apakah definisi kedatangan pekerja dalam organisasi | Datang bermaksud 1. sampai,tiba.2. bergerak menghampiri sesorang atau sesuatu tempat 3. pergi 4. berasal 5. hingga, sampai 6.muncul,timbul 7.bkn. jangka masa,yang akan tiba,hadapan, kemudian. Berdasarkan makna di atas ungkapan tersebut boleh membawa maksud ketibaan atau kemunculan pekerja dalam organisasi atau kehadiran pekerja. Untuk maklumat lanjut sila buku tentang organisasi atau pengurusan. | Makna | 31.10.2008 |
Ke hadapan Tuan/Puan, Selamat sejahtera. Saya dengan ikhlasnya ingin meminta panduan untuk penerbitan sajak di bawah penerbitan dewan bahasa dan pustaka. Sesungguhnya, koleksi sajak ini menghampiri satu dekad lamanya dan gaya-gaya yang terkandung di dalam penulisan sajak-sajak hasilan ini amat sayang jika dibiar tersimpan dalam laci. Saya berharap mendapat peluang dan panduan untuk proses penerbitan ini. Sekian,terima kasih. Yang benar, John Chong | Saudara boleh menghantar sajak-sajak saudara itu kepada Ketua Editor Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk dinilai. Sekiranya sesuai, sajak saudara akan disiarkan dalam majalah-majalah terbitan DBP. | Lain-lain | 22.05.2011 |
assalamualaikum dan salam 2 Malaysia..sy mempunyai 1 pertanyaan berkenaan ayat berikut.. 1. Para penonton kagum melihat murid prasekolah yang fasih / petah bercerita itu.(apakah jawapan paling tepat) 2. kita mestilah beramah mesra seperti Elena dan IZza menghampiri Ayuni dan bertegur sapa dengannya.. persoalannya.. mn yg betul..ramah mesra / beramah mesra? atau kedua2 boleh terima.. | Salam, 1. Ayat yang betul ialah "Para penonton kagum melihat murid prasekolah yang petah bercerita itu". 2. Ayat kedua pula strukturnya tidak begitu tepat. Sehubungan dengan itu dicadangkan supaya diolah kembali "Kita mestilah bersikap seperti Elena dan Izza yang sentiasa bertegur sapa dan beramah mesra dengan Ayuni. | Tatabahasa | 14.08.2015 |
apitan meN-...i menandakan lokatif. Bolehkah pihak tuan menjelaskan makna lokatif dan memberikan contohnya sekali. | Lokatif ialah makna tatabahasa yang dikaitkan dengan imbuhan dalam ayat ntuk menandakan tempat berlakunya perbuatan. Contohnya ...i dalam ayat murid-murid menaiki bas dan Ali menghampiri lembaga itu. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 05.12.2008 |
Berdasarkan ayat ini: 'Aku lihatnya seperti berumur lewat belasan, tetapi bertanggungjawab setara mereka yang digelar dewasa.' Apakah linkungan umur bagi frasa 'lewat belasan'? | Tiada maklumat dan pengkategorian yang jelas tentang kumpulan usia lewat belasan tahun dalam sumber rujukan kami. Dari aspek bahasa lewat belasan boleh dianggarkan menghampiri dua puluhan seperti 18 atau 19, walau bagaimanapun ia bukanlah suatu angka yang rasmi. | Tatabahasa | 10.10.2018 |
Merujuk kepada maklum balas pihak tuan bertarikh 4 Oktober 2017, bersama-sama ini disertakan cadangan dalam Bahasa Melayu bagi istilah Bahasa Inggeris yang berikut untuk perhatian tuan selanjutnya. i) suppressor variable : pemboleh ubah penekan (dalam konteks statistik, pemboleh ubah ini berfungsi untuk menekan (suppress) varians yang tidak berkaitan dalam pemboleh ubah tidak bersandar. Hasilnya, suatu perhubungan sifar atau menghampiri sifar dapat dilihat antara pemboleh ubah penekan dengan pemboleh ubah bersandar. Selain itu, pemboleh ubah penekan turut mempunyai hubungan linear dengan satu atau lebih pemboleh ubah tidak bersandar. Pemboleh ubah penekan ini turut tergolong dalam kelompok pemboleh ubah tidak bersandar dalam model regresi linear pelbagai. ii) reciprocal suppression : tekanan timbal-balik iii) inconsistent mediation : pengantaraan tidak konsisten iv) bias-corrected confidence interval : selang keyakinan pesongan-dibetulkan v) negative suppression: tekanan negatif Adalah diharapkan agar pihak tuan dapat membantu dalam terjemahan istilah tersebut. Bantuan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. | Disampaikan maklumat yang dilampirkan untuk makluman dan perhatian tuan selanjutnya. Terima kasih. | Istilah | 06.10.2017 |
Seekor penyu sedang...........naik keatas pantai untuk mencari tempat bertelur yang sesuai A) menyusur B) mengesot C) merangkak D) melompat Apakah jawapan paling tepat sekali bagi tempat kosong tersebut. Sekian terima kasih | Jawapan yang sesuai ialah mengengsot. (éngsot); berengsot, berengsot-engsot 1. bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden; tidak ~ drpd bibir prb selalu disebut-sebut; mengengsot 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. = mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan. Lihat pula definisi mengesot kerana berbeza walaupun hampir sama. menegsot = bergerak (beralih) dgn menggeserkan atau mengengsotkan punggung, berengsot: anaknya belum boleh berjalan, baru pandai mengesot; dgn mengesot sedikit anak muda Inggeris itu menghampiri Doris; | Tatabahasa | 25.10.2012 |