Contoh ayat. 1. Amirul meniup / menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. Meniup dan menghembus manakah yang lebih tepat serta apakh ulasannya. 2. Sebatang tombak atau sebilah tombak 3. Rendang ayam itu sungguh lazat sekali. (betul atau salah) | 1. Meniup dan menghembus kedua-duanya boleh digunakan. Namun 'menghembus' lebih cenderung digunakan untuk perkara-perkara yang menjurus kepada pengakhiran sesuatu. Contohnya: menghembuskan nafas yang terakhir dsb. Sebaliknya 'meniup' pula lebih cenderung kepada perkara-perkara menghidupkan sesuatu seperti meniup seruling untuk mengeluarkan bunyi-bunyian, meniup semangat dll. 2. Sebatang tombak 3. Rendang ayam itu sungguh lazat sekali. - Betul. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 244-247. | Tatabahasa | 19.07.2009 |
Assalamualaikum, Terima kasih atas jawapan pihak tuan berkaitan ayat meniup lilin dan menghembus lilin. Dalam satu buku latihan UPSR terdapat soalan berkenaan yang memerlukan murid memilih meniup lilin atau menghembus lilin. Buku tersebut dinilai oleh Panel Penilai Guru Cemerlang Malaysia. Apakah pandangan pihak tuan jika murid diminta memilih antara meniup lilin dengan menghembus lilin.Yang mana satukah lebih tepat dan betul dari segi bahasa? | Kamus Dewan menakrifkam meniup sebagai perbuatan mengenakan nafas (yang kuat pada); sama makna dengan menghembus. Berdasarkan makna yang tersebut, kedua-dua pilihan jawapan yang diberikan (meniup lilin dan menghembus lilin) adalah betul. Dalam hal ini kami mencadangkan saudara merujuk terus dan berbincang dengan penulis/penerbit buku berkenaan kerana kami menerima pakai makna yang dirakam dalam Kamus Dewan. | Tatabahasa | 21.02.2011 |
Mohon maaf saya ingin merujuk semula soalan saya 5.7.09 dan jawapan tuan pada 6.7.09. Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Jawapan yang diberikan oleh penggubal soalan ialah "menghembus". Saya merujuk Kamus Dewan, contoh untuk 'tiup' : "dia memarakkan api dengan meniupnya" contoh untuk 'hembus': "menghembus nafas yang terakhir" saya berpendapat menghembus berlaku dalam keadaan perlahan jika dibandingkan dengan meniup. Jadi saya fikir ayat "Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih" lebih tepat, kerana 'menghembus' lebih sesuai untuk memadamkan, manakala 'meniup' adalah untuk memarakkan. Apakah pandangan tuan. B. Menurut Kamus Dewan, "Pingat" bermaksud "bintang yang dikurniakan oleh kerajaan untuk menghormati jasa seseorang". Penjodoh bilangan untuk bintang adalah butir, jadi saya berpendapat penjodoh bilangan untuk pingat adalah "butir" Apa pendapat tuan. Saya mohon kepastian seterusnya. Sebenarnya saya ada masalah untuk mencari jawapan objektif bagi soalan tatabahasa BM murid tahun enam. | A. Antara perbuatan meniup dan menghembus amat sukar untuk mencari perbezaan, dalam Kamus Dewan kata kerja meniup dan menghembus sama makna keduanya, walau bagaimanapun contoh dalam Kamus Pelajar mengaitkan perbuatan meniup untuk memarakkan api, manakala menghembus untuk memadamkan api. B. Dalam Kamus Dewan butir ialah penjodoh bilangan untuk barang-barang kecil yang bulat: contohnya sebutir telur; dua butir peluru. Manakala buah ialah penjodoh bilangan untuk benda yang tidak tentu sifatnya seperti sebuah kereta, sebuah kerusi. Berdasarkan contoh tersebut penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebutir pingat. | Tatabahasa | 09.07.2009 |
Assalamualaikum.. Antara dua ayat berikut, yang manakah lebih betul dan tepat. 1. Lokman meniup lilin yang ada di atas kek hari jadinya 2. Lokman menghembus lilin yang ada di atas kek hari jadinya. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga, meniup dan menghembus kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat tersebut. Namun 'menghembus' lebih cenderung digunakan untuk perkara-perkara yang menjurus kepada pengakhiran sesuatu. Contohnya: menghembuskan nafas yang terakhir dsb. Sebaliknya 'meniup' pula lebih cenderung kepada perkara-perkara menghidupkan sesuatu seperti meniup seruling untuk mengeluarkan bunyi-bunyian, meniup semangat dll. | Lain-lain | 20.02.2011 |
A. Apakah perbezaan 'hembus' dan 'tiup' Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. B. Penjodoh bilangan bagi 'pingat" Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda. 2. Nabilah telah memenangi beberapa butir pingat dalam sukan berkuda. | A) Dalam Kamus Dewan menghembus dan meniup sama maknanya iaitu meniup/menghembus, mengeluarkan nafas (udara) dari mulut. Oleh itu, ayat; 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. dan 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. adalah betul. B) Penjodoh bilangan bagi "pingat" ialah buah, ayat "Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda." adalah betul. | Tatabahasa | 05.07.2009 |