Ayat yang manakah tepat tanda bacaannya. A) Kita haruslah menghargai masa contohnya Siti bangun awal setiap pagi. B) Kita haruslah menghargai masa. Contohnya, Siti bangun awal setiap hari. C) Kita haruslah menghargai masa contohnya, Siti bangun awal setiap hari. | Kita haruslah menghargai masa. Contohnya, Siti bangun awal setiap hari. | Tatabahasa | 17.02.2014 |
1. Kita harus menghargai masa kerana masa itu emas. Atau Kita harus menghargai masa kerana "Masa itu Emas". 2. | Tidak perlu menggunakan pengikat kata dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
Salam sejahtera. Penggunaan kata sebagaimana dalam ayat ini betul? Ayat: Kita haruslah menghargai masa sebagaimana Siti bangun awal setiap pagi. | Berdasarkan Kamus Dewan, "sebagaimana" bermaksud seperti (yang dikehendaki dan lain-lain), sama (halnya) dengan, seperti mana. Oleh itu, "sebagaimana" boleh digunakan dalam ayat yang diberikan dengan sedikit pembetulan. Ayat: Kita haruslah menghargai masa sebagaimana Siti yang bangun awal setiap pagi. | Tatabahasa | 15.02.2014 |
Kita harus menghargai masa lapang kerana masa itu emas/"Masa itu emas". | Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas. | Lain-lain | 05.07.2010 |
Tolong membantu saya menyemak bina ayat ini keselurahannya. 2.Budaya mengunjungi perpustakaan membantu kita menghargai masa yang diibaratkan sebagai emas. 3.Ibu bapa perlu membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak sejak kecil bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya. 4.Kita hendaklah rajin membaca surat khabar supaya kita mengetahui hal-ehwal dunia dan tidak dianggap sebagai katak di bawah tempurung. 5.Para pelajar hendaklah dibiasakan dengan budaya menabung wang angkos walaupun sedikit kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 6.Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar pelbagai kaum membuka ruang bagi para pelajar bersua antara satu sama lain bak kata orang tua-tua tak kenal maka tak cinta. 7.Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk bak kata peribahasa bulat air kerana pembetung,bulat kata kerana muafakat. 8.Cara menghargai jasa orang tua hendaklah dengan menyayangi mereka agar mendapat kepuasan yang tidak terpermanai banyaknya. 9.Masyarakat yang berbilang bangsa hidup gembira dan aman menyempenakan negara. 10.Negara Malaysia sebuah negara yang beragama dan beretika dalam pelbagai kaum terdiri daripada adat istiadat,saling berkunjung,saling membantu dalam keadaan yang indah permai bak kata cendekiawan indah ialah kata yang lahir daripada keadaan sebuah negara yang maju. | 2.Budaya mengunjungi perpustakaan membantu kita mengisi masa kerana masa itu emas. 3.Ibu bapa perlu membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak sejak kecil seperti peribahasa; Melentur biarlah waktu rebung. 4.Kita hendaklah rajin membaca surat khabar supaya kita mengetahui hal ehwal dunia dan tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung. 5.Para pelajar hendaklah dibiasakan dengan budaya menabung kerana walaupun sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. 6.Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar pelbagai kaum membuka ruang kepada mereka untuk bertemu antara satu sama lain seperti peribahasa tak kenal maka tak cinta. 7.Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk seperti bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. 8.Cara menghargai jasa orang tua adalah dengan menyayangi mereka agar mendapat kebaikan yang terpermanai. 9.Masyarakat berbilang bangsa hidup dengan aman dan gembira dalam sebuah negara yang harmoni. 10.Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama serta hidup dengan penuh adat istiadat,beretika, saling berkunjung dan saling membantu dalam apa jua keadaan untuk mencapai negara yang bertamadun. | Tatabahasa | 24.08.2018 |
