Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.faz] | مڠحفظ

Definisi : membaca atau mempelajari ayat suci berulang kali supaya ingat dlm ingatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.faz] | مڠحفظ

Definisi : mempelajari sesuatu berulang-ulang supaya hafaz: Saya tidak dpt ~ syair itu kerana terlalu panjang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hafal (kata kerja)
Bersinonim dengan ingat, lancar;,
Kata Terbitan : menghafal, menghafaz,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon bantuan: yang mana betul "menghafaz" atau "menghafal" ? Mohon beri contoh penggunaan yang betul bagi kedua-dua kata tersebut. Terima kasihDalam Kamus Dewan, edisi keempat, menghafaz membawa maksud terpelihara dan kekal dalam ingatan (khususnya tentang bacaan ayat suci al-Quran).  Ayat contoh:  Waktu umurnya 10 tahun, dia sudah menghafaz al-Quran.

Menghafal pula bermaksud sudah masuk betul dalam ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan.  Ayat contoh:  Setiap hari dia bertubi-tubi menghafal nama teknikal yang begitu rumit.
Makna25.07.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah ayat yang betul bagi:- "Izani memperoleh naib johan dalam acara lontar peluru sempena kejohanan sukan sekolah", "Faiz memperoleh tempat kesepuluh dalam Pertandingan Menghafaz Al-Quran kategori lelaki sekolah menengah". Dan apakah johan, naib johan dan tempat ketiga merupakan kata nama khas pada situasi berikut: Tempat ketiga Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Naib johan Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Johan acara pingpong kategori beregu (jika berada di tengah ayat)1. Ayat yang betul ialah “Izani mendapat naib johan dalam acara lontar peluru bersempena dengan kejohanan sukan sekolah.”
2. Ayat betul ialah “Faiz memperoleh tempat kesepuluh dalam Pertandingan Menghafaz al-Quran bagi kategori lelaki sekolah menengah.”
3. Perkataan naib johan dan tempat ketiga jika berada di tengah-tengah ayat perlu dieja dengan huruf kecil seperti dalam contoh ayat,  “Ahmad mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri.”, “Abu mendapat naib johan dalam Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri.” dan “Ali menjadi johan dalam acara pingpong bagi kategori beregu.”.

Tatabahasa14.02.2023
Salam, saya ingin mengetahui apakah perbezaan maksud antara hafalan dengan hafazan? adakah perkataan Hafazan tidak wujud dalam kamus Dewan(kerana tiada maklumat diperoleh dalam Kamus Dewan secara online mengenai makna hafazan),hanya wujud perkataan hafalanHafalan dan hafazan terbit daripada kata hafal dan hafaz.  Hafal bermaksud sudah masuk betul dalam ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan dan hafalan ialah hasil daripada perbuatan menghafal. Hafaz bermaksud terpelihara dan kekal dalam ingatan (khususnya tentang bacaan ayat suci al-Quran) dan hafazan ialah hasil daripada perbuatan menghafaz.Tatabahasa13.09.2011

Kembali ke atas