Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.pus.kan] | مڠهاڤوسکن

Definisi : 1. menghilangkan dgn me­nyapu: ~ conteng pd dinding; 2. meng­hilangkan, meluputkan, meniadakan, mem­banteras, membasmi: ada beberapa jalan utk ~ penyakit; berjuang utk ~ penjajahan; ~ musuh; 3. menganggap telah hapus, meng­ang­gap telah tidak ada lagi, mengampuni (dosa dll): segala hutangnya dihapuskan apabila ia bersetuju menyerah­kan segala kekuasa­annya; semua barang yg lama lebih baik dihapuskan drpd perjanjian kita; mudah-mudahan Yang Dipertuan akan ~ dosaku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.pus.kan] | مڠهاڤوسکن

Definisi : 1 menjadikan hapus; menghilangkan dgn menggosok dll: ~ conteng di dinding. 2 menjadikan tiada; meniadakan; menghilangkan; melenyapkan; membasmi (penyakit): Mereka berunding dan mencari ikhtiar utk menghalau dan ~ semua tikus itu. 3 memberi ampun; memaafkan; meng­ampunkan: Mudah-mudahan Allah akan ~ dosanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hapus (kata kerja)
Bersinonim dengan hilang, lenyap, lupus, luput, lesap, tiada;,
Kata Terbitan : menghapuskan, terhapus, penghapusan, penghapus,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Menghapuskan tabiat boros' atau 'menghapuskan tabiat berboros'. Yang manakah betul? Terima kasih.Frasa yang betul ialah "Menghapuskan tabiat boros".Tatabahasa22.07.2013
Salam sejahtera, Apakah perbezaan bagi "menghapuskan" dan "menyingkirkan"? Sila terangkan lebih lanjut tentang penggunaan kedua-dua perkataan ini. Terima kasih.Kedua-dua perkataan ini membawa beberapa maksud dan disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. Contohnya, menghapuskan antaranya bermaksud menjadikan hapus atau menghilangkan dengan menggosok atau sebagainya. Menyingkirkan antaranya bermaksud mengetepikan atau menghindarkan.Tatabahasa17.02.2015
1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. 2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk ( merintis / meneroka / mencari) peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka. 3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya (bergelora / bercelaru / bergemuruh / bergelombang) melihat tetamu yang ramai. Manakah jawapan yang betul? Terima kasih.

1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. - perlu rujuk fakta sebenar tentang AIDS, jika menghilangkan sama sekali jawapan yang betul ialah menghapuskan, tetapi jika hanya melemahkan ... maka jawapannya ialah melumpuhkan.

2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk meneroka/mencari peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka.

3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya bergelora/bercelaru melihat tetamu yang ramai.

Tatabahasa04.07.2011
definisi pembuangan bayi, cara mengatasi pembuangan bayi di kalangan remaja.Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, kata buang bermaksud mencampakkan , mlemparkan. menghapuskan ,menghilangkan. Kata bayi bermaksud anak kecil yang baharu dilahirkan. Makna pembuangan bayi pula ialah perbuatan 'mencampakkan' atau 'menghapuskan'. Sekiranya sdr. ingin menulis tentang perkara ini sdr. dinasihati membaca makalah dalam akhbar dan majalah dan sebagainya atau berbincang dengan guru sdr.Makna04.09.2007
Seandainya timbul keperluan,adakah wajar kita menghapuskan satu spesis untuk kelangsungan hidup satu spesis yang lain?Mohon maaf, Soalan Sdr tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat DBP. Sdr dicadangkan merujuk pihak-pihak lain yang berkaitan.Lain-lain14.08.2010
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=eligible&d=139128&#LIHATSINI 4. (sl) murder in cold blood, menghapuskan: their leader must be ~d at all costs, tdk boleh tdk, ketua mereka mesti dihapuskan; 5. exclude from contest, terkeluar: he was ~d from the Wimbledon Championships in the first round, dia terkeluar dr Kejohanan Wimbledon dlm pusingan pertama. Perkataan "eligibled" dalam bahasa Inggeris tak wujud. Dan tafsiran di atas juga salah sama sekali. Ia bukan "eligibled" tapi "eliminated". Ada banyak kesilapan dalam website PRPM.Terima atas keprihatinan pihak tuan/puan terhadap sistem PRPM kami, buat masa kini, pihak kami sedang menambah baik sistem PRPM kami dengan menyemak semula data lama yang terdapat dalam sisitem ini. Lain-lain02.07.2020
MAKNA BAGI PERKATAAN MENYAPU DAN MENYIRAM.