Cara menulis persoalan dalam sastera. Adakah selepas perkataan persoalan dimulakan dengan kata nama/ kata terbitan. Contoh, persoalan kegigihan bekerja. Kegigihan ialah kata nama terbitan. Boleh tidak selepas persoalan dimulakan dengan kata kerja atau kata tugas. Contoh, persoalan tolong-menolong dalam masyarakat. Tolong-menolong ialah kata kerja. Persoalan tidak menghargai masa. Tidak ialah kata nafi. | Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Mohon berikan soalan yang lebih mudah difahami supaya pihak kami boleh memberikan bantuan. Walau bagaimanapun, berikut diberikan contoh ayat yang tepat berkenaan penggunaan perkataan persoalan yang bermaksud sesuatu yang dipersoalkan atau masalah. Contoh dalam ayat: Semakin hari "persoalan" wanita semakan menjadi bertambah menarik. | Tatabahasa | 03.05.2020 |
Salam. Adakah boleh digunakan kosa kata "hormat" selain untuk manusia? Contohnya, menghormati masa, hormat akan alam sekitar, menghormati disiplin, hormat akan tumbuhan. Terima kasih... | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, hormat ialah 1 perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang: Apabila guru masuk ke bilik darjah, murid-murid pun berdiri memberi ~ kepadanya. 2 menaruh atau memberi penghargaan terhadap seseorang: Wajib kita ~ kepada ibu dan bapa kita. 3 sopan; santun; takzim: Budak itu sangat ~. Bagi masa, alam sekitar, tumbuhan, frasa yang boleh digunakan ialah menghargai iaitu menghargai masa, menghargai tumbuhan dan lain-lain yang bersesuaian. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
Terdapat tuntutan dari ahli-ahli untuk mencari istilah yang sebenar untuk Occupational Therapy. Buat masa kini Jawatan: Jurupulih Carakerja, Diploma/IJazah Jurupulih Carakerja, Kolej/fakulti Jurupulih Carakerja Adakah istilah yang digunakan ini bertepatan? Sekiranya ditukar kpd Terapi Carakerja bagaimana istilah ini boleh diguna untuk Kolej pengajian, Diploma/ijazah, dan nama jawatan. Bolehkah kami retain perkataan Occupational Therapy(Okupational Terapi??seperti Fisioterapi) dengan tidak dialih bahasa dalam semua keadaan diatas. Sekian terima kasih saya amat menghargai nasihat tuan | Istilah bahasa Inggeris yang betul ialah "occupational therapist" dan padanannya ialah jurupulih pekerjaan. | Istilah | 26.11.2009 |
sukar bezakan 'mengenang',' mengenangi' dan 'mengenangkan' | Mengenang ialah mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); Mengenangkan ialah 1. = mengenangi : menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; | Tatabahasa | 18.03.2010 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saya merupakan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Sastera Sejarah daripada Universiti Malaya. Saya ingin bertanyakan tentang sama ada DBP mempunyai tawaran kerja kosong yang berkaitan dengan bidang pengajian saya. Jika DBP ada menawarkannya buat masa sekarang, saya berhasrat untuk mengisi kekosongan tersebut bagi membolehkan saya mendapatkan lebih lagi peluang dan ilmu bekerja dengan DBP. Antara bidang yang sesuai untuk saya dalami termasuklah di bahagian sumber atau dokumen-dokumen sejarah, bahagian pemuliharaan sumber serta penerbitan karya-karya. Jika ada tawaran lain juga, saya amat menghargai dan mengalu alukannya. Bersama pertanyaan ini saya lampirkan bersama resume dan keputusan peperiksaan saya (memandangkan transkrip rasmi belum lagi dikeluarkan) | Salam sejahtera, Jawatan Kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka Untuk makluman puan, sebarang pertanyaan berkaitan perjawatan di DBP boleh die-melkan kepada: pengambilan@dbp.gov.my. DBP telah menggunapakai sistem e-pengambilan bermula bulan Disember 2021. Sekiranya terdapat iklan kosongan jawatan, pihak kami akan menyiarkannya melalui surat khabar dan laman sesawang DBP iaitu: http://lamanweb.dbp.gov.my/. Sekiranya terdapat iklan jawatan kosong, pihak puan bolehlah mendaftar dan memohon jawatan tersebut. Sekian, untuk pemakluman. | Lain-lain | 12.02.2022 |