Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.lang] | مڠهالڠ

Definisi : 1 menahan se­suatu supaya tidak dpt bergerak, meng­alir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; me­negah; melarang: Maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3 menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halang
Kata Terbitan : menghalang, terhalang, halangan, berhalangan, penghalang,

Peribahasa

606

Truth will come to light

Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.

Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.

For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually

Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat berikut gramatis: 1. Rosli menghalang daripada tanamannya dirosakkan kumbang perosak. 2. Dia berjaya melepaskan daripada dirinya ditahan pihak polis.Contoh ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut:
1. Rosli menghalang daripada tanamannya dirosakkan kumbang perosak
    ---> Rosli menghalang kumbang perosak daripada merosakkan tanamannya.
2. Dia berjaya melepaskan daripada dirinya ditahan pihak polis
   ---> Dia berjaya melepaskan dirinya daripada ditahan pihak polis.
Tatabahasa24.08.2018
Ayat utama:Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di permukaan air dan menghalang sinaran matahari ke dasar sungai. Ayat yang kedua:Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung atas permukaan air dan menghalang sinaran matahari dari dasar sungai. Saya nak bertanyakan soalan ni manakah ayat yang betul? Sebenarnya penggunaan kata sendi nama di digunakan Arah,Tempat,dan masa.Saya ada keliru soalan ini.Mohon Tuan/Puan boleh memberi penerangan yang jelas.Sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang tetap. Contohnya: Aku berdiri di dalam sungai sambil  mencuci kain di atas sekeping batu leper. 

Ayat yang betul ialah:
Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di permukaan air dan menghalang sinaran matahari ke dasar sungai.
Lain-lain05.01.2021
Ibu bapa akan meluangkan masa bersama dengan anak-anak untuk menghalang mereka daripada keluar rumah. Q: Adakah ayat ini betul?Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak untuk menghalang mereka keluar daripada rumah.Tatabahasa12.08.2012
penggunaan perkataan kekangan untuk menyatakan masalah ruang bagi tujuan permohonan ruang.Kekangan bermaksud halangan/sesuatu yg mengekang (menghalang dll). Dalam konteks ayat tersebut,  kekangan untuk menyatakan masalah ruang bagi tujuan permohonan ruang ialah halangan/sesuatu yang menghalang permohonan ruang itu diluluskan.Makna01.04.2010
Five RetardantMenghalang api (bukan kalis api)Lain-lain15.07.2008
Kami ingin mengetahui maksud Penggalang.Adakah maksudnya ia menghalang atau menyekat? Nama Penggalang ini akan diletakan pada bot - bot laju APMM.

 

Tuan,

Maksud penggalang menurut Kamus Dewan adalah sesuatu yang digunakan untuk menggalang atau perintang.

 Terima kasih

Makna01.07.2011
salam 1 Malaysia, 1. Apakah penggunaan kata 'ke lima' (dijarakkan atau dekat) dalam ayat berikut sesuai digunakan? contoh ayat : faktor yang ke lima yang menghalang pelajar datang ke sekolah adalah kerana kemiskinan. 2. apa beza murid dengan pelajar? adakah penggunaan murid/pelajar dalam ayat berikut betul: contoh ayat : pelajar di sekolah rendah lebih mudah menerima nasihat daripada murid sekolah menengah. sekian terima kasih1. Faktor kelima yang menghalang pelajar datang ke sekolah ialah kemiskinan.
2. Perkataan murid dan pelajar mempunyai maksud yang sama, iaitu orang atau anak yang sedang belajar atau berguru. Walau bagaimanapun, murid lazimnya digunakan untuk sekolah rendah.
Tatabahasa02.03.2015
Salam, Soalan saya merujuk kepada ayat di bawah: "Beg udara menghalang pemandu dan penumpang daripada merempuh stereng dan papan pemuka dengan memanjangkan masa impak semasa perlanggaran." Adakah perkataan 'merempuh' sesuai digunakan? Jika tidak, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikannya? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan"rempuh" membawa maksud perbuatan melanggar seseorang atau sesuatu, biasanya dengan agak kuat sehingga terbalik, cedera, rosak dan sebagainya. Oleh itu, perkataan "merempuh" dalam ayat ini boleh digunakan.Tatabahasa21.02.2022
Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah "pop-up blocker" (yang menghalang tab baru daripada dibuka dalam sesuatu penyemak imbas)?Belum ada lagi istilah untuk "pop-up blocker" dalam bahasa Melayu.  Kami cadangkan dua istilah yang boleh digunakan mengikut konteks:

1. "Penghalang tetingkap timbul" sekiranya ia window
2. "Penghalang kotak timbul" sekiranya ia box 
Makna27.04.2014
Saya seorang pelajar yang menulis tentang Pendidikan Islam. saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf kecil dan besar dalam perkataan pendidikan islam dalam ayat-ayat berikut : 1. Pusat-pusat pendidikan islam 2. Usaha-usaha untuk menghalang penyebaran pendidikan islam.Penggunaan huruf yang betul:
1. Pusat-pusat pendidikan Islam   
2. Usaha-usaha untuk menghalang penyebaran pendidikan Islam
Ejaan19.07.2018
1234

Kembali ke atas