Saya ingin menghubungi Prof Datuk Dr mohamad Hatta Shahrom, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP untuk menjemput beliau ke seminar kami. boleh dapatkan nombor telefon atau emel pembantu peribadi beliau untuk saya hubungi? | salam puan budiman, Bersama-sama ini maklumat Pengerusi Lembaga Pengelola DBP untuk maklumat selanjutnya: Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta bin Shaharom Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Aras 30, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA. Tel: 03-21479014/9090 E-mel: hatta@dbp.gov.my | Lain-lain | 17.01.2020 |
sya mahu menghubungi Dewan Sastera | Puan, Editor Dewan Sastera (Muhammad Fadhli Al-Akiti) bolehlah dihubungi melalui e-mel fadhli@dbp.gov.my atau talian 03-2147 9261. | Lain-lain | 20.03.2015 |
Saya ingin menghubungi Puan Zaharah Nawawi yang pernah membimbing saya dalam penulisan sebelum ini . Saya ingin alamat email beliau . | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sedikit maklumat yang ada Puan Zaharah Nawawi mengetuai KEPEZI dan beliau boleh dihubungi melalui persatuan tersebut. | Lain-lain | 08.06.2012 |
Saya mahu menghubungi penulis teks komsas tingkatan 4, novel Melunas Rindu iaitu Puan Hartini Hamzah. Terdapat kekeliruan dalam beberapa peristiwa yang melibatkan watak-watak tertentu.Sekiranya tiada masalah, saya mohon untuk mendapatkan no.telefon beliau.Terima Kasih | Untuk maklumat saudara, novel Melunas Ridu diterbitkan oleh Utusan Publications (bukan DBP). Sila hubungi pihak Utusan Publications untuk mendapatkan maklumat berkaitan penulis tersebut. | Karya | 10.02.2011 |
LEBUH RAYA MENGHUBUNGI BANDAR KARAK DENGAN KUANTAN SUDAH SIAP. IMBUHAN MENG-...-I BETULKE DALAM AYAT INI? | Yang betul ialah 'menghubungkan'. | Tatabahasa | 17.08.2009 |
Sebarang pertanyaan sila menghubungi Ali di talian03-xxxxxx. hubungi atau menghubungi ? | Salam sejahtera, Frasa yang betul ialah Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ali melalui talian xxx. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 20.06.2019 |
Apakah beza menghubungi dan menghubungkan? Bolehkah pihak tuan memberikan contoh bagi setiap ayat? Terima kasih | Menghubungi: 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu dihubungi dgn ketawa; Menghubungkan1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; | Makna | 14.09.2009 |
Mohon pencerahan: a) "Sampai di sana nanti, saya akan menghubungi ibu dengan segera," nada suara Risena sedikit berubah melihat ibunya kerisauan. b) "Sampai di sana nanti, saya akan menghubungi ibu dengan segera." Nada suara Risena sedikit berubah melihat ibunya kerisauan. | Ayat kedua (b) yang tepat kerana terdapat dua ayat yang berbeza konteksnya, pertama dialog dan kedua situasi ketika itu. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
Saya sedang melakukan kajian mengenai novel Warna Sebuah Lembah karya En. Osman Ayob dan berharap dapat menghubungi beliau untuk bertanyakan beberapa soalan. Oleh itu, bolehkah DBP memberikan cadangan tentang cara-cara unbtuk menghubungi En Osman Ayob ? Sekiranya pihak DBP tidak keberatan, saya berharap agar pihak DBP dapat memberikan nombor telefon dan juga alamat emel beliau. Segala kerjasama pihak tuan amat saya hargai dalam menyempurnakan kajian saya. Terima kasih. | Tidak ada maklumat yang berkaitan dengan Encik Osman Ayob dalam pangkalan data kami, apa yang ada ialah karya-karya beliau yang diterbitkan oleh penerbit luat. Berdasarkan maklumat tersebut juga kebanyakan karya beliau diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Oleh itu, kami cadangkan saudara berhubung dengan kedua-dua editor dan sayrikat penerbitan akhbar berkenaan untuk membantu saudara mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Badan Penulis | 20.07.2011 |
SAYA INGIN BERTANYA MENGENAI FORMAT SURAT RASMI MENGIKUT PROTOKOL YANG BETUL UNTUK PELBAGAI KEGUNAAN | Puan Ayu, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Sdr. Ayu, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Untuk menghuraikan perkara mengenai protokol ia memerlukan masa yang lama. Jadi saya suka mencadangkan puan merujuk buku yang ditulis oleh Encik Moktar Mohd. Tohar untuk mendapatkan maklumat selengkapnya. Manakala bagi format surat rasmi- kertas yang digunakan untuk menulis surat rasmi mestilah menggunakan kepala surat, dengan alamat, logo korporat, alamat pos, nombor telefon dan faks. Seterusnya mesti ada nama pengirim dan penerima serta gelarannya. kata sapaan yang betul bagi penerima perkara atau tajuk surat berkenaan isi - bergantung berapa banyak isi yang ingin ditulis kesimpulan surat yang ditulis frasa penutup dan slogan yang terkini Tandatangan pengirim / nama dan gelaran pengirim / singkatan b.p. (bagi pihak) – jika berkenaan. - Dokumen disertakan / salinan kepada.
. | Lain-lain | 02.03.2009 |