perkataan yang sesuai untuk mengiklankan kedai membuat dan memasang signboard serta menjual barangan membuat signboard | Perkataan yang sesuai untuk mengiklankan kedai membuat dan memasang signboard serta menjual barangan membuat signboard: 1. Di bahagian atas papan iklan - PEMBUAT PAPAN IKLAN 2. Sebagai keterangan yang boleh diletakkan di bahagian bawah - Membuat, memasang dan menjual barangan papan papan iklan. | Lain-lain | 14.07.2015 |
Saya berminat untuk membuat mengiklankan kolej kami di dalam dewan siswa untuk tujuan promosi pendaftaran masuk pelajar baru ke kolej kami. Boleh kah pihak tuan menghantar makluman atau nama pegawai untuk saya hubungi, terima kasih. -anis- | Puan boleh menghubungi editor Dewan Siswa, haziah@dbp.gov.my dan hantar salinan e-mel (cc) kepada zubaidi@dbp.gov.my atau fauzilah@dbp.gov.my untuk sebarang pertanyaan atau maklumat tentang periklanan di majalah DBP. | Lain-lain | 12.12.2012 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, pihak DBP JB ada mengiklankan kekosongan jawatan tak? | Pihak tuan boleh sentiasa merujuk laman web DBP atau boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia DBP berkenaan iklan kekosongan jawatan DBP. Nombor telefon: 03-21479292. Terima kasih. | Lain-lain | 22.02.2018 |
Saya perhatikan ada satu iklan papan tanda di Bangsar mengiklankan kereta jenama BMW yang didalamnya tertulis dengan huruf terang ayat seperti ini " Joy is BMW" dan diatasnya tertera terjemahan bahasa Melayu dengan huruh pudar dan tak kelihatan dari jauh seperti ini "Keriangan ialah BMW". Selain itu, ada juga iklan lain di Kampung Keramat tertulis ayat ini "life is beutiful" dan terjemahan bahasa Melayunya berbunyi begini "hidup ialah indah". Benarkah semua terjemahan ini pada pandangan DBP? Dalam bahasa Melayu, padanan yang sering kita ungkap untuk kalimat 'life is beutiful' ialah "hidup itu indah". Pada pandangan saya, mungkin terjemahan sesuai untuk ayat "joy is BMW" ialah 'riang itu BMW'. Jadi, apa yang boleh saya lakukan untuk membantu DBP menangani masalah ini? | Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Pihak kami akan menyemak padanan terjemahan pada papan iklan yang disebutkan itu. Sumbangan yang boleh tuan berikan ialah menghantar kepada kami gambar foto iklan berkenaan supaya pihak kami boleh mengambil tindakan susulan. Alamatkan kiriman tuan kepada Ketua Bahagian Dasar Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 25, Jalan Dewan bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 09.02.2010 |
masih ada lagi kekosongan di dbp | Masih dan sekarang kami ada mengiklankan jawatan kosong di laman sesawang lamanweb.dbp.gov.my | Lain-lain | 24.09.2020 |
Apa kekosongan jawatan terdapat di DBP? | Sdr, Kami menjadualkan untuk mengiklankan jawatan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan) Gred N17 dalam masa terdekat ini. Sila layari laman web DBP atau membaca akhbar mingguan utama dalam tempoh terdekat ini. Terima kasih. | Lain-lain | 26.02.2009 |
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN KERJA ONLINE DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN. | Sdr, Dimaklumkan bagi setiap jawatan kosong yang akan diisi, kami akan mengiklankan kekosongan jawatan tersebut melalui akhbar utama tempatan dan juga melalui laman web kami. Segala butiran tentang jawatan tersebut dinyatakan dengan jelas di dalam iklan yang disiarkan, termasuklah kaedah penghantaran permohonan, kelayakan yang diperlukan bagi sesuatu jawatan, tarikh tutup permohonan dan sebagainya. Buat masa ini, pihak kami belum menyediakan kaedah mengemukakan permohonan jawatan kosong secara 'online', tetapi sdr bolehlah mengisi borang permohonan yang disediakan dan mencetak borang tersebut dan poskan bersama-sama dengan dokumen yang diperlukan sebelum tarikh tutup. | Lain-lain | 02.09.2007 |
Saya memerlukan khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan penggunaan bahasa melayu pada bunting yang telah saya reka supaya mendapat kelulusan dari MPK. Saya ingin mengiklankan bunting di tiang lampu jalan raya. Terima kasih. Maaf atas segala kesulitan. Dee Roffa buffet steamboat & grill 01112729580 | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 14.09.2015 |
saya ingin bertanya satu soalan ....buat masa ini,masih ada jawatan kosong atau pon tidak di DBP? | Terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan terhadap DBP. Dimaklumkan DBP akan mengiklankan beberapa jawatan kosong dalam masa terdekat ini. Iklan tersebut akan disiarkan melalui laman web DBP dan juga melalui akhbar atempatan. Sila layari laman kami dari masa ke masa dan melihat akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya pada hujung minggu. Iklan akan dibuka selama 21 hari dari tarikh iklan disiarkan. | Lain-lain | 26.04.2008 |
NAK TAHU TARIKH TUTUP DAN JUGA JAWATAN BAGI IKLAN DALAM LAMAN WEB GOV.... | Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan terhadap DBP. Dimaklumkan DBP akan mengiklankan beberapa jawatan kosong dalam masa terdekat ini. Antaranya ialah jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, Pembantu Am Pejabat Gred N1, Pengawal Keselamatan Gred KP11, Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17, Ahli Fotofrafi Gred B11 dan beberapa jawatan lain. Sila layari laman web kami dari masa ke masa atau lihat iklan kami dalam akhbar tempatan pada hujung minggu. Kebiasaannya permohonan jawatan akan dibuka selama 21 hari dari tarikh iklan disiarkan. | Lain-lain | 30.03.2008 |