Makna bagi perkataan menyapu ialah 1. membersihkan lantai dgn sapu, 2. mengesat, menghapuskan, mengusap, 3. menyapunyapu, mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap, 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): 6. melumur (bedak ke muka dll), 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), mengambil habis, mengambil (memperoleh, memenangi, dsb) kesemuanya.              Menyiram pula ialah 1. mencurahkan air dll pd, mendirus, menjirus 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih). Namun penggunaan kata ini dalam ayat adalah bergantung pada penggunaan konteks dan situasi.

Makna02.02.2010
Tuan, Apakah perbezaan antara membasmi, menangani dengan membendung? Adakah ketiga-tiga perkataan ini sama maksud? Contoh, Pihak sekolah akan ( membasmi / menangani / membendung) masalah kerosakan tandas dengan segera. Terima kasihMembasmi bermaksud mengusahakan supaya tidak ada lagi, membanteras, menghapuskan dan memerangi. Menangani bermaksud membuat atau mengusahakan sesuatu manakala membendung pula maknanya menahan atau menyekat sesuatu supaya tidak merebak.

Oleh yang demikian, perkataan yang paling sesuai digunakan ialah pihak sekolah akan menangani masalah kerosakan tandas dengan segera.
Makna07.03.2019
Salam sejahtera, anak-anak didik saya pernah menghujani saya seribu satu kemusykilan tatabahasa. Antaranya berhubung dengan kata kerja transitif yang berawalan meN- and berapitan meN-...-kan. Contohnya: ... menunda sinonim dengan menangguhkan ... memupuk sinonim dengan menyemaikan ... membasmi sinonim dengan menghapuskan Soalnya, mengapakah KKtr menunda, memupuk dan membasmi tidak boleh menerima akhiran -kan walaupun membawa makna yang sama? Sekian, Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Salam sejahtera,

Untuk makluman, pihak kami bersetuju dengan pandangan yang diberikan kerana sememangnya contoh-contoh yang diberikan bersinonim. Akan tetapi, hanya bersinonim dalam kontes tertentu sahaja dan bukannya 100% peratus kerana ada perkataan yang membawa maksud yang sama dan ada juga yang tidak sama. Hal ini disebabkan, sesuatu perkataan itu mempunyai makna yang pelbagai.
Tatabahasa20.12.2016
As salam Tuan, Apakah kesan dan tindakan yang akan dihadapi sekiranya seseorang / syarikat itu mewujudkan istilah / perkataan yang tidak terdapat dalam rujukan DBP ataupun yang tidak pernah disahkan oleh DBP? Apakah yang seharusnya dilakukan untuk menyelasikan masalah begini dalam usaha menghapuskan pengunaan jargon kejuruteraan yang tidak bersesuaian? Terima kasih semoga Allah swt memberkati usaha kita.Tuan boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi di DBP untuk mendapatkan cadangan istilah yang sesuai atau mengemukakan istilah yang telah dicadangkan kepada mereka untuk dibawa kepada Jawatankuasa Istilah Semasa. Pihak DBP sentiasa mengalukan-alukan cadangan istilah baharu daripada pihak luar untuk menambah istilah dalam pangkalan data.Istilah03.09.2012
12

Kembali ke atas