1. peraturan berkaitan kemudahan cuti tanpa rekod bagi pegawai Perkhidmatan Awam yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara. 2. Kemudahan cuti tanpa rekod untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Adakah perkataan ini merupakan perkataan aktif bahawa pegawai berkaitan mengikut kursus secara sambilan atau IPT hendak mengesahkan kursus sambilan. Pemahaman saya adalah perkataan aktif bahawa pegawai berkaitan mengikuti kursus secara sambilan. Mohon nasihatkan saya. | Kami berpandangan, kedua-dua ayat tersebut memberitahu akan kewujudan peraturan yang berkaitan, yang boleh dirujuk oleh pembaca atau pihak-pihak yang berkeperluan. Walau bagaimanapun, dalam hal yang berkaitan dengan pekeliling, sila rujuk Jabatan Perkhidmatan Awam. Dewan Bahasa dan Pustaka membantu dari aspek teknikal ayat, manakala tafsiran yang persis dapatkan daripada pihak yang berwenang. | Lain-lain | 23.05.2023 |
Kamus Dewan Bahasa menunjukkan mengikut dan mengikuti adalah sama erti. Boleh Tuan/Puan memastikan ayat-ayat yang mana betul. 1. Adik mengikut ibu ke pasar. 2. Adik mengikuti ibu ke pasar. | Menurut data kami, kedua-dua ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 02.08.2017 |
Salam hormat, mohon khidmat nasihat berhubung perkataan "menyertai" dan "mengikuti". Contoh ayat : Permohonan menyertai kursus anjuran INSAN atau Permohonan mengikuti kursus anjuran INSAN? Sekian, terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan, perkataan menyertai dan mengikuti membawa maksud yang sama. Oleh itu, ayat yang dicadangkan tersebut adalah betul penggunaan bahasanya. Untuk rujukan: 1"> (Maksud perkataan MENYERTAI ialah 1. mengiringi, mendampingi, mengikuti: setiap pelajaran yg saya berikan itu, disertai dgn latihan; bantahan mereka kali ini disertai dgn ugutan yang lebih hebat; 2. bersama-sama dgn., menemani, mengawani (utk. menolong dll): Tuhan ~ orang yang sabar; 3. mengikut serta, turut bersama: tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat))1"> | Tatabahasa | 27.07.2018 |
Salam, Yang mana penggunaan kata ganti nama (ia/dia)yang betul (1)majlis itu berhak bertindak dgn sendirinya, yakni ia tidak semestinya mengikuti nasihat sesiapa. (2)majlis itu berhak bertindak dgn sendirinya, yakni dia tidak semestinya mengikuti nasihat sesiapa. Sekian, terima kasih | Penggunaan yang betul ialah "Majlis itu berhak bertindak dengan sendirinya, yakni ia tidak semestinya mengikut nasihat sesiapa." | Lain-lain | 13.06.2022 |
Salam tuan di talian, Ayat manakah yang tepat bagi Ayat Contoh di bawah. 1. Proses pembelajaran menjadi lebih menarik apabila murid-murid mengikuti aktitiviti lawatan sambil belajar. Atau 2. Proses pengajaran menjadi lebih menarik apabila murid-murid mengikuti aktitiviti lawatan sambil belajar. Sekian terima kasih. | Dari aspek tatabahasa, kedua-dua ayat adalah betul. Perkataan "pembelajaran" merujuk kepada proses pembelajaran murid-murid, manakala perkataan "pengajaran" merujuk kepada proses pengajaran oleh guru. Oleh itu, bergantung pada konteks ayat tersebut, sama ada merujuk kepada murid-murid atau merujuk kepada guru. Walau bagaimanapun, kami berpendapat ayat ini merujuk kepada proses pembelajaran murid, iaitu ayat nombor 1. | Tatabahasa | 16.05.2012 |
