Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei mengikat rambut. b.Mei Meimenyikat rambut.(atau) Mei Mei mengikat rambut atau mengikat rambut.@Mei Mei mengikat atau menyikat rambut. Jwp yang mana satu tepat? | Jawapan yang betul ialah Mei Mei mengikat atau menyikat rambut? | Tatabahasa | 12.08.2014 |
Pak Ali mengikat kaki kerusi rotan yang hampir rosak itu dengan ____________ rotan. A. seurat B. seutas C. seruas D. selembar | Jawapan yang tepat ialah "seutas" | Lain-lain | 21.05.2014 |
Tali leher --> mengikat atau menyimpul | Tali leher diikat dan kemudian disimpul | Lain-lain | 14.08.2008 |
Adakah ayat-ayat berikut betul: 1. Ali mandi di pantai. 2. Ali berenang di pantai. 3. Ali mengikat plastik sampah dengan tali. | 1. Ali mandi di pantai. 2. Ali berenang di pantai. 3. Ali mengikat plastik sampah dengan tali. Ketiga-tiga ayat ini betul. | Tatabahasa | 02.03.2015 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang ayat-ayat berikut: 1. Ibu menatang sedulang minuman dengan berhati-hati. 2. Ali mengikat surat khabar lama dengan rajin. Adakah kata adjektif yang digunakan dalam ayat (1) dan (2) betul? Apakah cadangan tuan/puan tentang kata adjektif yang sesuai untuk digunakan dalam ayat-ayat tersebut? Terima kasih. | Ayat pertama betul, namun ayat kedua dibetulkan menjadi Ali mengikat surat khabar lama dengan kemas. | Tatabahasa | 18.02.2015 |
Ingin bertanya jawapan bagi ayat ini : Puan Nora mengikat plastik sampah itu....supaya sampahnya tidak bersepah. A erat-erat B rapat-rapat Ckuat- kuat D ketat-ketat . Adakah kuat-kuat atau ketat- ketat | Jawapan yang sesuai ialah C dan D. | Tatabahasa | 03.11.2015 |
Salam sejahtera, 1.Puan Noridah menghidangkan makanan kepada /untuk ahli keluarganya.(kepada atau untuk) 2.Puan Noridah menatang makanan kepada/ untuk ahli keluarganya. 3. Sofia mengikat beg plastik sampah/ plastik sampah. (beg plastik sampah/ plastik sampah) Terima kasih. | Ayat yang betul ialah (1). "Puan Noridah menghidangkan makanan untuk ahli keluarganya”, (2). "Puan Noridah menatang makanan untuk ahli keluarganya" dan (3). "Sofia mengikat “beg plastik sampah.” | Tatabahasa | 14.06.2022 |
Penggunaan perkataan "tegang-tegang" dan "cekang-cekang". Contohnya untuk menarik tali yang dililit pada batang pokok kelapa. | Kelasi mengikat tegang-tegang tali kapal yang baru berlabuh itu. Cekang juga bermaksud tegang atau kaku berkaitan tubuh badan dan sebagainya. Dalam konteks makna yang tuan maksudkan penggunaan perkataan tegang-tegang tidak sama dengan cekang-cekang. | Tatabahasa | 30.07.2013 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, adakah perkataan 'bernikah' digunakan pada bukan Islam? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bernikah ialah mengikat hubungan sbg suami isteri yg sah, melangsungkan perkahwinan. Perkataan tersebut boleh digunakan semua agama. | Tatabahasa | 28.11.2012 |
Apa maksud memaut? | Maksud memaut ialah memegang dan menarik ke diri sendiri, memegang kuat-kuat (dengan teguh), 2. melilit dengan teguh, mengikat, menyangkut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat di bawah kata 'paut'. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. | Makna | 08.09.2008 |