Salam, sebelum ini pihak tuan minta sy hubungi pihak tuan semula tentang perkataan "posesi", namun sy hubungi daripada emel pihak tuan tidak memberi maklum balas. Di sini sy berikan contoh ayat yang menggunakan perkataan "posesi" ialah "...setelah disabitkan boleh dipenjarakan tidak me;ebihi lima tahun; dan segala penerbitan yang menghasut yang dijumpai dalam posesi orang tersebut atau digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan..." Apakah padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu standard perkataan tersebut? | Berdsarkan konteks ayat yang diberikan perkataan milikan sesuai untuk menggantikan perkataan posesi dalam ayat tersebut. Posesi dalam ayat tersebut ialah makna possession dalam bahasa Inggeris, tetapi kita tidak menterjemahnya secara langsung ke dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
Dimanakah saya boleh mendapatkan panduan terperinci jika saya bercadang menerbitkan buku sendiri. Maksudnya dari segi perundangan dan borang-borang berkaitan. Sekian Al Fazli Sandakan Sabah | Menerbitkan buku sendiri atau “self publishing” telah diamalkan di Amerika Syarikat dan mula diamalkan di Malaysia. Antara majalah antarabangsa yang sering memberikan tumpuan kepada “self publishing” ialah “Writers Digest”. Beberapa tahun lalu, akhbar “The Star” ada menyiarkan makalah tentang “self publishing”. Untuk menerbitkan buku sendiri, selain sebagai penulis, seseorang itu lazimnya menanggung sendiri kos pracetak dan percetakan, serta memasarkan bukunya. Tidak ada borang khusus berkaitan dengan “self-publishing”. Dari segi perundangan, antara undang-undang yang perlu dipatuhi ialah peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, berhubung peruntukan pelesenan dan permit penerbitan, serta kandungan bahan penerbitan; Akta Hakcipta 1987, berhubung perlindungan hakcipta penulis, Akta Hasutan 1948 berkaitan dengan larangan menerbitkan bahan penerbitan yang menghasut, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berkaitan dengan larangan mencetak dokumen tegahan. | Lain-lain | 28.05.2007 |