Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hin.da.ri] | مڠهيندري

Definisi : mengelak supaya terbias drpd (kecelakaan, serangan, dll), menjauhkan diri drpd: pertempuran antara kita sama kita hanya dapat dihindari kalau saudara-saudara undur dr sini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hin.da.ri] | مڠهيندري

Definisi : menjauhkan diri dr; mengelak supaya tidak kena atau tidak ditimpa sesuatu (bahaya, kecelakaan dsb): Oleh sebab sifatnya yg jahat, saya berusaha ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hindar
Kata Terbitan : menghindari, menghindarkan, terhindar, penghindaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Penggunaan 'Akibat daripada'. Adakah 'daripada' perlu atau tidak? Adakah penggunaan ini salah? 2. Penggunaan 'menghindari daripada'. Adakah 'daripada' perlu atau tidak? Adakah penggunaan ini salah?penggunaan kata 'akibat' dalam contoh di atas adalah tidak perlu contohnya dalam ayat berikut akibat daripada makan terlalu banyak.Tatabahasa20.09.2007
Apakah objektif pengurusan Islam.Objektif pengurusan Islam ialah melahirkan sistem kerja berteraskan nilai-nilai Islam, menghindari salah laku dalam pengurusan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, membentuk petugas yang amanah dan cekap, telus dan adil. Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada pihak MAMPU, Jabatan Perdana Menteri.Makna17.10.2006
Ibu bapa perlu (membatas) pergaulan anak-anak bagi (menghindarkan) mereka daripada (terbabit) dalam gejala yang kurang sihat. Adakah ayat di atas betul ? terima kasih!Ibu bapa perlu membataskan pergaulan anak-anak bagi menghindari mereka daripada terbabit dalam gejala yang kurang sihat.
Lain-lain12.10.2009

Kembali ke atas