Adakah susunan perkataan ini betul "menghubungkan perniagaan berjaya" | Ayat yang lebih sempurna ialah ... menghubungkan perniagaan yang berjaya atau ...berjaya menghubungkan perniagaan. | Tatabahasa | 09.01.2009 |
Lebuh raya itu menghubungi Seremban dengan Kuala Lumpur atau Lebuh raya itu menghubungkan Seremban dengan Kuala Lumpur Anak emas-anak emas atau Anak-anak emas | Saudara, Perkataan yang betul ialah menghubungkan dan anak-anak emas. | Tatabahasa | 02.10.2009 |
Bagaimana untuk membezakan penggunaan kata hubung pancangan komplemen 'untuk' dan kata hubung 'untuk' pancangan keterangan | Kata hubung ialah perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk. Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu; kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan komplemen menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua kata komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Contoh ayat ialah "guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin". "Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar" dan "untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil". Kata hubung pancangan keterangan pula berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Kata keterangan yang biasa digunakan ialah kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, menjadi, untuk, apabila. Contoh ayat ialah "Kalau musuh menyerang, kami akan melawan". "Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak". | Tatabahasa | 11.08.2008 |
Apakah beza menghubungi dan menghubungkan? Bolehkah pihak tuan memberikan contoh bagi setiap ayat? Terima kasih | Menghubungi: 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu dihubungi dgn ketawa; Menghubungkan1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; | Makna | 14.09.2009 |
Salam, TBD menerangkan "kata komplemen" sbg menghubungkan {klausa utama} dengan [klausa komplemen/pelengkap]. 1) Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. 2) Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. OK. Saya faham "klausa" terdiri dari subjek dan predikat. Berbanding dengan "frasa", "klausa" berupaya berdiri dengan sendiri, jika keadaan membenarkan. Dalam ayat-ayat 1) dan 2) di atas, saya tidak nampak "Guru itu menyatakan" dan "adalah tidak wajar" dlm bentuk subjek dan predikat. TK | Soalan saudara sedang disemak dan akan kami jawab dengan kadar segera. | Tatabahasa | 28.11.2011 |
bagaimanakah mengajar murid membezakan dan dengan serta? | Kata "dan" diguanakan apabila menghubungkan dua perkataan atau ayat, manakala "serta" digunakan bagi menggantikan maksud dan juga. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
keadaan di kedua-dua buah negara yang berempadan itu bertambah tegang dengan terbukanya laluan yang menghubungkan kedua-dua buah bandar yang menjadi rebutan itu. tuan, adakah di salah dalam ayat ini? yakni keadaan kedua-dua buah negara... | Ayat ini betul, kedua-dua merujuk kelompok yang terdiri daripada dua buah negara. | Tatabahasa | 28.07.2011 |
kenapa penggunaan "hal ini kerana"salah? | "Kerana" ialah kata keterangan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk makluman saudara klausa ialah anak ayat yang mempunyai subjek dan predikatnya. "Hal ini" tidak boleh menjadi klausa dan apabila ditambah "demikian" barulah terhasil klausa yang terdiri daripada subjeknya (hal ini) dan predikatnya (demikian). Oleh itu klaus yang lengkap ialah "hal ini demikian kerana" bukan "hal ini kerana". | Tatabahasa | 07.06.2011 |
Bilakah perkataan 'yang' tidak boleh digugurkan? | Kata "yang" ialah kata relatif yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain, seperti ayat "Budak yang sedang membaca itu adik saya", dalam ayat ini kata yang tidak boleh digugurkan. | Tatabahasa | 18.08.2010 |
kesalahan kata hubung pancangan relatif | Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang. Beberapa contoh ayat yang mempunyai kata relatif adalah seperti yang berikut; 1. Budak yang sedang membaca itu adik saya 2. Buk yang dibeli oleh Ahmad itu buku Sejarah. | Tatabahasa | 11.02.2010 |