Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hen.ta/] | مڠهنتق

Definisi : 1. memijak dgn kuat-kuat, merentak, menginjak (menumbuk dll) dgn keras: anak itu ~ lantai kerana tidak dapat wang; 2. menikam, menjolok, menu­suk, meradak (dgn lembing dll): anjingnya luka dihentak orang; 3. = menghentak-hentak berdenyut-denyut (hati dll): hatinya ~ menunggu keputusan peperiksaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hen.ta/] | مڠهنتق

Definisi : merodok (menikam, meradak) sesuatu dgn lembing dll: Anjing itu mati dihentak orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hentak
Kata Terbitan : menghentak, menghentakkan, hentakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah "Sigung" sesuai digunakan untuk terjemahan "Nudge"? Perkataan ini digunakan dalam tetapan aplikasi/perisian. Terima kasih.Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud Nudge ialah menyiku, menyigung, menolak perlahan-lahan, menggerakkan, atau  hampir mencecah. Perkataan Sigung tidak sesuai digunakan kerana memberi maksud menyigung menyentuh kuat-­kuat atau menghentak dgn siku, menyiku, atau menyinggung. Sila berikan konsep yang digunakan dalam aplikasi tersebut supaya kami dapat memberikan padanan yang sesuai bagi aplikasi tersebut.Makna29.07.2018
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai  1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan.

Tatabahasa13.12.2010

Kembali ke atas