1. Apakah istilah bahasa Melayu yang sesuai untuk menggantikan istilah 'Proposal Defense' dan 'Viva Voce'? 2. Adakah betul penggunaan istilah 'pascasiswazah' bagi merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dan sarjana? Keliru dengan hasil pencarian ini --> [pas.ca.sis.wa.zah] | ڤسچاسيسوازه Definisi : bkn penuntut yg meneruskan pendidikan yg lebih tinggi selepas menamatkan ijazah pertama. (Kamus Dewan Edisi Keempat) 3. Adakah betul penggunaan istilah 'siswazah' bagi merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dan sarjana? | 1. Mohon tuan/puan berikan penggunaan “proposal defense” dan “viva voce” dalam contoh ayat supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.1"> 2. Kamus Melayu Dewan Edisi Keempat mentakrifkan “pascasiswazah” sebagai penuntut yg meneruskan pendidikan yg lebih tinggi selepas menamatkan ijazah pertama. Ini bermakna merujuk kepada penuntut yang sedang mengikuti pengajian pada peringkat sarjana dan doktor falsafah.1"> 3. Kamus Melayu Dewan Edisi Keempat mentakrifkan “siswazah” sebagai orang yang telah lulus dari universiti, iaitu lulusan universiti. | Istilah | 18.04.2019 |
Terima kasih atas jawapan yang terdahulu. Manakah yang persis (diiktiraf oleh DBP): 1. Weblog atau blog? 2. Blogger, pemblog, atau penulis blog? 3. Menulis masukan blog atau memblog? Benarkah memblog (jikalau diterima perkataan ini) dapat bermaksud 1. menulis masukan blog 2. membaca blog 3. mengikuti perkembangan blog? | Encik Mohd.Isa terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. DBP tidak menggunakan perkataan blogger dan pemblog tetapi kerana ramai orang telah menggunkan perkataan tersebut jadi kami hanya boleh mencadangakan penggunaan penulis blog dan ia tidak boleh disamakan dengan membaca blog dan mengikuti perkembangan blog?Terima kasih | Istilah | 24.03.2009 |
1. Disebabkan dia (pengikut), dia sering mengikuti lawatan sambil belajar. Apakah perkataan yang boleh diisi untuk membetulkan ayat ini? 4. Nama adik saya yang kecil ini ialah Aizudin tetapi nama (timbangan)nya ialah Judin. Apakah makna nama timbangan? Tidak dijumpai dalam kamus dewan. | Untuk kata terbitan daripada kata ikut seperti terikut atau berikut tidak ada kata yang sesuai untu ayat tersebut, jika untuk perkataan lain mungkin boleh digantikan dengan kata berminat. Lihat entri timangan atau timang-timangan bermaksud nama lain drpd nama yang diberikan ketika lahir. | Tatabahasa | 10.10.2011 |
1.Anak-anak akan perbuatan baik yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. A meneladani B mengikuti C. mencontohi D. Menghargai munsyi, apa jawaban yang sesuai digunakan? adakah A dan C sama sahaja? TK | Jawapan A, B, dan C sama dan boleh diterima. | Tatabahasa | 16.03.2013 |
Selamat pagi. Sekolah saya baru menjalankan peperiksaan percubaan kali ke-4. Kami mengalami kekeliruan terhadap sesetengah jawapan bagi soalan berikut: 1. Penganut agama Hindu itu ____________ tangga untuk sampai ke Batu Caves. A berjalan B menaiki C menuruni D mendaki * Mengikut jawapan yang diberi, jawapannya ialah B. Tetapi merujuk kepada DBP edisi ke-4, definisi 'menaiki' juga bermaksud 'mendaki'. 2. "Awak pergilah dulu ke kantin. Sebentar lagi, saya akan _________," kata Emily kepada En. Woon. A mengejar B menyusul C mengikuti D mengekori ** Mengikut jawapan yang diberi, jawapannya ialah B. Tetapi merujuk kepada DBP edisi ke-4, definisi 'menyusul' juga bermaksud 'mengikuti' dan 'mengekori'. Sekian, terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kata 'menaiki' juga sama dengan 'mendaki'. Begitu juga kata ' menyusul' juga bermakna 'mengikuti' dan 'mengekori'. Sila berbincang dengan pihak sekolah tentang perkara ini. | Makna | 08.08.2008 |