Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.han.tar] | مڠهانتر

Definisi : , menghantarkan meletak­kan (di tanah dll) sembarangan sahaja, meng­geletak: dihantarkannya tangan kanan ke atas bahu kirinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.han.tar] | مڠهانتر

Definisi : 1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan mening­galkannya di situ: setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dgn keretanya; 2. membawa atau menyebabkan bergerak dr satu tempat ke tempat lain, mengalirkan: pam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dlm paru-paru melalui salur nadi; 3. menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dsb) melalui alat perhubungan (spt pos, telegraf, dsb), mengirim: dia ~ surat kpd ayahnya setiap bulan; 4. membawa utk diberikan (disampai­kan) kpd seseorang dsb: dia datang ke rumah ~ surat itu; 5. membawa ke sesuatu tempat (utk tujuan tertentu): ~ manusia ke bulan; ~ kereta ke bengkel utk dibaiki; 6. menyertakan sesuatu (utk dipertandingkan dsb): dlm pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukis­annya; 7. membiayai pelajaran dsb, mema­sukkan (ke sekolah dsb yg tertentu): kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri; ~ anaknya ke sekolah aliran Melayu; 8. menyuruh (mengarahkan, me­min­ta, me­maksa, dsb) pergi ke sesuatu tempat (utk melaksanakan sesuatu tugas dsb): ~ bala tentera ke sempadan; ~ perwakilan ke sesuatu persidangan; 9. menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kpd seseorang pemain lain (dlm permainan bola sepak, hoki, badminton, dll): Hassan ~ bola ke pintu gol; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.han.tar] | مڠهانتر

Definisi : 1 menemani, mengawani, mengiringi orang berjalan: Dia ~ neneknya pulang ke Ipoh. 2 membawa; mengirim: Posmen ~ surat ke rumah Ali. 3 memasukkan ke (sekolah dsb); membiayai pelajaran dll: Banyak ibu bapa yg ~ anak mereka belajar di sekolah itu. Setiap tahun, kerajaan ~ para pelajar ke luar negara utk melanjutkan pelajaran. 4 mengirim (membawa) ke sesuatu tempat utk sesuatu tujuan: Negara kita telah ~ dua orang peserta dlm perlumbaan itu. ~ manusia ke bulan; ~ pasukan tentera ke perbatasan. 5 memberikan (menendang, memukul dsb) bola, bulu tangkis dll: Bulu tangkis itu dihantar betul-betul atas garisan tepi gelanggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,

Puisi
 

Dari Acheh bersapu tangan,
     Gajuk tiang mana nak cabut;
Jikalau kasih menghantar teman,
     Jikalau sayang berbilang rambut.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Tuan, saya berminat untuk menghantar puisi untuk terbitan majalah pihak tuan. Bagaimanakah caranya untuk menghantar puisi tersebut. Sekian.Kami mengalu-alukan sebarang karya daripada para pembaca. Sekiranya tuan  sedang menuntut di universiti, tuan masih boleh menghantar puisi kepada majalah Dewan Siswa. Tuan juga boleh menghantar puisi kepada majalah terbitan DBP yang lain, seperti Tunas Cipta,Dewan Budaya, dan Pelita Bahasa dan puisi yang dihantar hendaklah sesuai dengan majalah masing-masing. Majalah Dewan Pelajar pula dikhususkan kepada karya oleh pelajar sekolah yang berusia antara 7 hingg 13 tahun.Kiriman puisi ke majalah terbitan DBP bolehlah dialamatkan kepada: Editor, Majalah Dewan Pelajar/Majalah Dewan Siswa/Majalah Dewan Sastera/Majalah Pelita Bahasa (pilih mana yang berkenaan), Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.

Sekian, selamat berkarya dan selamat berjaya!

Tatabahasa19.03.2013
Wah, cantik dan unik tiga ilustrasi cover Tunas Cipta. Saya ingin menghantar makalah bersifat kajian, dalam ruangan "TUMPUAN", berapakah format halaman yang ditetapkan? Selain itu, saya menghantar dua puisi dan bakal menghantar satu cerpen terbaru ciptaan saya.E-melkan sahaja kepada saya, ghanig@dbp.gov.my berkenaan makalah berbentuk kajian, lebih elok jika menghantar PM FB sinopsis kepada saya dahulu untuk perbincangan awal.Lain-lain17.06.2012
Ingin menghantar sajak, tapi tak pasti berapa umur yang di hadkan untuk menghantar sajak kepada DBP. Anggarannya dari umur berapa ke berapa?Terima kasih atas pertanyaan sdr itu. Bagi menghantar sajak atau karya kreatif dan non-kreatif kepada penerbitan DBP, sebenarnya tiada had atau penetapan umur. Dalam hal ini, karya yang dihantar adalah bergantung kepada teks atau mutu karya tersebut. Karya tersebut bolehlah dihantar berdasarkan kepada sasaran peringkat umur pembaca iaitu majalah Dewan Pelajar (peringkat umur tujuh ke 12 tahun), Dewan Siswa dan Tunas Cipta  (umur 13 ke 15 tahun), Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat dan Dewan Kosmik (umur 16 tahun ke atas). Sekian dimaklumkan dan terima kasih jua.     Lain-lain19.07.2010
Sekiranya saya ingin menghantar manuskrip dalam bentuk genre puisi tradisional (sastera) adakah saya perlu menghantar kertas cadangan judul sebagaimana penulisan buku umum. Sekian, terima kasih.Puan boleh menghantar terus manuskrip yang sudah lengkap itu kepada Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Aras !0, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain14.12.2012
Bolehkan saya menghantar karya seperti sajak,pantun dan syair saya ke sini?Adakah saya akan mendapat apa-apa ganjaran?Apakah alamat surat-menyurat untuk menghantar karya saya?

Saudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekiranya karya saudara adalah untuk bacaan dewasa.  Jika untuk tatapan kanak-kanak dan remaja, saudara boleh menghantarnya kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.  Karya tersebut sama ada sajak, pantun, atau syair mestilah dalam bentuk manuskirp yang jumlahnya tidak kurang daripada 100 buah untuk sajak.  Manakala syair dan pantun bergantung pada tema, setiap tema pantun mestilah tidak kurang daripada 500 rangkap pantun dan syair pula tidak kurang daripada 150 halaman untuk setiap syair. 

Saudara juga boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekiranya saudara tidak berhajat untuk menerbitkannya dalam bentuk buku.

 Setiap karya yang dipilih untuk diterbitkan dalam bentuk buku, akan diberikan ganjaran dalam bentuk royalti, manakala jika disiarkan dalam majalan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, akan diberikan ganjaran dalam bentuk honorarium.

Lain-lain29.05.2010
1) Wadah manakah yang sesuai bagi saya menghantar karya saya seperti cerpen atau sajak yang bertemakan remaja dan kanak-kanak? 2) Bagaimana caranya atau syarat-syarat untuk saya menghantar hasil tulisan saya.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Kami amat berbesar hati atas minat puan untuk menghantar karya bertemakan kanak-kanak dan remaja. Sekiranya karya tersebut berupa novel atau koleksi cerpen, puan boleh menghantarnya ke Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja (PURNAMA), Tingkat 21, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. Sekiranya karya puan dalam bentuk sebuah cerpen atau sajak, maka puan boleh menghantarnya ke DBP untuk disiarkan dalam majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa atau Tunas Cipta mengikut kesesuaian. Sekiranya puan berhajat untuk menghantar kepada penerbit selaian DBP, puan boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak editorial majalah seperti Bintang Kecil, Anis dan sebagainya.

2. Untuk mengetahui tentang cara atau syarat-syarat menghantar karya tersebut, sila hubungi alamat seperti yang tertera di bawah, iaitu bagi penerbitan DBP:

Editor Tunas Cipta, Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Editor Dewan Siswa, Bahagian Majalah, Tingkat 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Editor Dewan Pelajar, Bahagian Majalah, Tingkat 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

 

Lain-lain08.07.2010
SAYA INGIN MENGHANTAR KARYA... TAPI BAGAIMANASaudara boleh menghantar karya kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur, sekiranya karya saudara merupakan karya sastera, seperti novel, puisi atau kajian yang pembaca sasarannya orang dewasa.  Sekiranya pembaca sasarannya kanak-kanak atau remaja, saudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.  Jika karya saudara karya ilmiah untuk bacaan umum saudara boleh menghantarnya kepada Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain17.03.2010
Ayat 1: Saya menghantar sepucuk surat kepada bapa saya 'untuk' harijadinya. Ayat 2: Saya menghantar surat kepada bapa saya 'pada' harijadinya. berdasarkan kedua-dua ayat di atas, yang manakah menggunakan kata sendi yang betul? 'untuk' harijadinya atau 'pada' harijadinya?Yang betul ialah saya menghantar sepucuk surat kepada bapa saya untuk hari jadinya.Tatabahasa04.09.2009
A)Ali menghantar bola kepada Amin. B)Ali membaling bola kepada Amin. Apakah perbezaan atau kesalahan antara dua ayat ini.Terima kasih.Kedua-dua ayat yang dikemukakan adalah betul. Perbezaannya ialah kaedah atau cara bola tersebut dikendalikan atau bergantung pada jenis permainan bola tersebut, sama ada bola sepak, bola baling atau lain-lain. Tatabahasa12.05.2011
DAPATKAH TUAN MENGHANTAR PANTUN SELOKA SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN

Antara contoh pantun:

Pasang lampu pasang pelita,

    Pasang mari laut jambatan;

Kekalnya jodoh jangan dipinta,

    Memang jodoh jadi suratan. 

 

Budak-budak duduk di pintu,

    Apa dibuat mencari kutu;

Habislah wang beribu-ribu,

   Sukalah hati mendapat menantu. 

 

Saudara digalakkan merujuk buku Kurik Kundi Merah Saga, Kumpulan Pantun Lisan Melayu, terbitan DBP untuk mendapatkan pantun-pantun lain yang lebih menarik. 

Lain-lain19.02.2010
12345678910...

Kembali ke atas