Mohon pandangan dari segi bahasa dan penggunaannya berhubung cadangan nama Jabatan Landskap, kehijauan Bandar dan Ekologi bagi tujuan memantapkan fungsi Jabatan Landskap, MBPJ ke arah usaha menghijaukan bandar dan menyediakan persekitaran hidup yang selesa, sihat dan berkualiti untuk didiami. | Saudara Zurai, Kami mencadangkan nama berikut: Jabatan Landskap dan Ekologi Bandar | Lain-lain | 12.06.2009 |
Encik Zainal dan isterinya berasa kecewa kerana anak mereka ,Roslan gagal masuk mana-mana universiti sebab keputusan peperiksaannya yang tidak cemerlang Beberapa orang penduduk kampung itu sedang berusaha tanah yang dibiarkan sebagai sahutan saranan kerajaan menghijaukan bumi. Dalam setiap ayat di bawah,terdapat beberapa kesalahan.“Mana-mana”sepatutnya jawaban yang betul ialah “mana” ya?Minta Puan/Tuan (Beliau )boleh membantu saya.Terima kasih | Ayat yang betul: 1. Encik Zainal dan isterinya berasa kecewa kerana anak mereka, iaitu Roslan gagal memasuki mana-mana universiti disebabkan keputusan peperiksaannya yang tidak cemerlang. 2. Beberapa orang penduduk kampung itu sedang mengusahakan tanah yang terbiar sebagai langkah menyahut saranan kerajaan supaya menghijaukan bumi. Untuk makluman, penggunaan perkataan “mana” tidak betul dalam contoh ayat yang diberikan. Walau bagaimanapun, perkataan “mana-mana” juga boleh ditiadakan atau digugurkan kerana teks “gagal memasuki universiti” sudah menunjukkan yang Roslan tidak dapat memasuki unversiti kerana keputusannya yang tidak cemerlang. | Tatabahasa | 15.01.2021 |