Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.jau] | مڠهيجاو

Definisi : 1. menjadi hijau (warnanya): padi sedang ~; 2. nampak hijau (warnanya): di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola Kolej Melayu ~ rata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.jau] | مڠهيجاو

Definisi : 1 nampak berwarna hijau: Di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola ~ rata. 2 menjadi berwarna hijau: Pokok padi ~ di sawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menghijau


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalan 1. Padi yang dibajainya subur A. Menghijau B. kehijauan 2.Apakah perbezaan antara memotong,mengerat,memangkas,mencantas ,membelah 3.Baju ini engkau yang beli.jadi tentulah baju ini A. milikku B.milikmu C.milikkau D.miliknya apakah jawapannya. 3. perbezaan menyusuri,merentasi,melintasi,meredah1. Padi yang dibajainya subur menghijau.
2. Memotong sama maksudnya denga mengerat dan memangkas sama maksudnya dengan mencantas, manakala membelah bermaksud memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian.   
3. Baju ini engkau yang beli. Jadi tentulah baju ini milikmu/milikkau.
4. Menyusuri bermaksud berjalan mengikut tepi, merentasi sama maknanya dengan melintasi dan meredah bermaksud menempuh.
Tatabahasa01.05.2012
Adakah struktur ayat-ayat dan ejaan berikut betul : 1) Kediaman impian yang dipenuhi ketenangan. 2) Gaya hidup selesa dan eksklusif di samping kawasan menghijau. 3)24 unit kediaman eksklusif dengan privasi tinggi. 4) Kediaman mesra alam. 5)Taman Desa Ros Residensi, dibina dengan visi yang ingin menawarkan kehidupan eksklusif, persendirian dan tanpa sempadan antara penghuni dan alam semula jadi. Terletak di tengah-tengah kawasan seluas 2.8 ekar, 24 unit rumah semi-D dua tingkat, dikelilingi lanskap kehijauan yang menenangkan

Sila buat permohonan untuk pengesahan sah bahasa iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/

Terima kasih.

Tatabahasa27.07.2018
Menyemakkan Bahasa Melayu yang digunakanUntuk makluman, pengesahan iklan perlu dibuat melalui  "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Selepas klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan/kata laluan akan dihantar ke e-mel tuan.  Lampirkan visual dalam menu permohonan.

Sila buat pembetulan dan hantar semula melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.
1. Tukar "Di" kepada di (di Sini)
2. Tukar "Kelegaan Komersial" kepada Keseronokan Bekerja
3. Tukar "Konsep Menghijau" kepada Persekitaran Hijau
4. Tukar "Sales Gallery" kepada Galeri Jualan
Lain-lain25.02.2014
bolehkah pihak Khidmat Nasihat DBP jelaskan dengan lebih terperinci maksud terzina dan quatrain (kesusateraan)?

 

Saudara,

"Terzina" dan "Quatrain" merupakan istilah kesusasteraan yang merujuk kepada bentuk sajak. Bentuk sajak merujuk kepada binaan luar sajak seperti jumlah suku kata, perkataan, ayat, baris dalam rangkap, dan skema rangkap visual dan skema rima.

Daripada binaan sajak ini dapat ditentukan 2 bentuk sajak, iaitu sajak terikat dan sajak bebas.

Sajak terikat ditentukan oleh jumlah kata, baris, rangkap, bait dan bunyi pada hujung baris. Jika binaan sajak itu mempunyai keseimbangan, ia disebut sajak terikat. Berdasarkan aspek itu bentuk sajak ditentukan mengikut pola berikut:

- distikhon

- terzina

- quatrain

- quantain

- sextet

- septet

- oktaf

Daripada pembahagian bentuk ini maka "Terzina" bermaksud sajak yang rangkapnya  terdiri daripada 3 baris:

contoh sajak "Dunia Sejahtera" oleh SN Usman Awang

Sisa hudup ini akan kita pelihara

dengan tanah bersama pohon menghijau indah

di atas tulang yang kurus, daging dan darah

 

dan "Quantrain" sajak yang terdiri daripada empat baris. contohnya sajak "Keindahan Yang Hilang" oleh Shamsudin Jaafar:

Malam hiba dadanya unggu luka

pungguk tersedu pilu di atas batu

Bulan tiada lagi mendandan wajah

bintang malam pudar sinarnya

 

sekian, terima kasih.

Sastera22.03.2011

Kembali ke atas