Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.kat.kan] | مڠيکتکن

Definisi : mengikat pd, mengikat dgn (utk), mempertalikan (dgn), menambatkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kat.kan] | مڠيکتکن

Definisi : membuat tali dll menjadi bersimpul atau tertambat pd sesuatu; menyimpulkan; menambatkan: ~ tali pd pancang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengikatkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam.. Mohon semakan bagi penggunaan bahasa yang sesuai untuk berurusan dengan pelanggan melalui emel 1. Perkataan maklum balas Perkataan maklum balas dieja ' maklum balas kepada pelanggan' atau 'maklumbalas kepada pelanggan'? 2. untuk memulakan emel, apakah kata-kata aluan yg sesuai digunakan selain Salam Sejahtera, Selamat Pagi, Salam 1 Malaysia. 3. Bagi permulaan emel, saya biasa memulakan dengan kata -kata aluan diikuti dengan nama pelanggan yang menghantar emel tersebut. Saya ingin memastikan sama ada perlu menggunakan (,) selepas nama pelanggan atau tak perlu. Contoh: Salam Sejahtera. Encik Lee Yong Han, Terima kasih atas maklumbalas yang diberikan bertarikh 16 Disember 2009. Untuk makluman tuan, ............(isi kandungan emel) 4. Adakah format saya gunakan adalah betul? Contoh: Assalamualaikum Encik Sulaiman atau Assalamualaikum Encik Sulaiman Mohon agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama kepada saya dalam usaha untuk mengikatkan kualiti penggunaan bahasa dalam maklumbalas emel kami kepada pelanggan. Saya juga boleh dihubungi di talian 012-5449990

1. Maklum balas dieja sebagai dua perkataan.

2. Ungkapan yang lazim digunakan untuk memulakan ayat adalah seperti ungkapan yang puan senaraikan (Salam sejahtera, selamat pagi, assalamualaikum, dll).

3. Tidak perlu digunakan tanda koma.

4. Penulisan yang betul: Assalamualaikum Encik Sulaiman.

Tatabahasa16.12.2009

Kembali ke atas