mengenal pasti atau mengenalpasti. horamat menghormati atau hormat-menghormati. terangkan sedikit tentang penggunaan tanda sempang. | Penggunaan sempang i. kata ulang cth. anak-anak,ii. menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris,iii. memperjelaskan ungkapan,iv. merangkaikan huruf besar dgn huruf kecil, cnth. hamba-Mu, pro-Malaysia,v. merangkaikan ke dgn angka, cnth., ke-125, ke-2000. vi. hbgn. antara kata-kata pd rangkai kata setara tertentu atau istilah. cnth. alat pandang-dengar. Terima kasih. | Lain-lain | 19.11.2006 |
bola sepak, bola jaring ialah kata majmuk atau sekadar frasa nama? nilai berhemah tinggi atau nilai hemah tinggi? nilai hormat-menghormati atau nilai menghormati? | Bola sepak dan bola jaring ialah kata majmuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa yang betul ialah nilai berhemah tinggi dan nilai hormat- menghormati. | Tatabahasa | 17.02.2011 |
" ________akan menghormati guru di sekolah ini "ucap ketua murid semasa sambutan Hari guru. Apakah kata ganti nama yang paling sesuai diisi dalam ayat tersebut. A.kita B. Kami C. kedua-duanya betul. sekian terima kasih. | Jawapan yang paling tepat ialah kami, kata ganti diri pertama dalam bentuk jamak mewakili murid-murid sekolah berikrar kepada gurunya (pihak kedua yang menjadi lawan bercakap). | Tatabahasa | 26.05.2011 |
Salam. Adakah boleh digunakan kosa kata "hormat" selain untuk manusia? Contohnya, menghormati masa, hormat akan alam sekitar, menghormati disiplin, hormat akan tumbuhan. Terima kasih... | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, hormat ialah 1 perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang: Apabila guru masuk ke bilik darjah, murid-murid pun berdiri memberi ~ kepadanya. 2 menaruh atau memberi penghargaan terhadap seseorang: Wajib kita ~ kepada ibu dan bapa kita. 3 sopan; santun; takzim: Budak itu sangat ~. Bagi masa, alam sekitar, tumbuhan, frasa yang boleh digunakan ialah menghargai iaitu menghargai masa, menghargai tumbuhan dan lain-lain yang bersesuaian. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
Bolehkah sesuatu ayat dimulakan dengan perkataan "contohnya" seperti berikut. Kita perlulah menghormati kedua-dua ibu bapa kita. Contohnya kita perlulah menggunakan tutur kata yang sopan ketika berbicara dengan mereka. | Kita perlulah menghormati kedua-dua ibu bapa kita. Contohnya kita perlulah menggunakan tutur kata yang sopan ketika berbicara dengan mereka. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 19.06.2016 |
Soalan di bawah ialah soalan UPSR tahun 2005. 11. Murid-murid berdiri tegak sebagai _________ lagu Negaraku yang dinyanyikan. A. menghormati B. penghormatan C. penghormat D. kehormatan Jawapan manakah sebagai pilihan jawapan? Bolehkah tuan/puan berikan penerangannya? Terima kasih. | Murid-murid berdiri tegak sebagai menghormati lagu Negaraku yang dinyanyikan. Menghormati bermaksud memberikan hormat kepada ... dan dalam hal ini memberikan hormat kepada lagu Negaraku. | Tatabahasa | 24.08.2011 |
Ayat manakah yang betul? 1. Sejak mereka masih kecil, kedua-dua ADIK-BERADIK itu telah diajar oleh ibu bapa mereka supaya menghormati tetamu. atau 2. Sejak mereka masih kecil, kedua-dua BERADIK itu telah diajar oleh ibu bapa mereka supaya menghormati tetamu. | Ayat yang betul ialah: 1. Sejak mereka masih kecil, kedua-dua ADIK-BERADIK itu telah diajar oleh ibu bapa mereka supaya menghormati tetamu.
| Tatabahasa | 06.11.2014 |
salam sejahtera, mana satu ayat yang betul? 1. Setiap murid perlu sayang akan sekolah mereka. 2. Kita haruslah saling hormat-menghormati jiran tetangga. | Ayat 1 betul manakala ayat 2 tidak betul kerana "hormat-menghormati" ialah perbuatan bersalingan, maka tidak perlu lagi perkataan saling. | Tatabahasa | 08.09.2015 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1. Guru Besar yang memberikan ucapan menasihati murid-murid agar menghormati guru. 2.Hari Guru diadakan bertujuan menghargai jasa guru yang bersusah payah mendidik murid. | Ayat yang disertakan kurang tepat dan kami perbetulkan menjadi: 1 Guru Besar dalam ucapannya tadi menasihati murid-murid agar menghormati guru. 2. Hari Guru diadakan bertujuan menghargai jasa guru yang bersusah payah mendidik murid. | Tatabahasa | 21.09.2014 |
Saya nak tanya tentang perbezaan antara "Akhir sekali" dengan "Akhirnya". Adakah kedua-duanya boleh digunakan dalam petikan berikut? Akhir sekali / Akhirnya, kita juga perlu menghormati ibu bapa kita. | Ungkapan 'akhir sekali' sering dikaitkan dengan perkara yang paling akhir dilaksanakan dan hanya digunakan dalam bahasa lisan. Manakala 'akhirnya' boleh digunakan sebagai penanda wacana. Namun, penggunaannya dalam ayat 'Akhirnya kita juga perlu menghormati ibu bapa kita' tidak tepat. Lebih baik sekiranya diubah menjadi 'Kita mesti menghormati ibu bapa kita'. | Tatabahasa | 22.02.2007 |