Every suite at Hotel Skyler in Syracuse has a private bedroom, safe, iron/ironing board, iHome clock radio, walk-in shower, flat-panel TV, HDTV, and free high-speed wired and wireless internet. All suites also have a refrigerator and desk, and all are smoke-free. 3. If you want to build a custom walk-in shower with curved walls, for example, you will use a custom-floated concrete shower pan. Terima kasih. | Untuk makluman puan, dalam data kami tiada padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi perkataan "Walk In Shower". Berdasarkan carian kami, perkataan "walk in shower" boleh diterjemahkan kepada "pancuran mudah alih". | Istilah | 17.10.2013 |
saya menghadapi masalah untuk memahami suku kata tertutup dan suku kata terbuka dalam bahasa melayu.Terima kasih. | Saudari Hazrina, Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, contohnya: saya, baca dan buku, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan, contohnya: emak, kakak dan buah. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. | Tatabahasa | 02.10.2012 |
SAYA MENGHADAPI MASALAH BAGAIMANA HENDAK MENERANGKAN KEPADA PELAJAR SAYA TENTANG PENGGUNAAN AWALAN TER DIGABUNG DENGAN KATA PENGUAT AMAT DAN SANGAT. CONTOH TERAMAT SANGAT.HARAP DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH | Lihat Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 244: Ter + amat, sangat + kata adjektif seperti teramat cantik dan tersangat indah. Penggunaan yang tak dibenarkan ialah ter + amat, sangat + kata adjektif + sekali seperti teramat cantik sekali. Untuk maklumat lanjut, semak halaman berkenaan dalam buku Tatabahasa. | Tatabahasa | 12.02.2012 |
saya menghadapi sedikit pemasalahan dalam penggunaan ". sekiranya mengakhiri ayat dengan ", soalan saya : kita perlu tutup kata (") atau . (nokhtah) dahulu. contoh ayat: "Kejayaan berada di sebalik dua patah perkataan, 'try harder'". atau "Kejayaan berada di sebalik dua patah perkataan, 'try harder'." mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk khidmat nasihat. terima kasih | Dalam keadaan yang sedemikian, ayat saudara diakhiri dengan tanda petik dan barulah noktah. | Tatabahasa | 12.10.2011 |
Saya menghadapi masalah dalam penggunaan "Antara....dan" dan "Antara...dengan". Pasangan yang mana satukah yang wajar? Dalam penjelasan saudara, sila sertakan dengan contoh ayat. | Pasangan kata sendi nama 'antara ... dengan' yang betul, seperti dalam ayat Antara Siti dengan Sarah, Sarahlah yang lebih pintar. Walau bagaimanapun kata hubung dan dapat digunakan apabila kata sendi nama antara diikuti oleh lebih daripada dua frasa. Contohnya, Satu pertemuan akan diadakan antara Perdana Menteri, Menteri Kerja Raya, dan Menteri Pengangkutan pada minggu ini. | Tatabahasa | 07.03.2011 |
saya menghadapi beberapa kemusykilan tentang penggunaan kata pemeri. Merujuk tatabahasa dewan edisi ke-3 2008, subtopik 9.2.3.5 , berkenaan kata pemeri hanya ada dua iaitu adalah dan ialah. Bagaimana dengan kata 'merupakan' yang digunakan termasuk dalam teks rujukan buku ini dalam halaman 262 perenggan ke 2 dr bwh dan hlmn 444 perenggan atas. Bukankah perkataan 'merupakan' ialah bentuk kata keja transitif bukanya kata pemeri. sila bantu saya untuk memastikan perkara ini. | Puan Aina, Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri ialah adalah dan ialah. kata merupakan ialah kata kerja. dan bukan kata pemeri. Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja. Oleh itu frasa adalah merupakan tidak boleh digunakan. Dalam halaman yang saudara nyatakan perkataan merupakan itu memang bukan kata pemeri. Makna perkataan merupakan adalah seperti yang berikut : 1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki melambangkan, melukiskan, menggambarkan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) berlagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu; | Tatabahasa | 06.10.2010 |
saya menghadapi masalah dalam penggunaan kata pemeri. mengikut kamus tatabahasa dewan, kata pemeri ialah mesti berada di hadapan kata atau frasa nama. sementara kata pemeri adalah hanya boleh berada di hadapan kata adjektif dan kata sendi nama. masalah saya ialah berdasarkan beberapa buku rujukan terdapat penggunaan kata pemeri di hadapan kata kerja,kata bilangan dan seumpamanya. saya ingin mendapatkan kepastian pihak tuan memandangkan buku rujukan sering menjadi tumpuan para pelajar. saya sangat bimbang keranan terdapat percanggahan pendapat dalam penggunaan ini lebih-lebih lagi jika melibatkan peperiksaaan awam kepada para pelajar. saya sangat berharap penjelasan yang lebih terperinci berkaitan pemasalahan ini. terima kasih. | Merujuk buku Tatabahasa Dewan kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Umumnya kata pemeri tidak boleh di hadapan kata kerja, tetapi kata pemeri "ialah" boleh berada di hadapan kata bilangan kerana kata bilangan ialah kata nama. | Lain-lain | 03.08.2010 |