Assalamualaikum, mohon semakan ayat berikut: "Program ini bukan sahaja menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Animasi 2D malahan dapat mengimplementasikan ke dalam kerjaya di dalam bidang berkaitan Multimedia Kreatif." Terima kasih. Munirah binti Ahmad Zaki Kolej Komuniti Kuala Langat | Ayat yang betul: "Program ini bukan sahaja menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang animasi 2D, malah dapat diterapkan dalam kerjaya yg berkaitan dgn multimedia kreatif." | Lain-lain | 19.01.2021 |
Salam,Tuan/Puan,bolehkah saya tahu apakah kesalahan bahasa dan kesalahan tatabahasa dalam ayat yang diberikan di bawah?Terima kasih Masalah dan Hal yang berlakunyav banyak kejadian dalam masa terkini.Mereka kekurangan saling bekerjasama menjalankan tugasan yang diberikan.Tempat yang kita tinggal dan tingkat Blok seperti Taman Cheng Mutiara.Seorang yang menghasilkan tugasan kepada orang lain seperti jirantetangga atau kita.Mungkinlah jiran tetangga bersikap malas mengimplementasikan tugasan yang diberikannya.Merekka berasa tindakan ini amat memboroskan dan membuang masa yang pulau di batu.Mereka akan mencari alasan yang banyak seperti seribu alasan untuk mengelakkan menjalankan tindakan dan tugasan tersebut.Pengendalian Blok itu akan mendapat wang yang ditentunya.Mereka seyogia mendapat wang bahkan bukan mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan seharian.Kita perlulah bertanggungjawab menanggung segala bebanan yang didatangnya.Sikap bertanggungjawab dapat menampilkan kebolehan dan keampunan diri untuk menangani kemelut diri sendiri.Kita juga boleh bergotong-royong dengan jiran tetangga untuk menambahkan saling memahami untuk membantu mereka pada bila-bila masa.Aktiviti bergotong-royong haruslah kita meluangkan masa yang terluang.Dengan berbuat demikian,kita bukan saahaja dapat saling memahami bahkan juga boleh membersihkan kawasan di sekeliling kita. | Ayat yang diberikan tidak begitu jelas, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah: - Dari segi tatabahasa
- Tanda baca yang digunakan tidak betul
- Wujudkan ketidaksinambungan antara ayat
- Kesalahan ejaan
- Pemilihan perkataan yang tidak betul
Berikut merupakan ayat yang telah dibetulkan: Terdapat banyak masalah yang berlaku pada masa kini. Mereka kurang bekerjasama dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Seseorang itu perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai jiran tetangga. Mungkin terdapat segelintir jiran tetangga yang bersikap tidak peduli terhadap tugasan yang diberikan. Mereka merasakan tindakan ini seperti membuang masa sahaja. Mereka akan mencari pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripada melakukan tugasan tersebut. Pengurusan blok akan mendapat wang yang ditetapkannya. Mereka seharusnya memperoleh wang dan bukannya mewujudkan kemananan dan keharmonian dalam kehidupan seharian. Kita perlulah bertanggungjawab dan sanggup menanggung segala beban yang akan dihadapi. Sikap bertanggungjawab dapat menampilkan kebolehan dan kemampuan diri untuk menangani kemelut hidup. Kita juga boleh bergotong-royong dengan jiran tetangga untuk memupuk sifat saling memahami dan saling membantu. Kita perlu meluangkan masa untuk melakukan aktiviti bergotong-royong. Dengan berbuat demikian, kita bukan sahaja dapat memupuk sikap saling memahami bahkan dapat memastikan kawasan sekeliling kita sentiasa bersih. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.07.2021 |
selamat sejahtera.Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu diimplementasikan sejak peringkat kanak-kanak.Adakah penggunaan diimplementasikan sesuai untuk ayat tersebut. 2.Oleh sebab masalah pencemaran sungai semakin berleluasa,RENCAH YANG PALING MUJARAB untuk selesaikan masalah tersebut ialah masyarakat perlu ditanamkan dengan sikap cinta akan alam sekitar. Adakah penggunaan perkataan tersebut sesuai untuk ayat tersebut dan apkah maksud perkataan tersebut. Mohon Penjelasan.Terima Kasih | 1. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, implimentasi bermaksud proses melaksanakan (mengusahakan) sesuatu, pelaksanaan; mengimplementasikan pula bermaksud melaksanakan, menjalankan, menunaikan (tugas, usaha, dll). Perkataan implementasi tidak sesuai digunakan. 2. Kamus Pelajar Edisi Kedua mentakrifkan rencah sebagai perencah bahan (seperti udang, daging) yang dicampurkan ke dalam sesuatu masakan supaya lebih sedap: Ikan busuk jangan dibuang, buat rencah si daun kayu. Perkataan rencah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat yang diberikan. | Tatabahasa | 12.07.2016 |