Frasa 'mengimbau kembali zaman persekolahan' sering digunakan. Persoalannya, mengimbau bermaksud memanggil(seseorang), oleh itu adakah maksudnya dikayakan supaya merangkupi maksud kiasan - 'memanggil'(mengenang) ingatan? | Frasa "mengimbau kembali zaman persekolahan" adalah betul penggunaannya. Mengikut istilah dalam bidang umum, istilah “imbau kembali” berasal daripada istilah sumbernya dalam bahasa Inggeris iaitu “throwback”. Imbau kembali membawa maksud mengenang sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada masa lampau. | Istilah | 06.05.2020 |
menghimbau zaman persekolahan atau mengimbau zaman persekolahan? | Yang betul ialah mengimbau zaman persekolahan. | Tatabahasa | 08.05.2009 |
Maaf cuma ingin tahu. Sering saya dengar di corong-corong stesen radio berebahasa Melayu di Malaysia "mengimbau" (imbau) digunakan deejay untuk mengenang kembali sesuatu. Di saluran tv Indonesia pula pemimpinnya "mengimbau" segenap masyarakatnya untuk memajukan negara. Sebenarnya di mana tepatnya "imbau" ini duduknya? Lagi satu, "justeru". Di media Indonesia tak diertikan sebagai "oleh itu", malah lebih daripada tindakan positif untuk mengatasi hasil yang negatif. Akan tetapi di media Singapura dan Malaysia duduknya seakan-akan "oleh sebab itu". Harap pihak Tuan dapat memberi pandangan. Maaf sekali lagi kerana saya bertanya. Terima kasih, Tuan-Tuan. | Untuk makluman saudara, perkataan dalam bahasa Melayu mempunyai makna yang cukup luas sama ada di Malaysia atau Indonesia. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut memang mempunyai makna yang berbeza seperti yang saudara nyatakan. | Makna | 14.08.2007 |
Apakah kesalahan dalam "mengingat kenangan lalu"? | "mengingat kenangan lalu" Tiada kesalahan daripada segi bahasa dalam frasa tersebut. Frasa tersebut juga boleh digantikan dengan "mengimbau kenangan lalu". Terima kasih. | Tatabahasa | 13.11.2017 |
Assalamualaikum Wbrt. Tuan Harap dapat penjelasan terperinci kenapa ayat di bawah salah: 1) Kejadian gempa bumi itu telah mengorbankan banyak nyawa. 2) Tokoh ilmuan itu menceritakan tentang kenangan beliau ketika menuntut di universiti. 3) Kerja-kerja menghias bilik itu telah disiapkan oleh kami sebentar tadi. 4) Rancangan untuk memperindahkan tamannya terpaksa ditangguhkan kerana menghadapi masalah kewangan. Atas penjelasan tuan itu, didahului dengan ucapan terima kasih. Izani b. Hj. Daud. | 1) Kejadian gempa bumi itu telah mengorbankan banyak nyawa. - subjek ayat tidak perlu didahului kata kejadian. 2) Tokoh ilmuan itu menceritakan tentang kenangan beliau ketika menuntut di universiti. - kata menceritakan tidak tepat dari segi makna ayat, sebaliknya ganti dengan perkataan lain seperti ... mengimbau kenangan ketika beliau ... 3) Kerja-kerja menghias bilik itu telah disiapkan oleh kami sebentar tadi. - Ayat pasif diri pertama tidak menerima bentuk pasif di-... + oleh seperti kata ganti nama diri ketiga. 4) Rancangan untuk memperindahkan tamannya terpaksa ditangguhkan kerana menghadapi masalah kewangan. - memperindah, bukan memperindahkan | Tatabahasa | 08.03.2012 |