Ayat manakah yang betul? 1.Setiap anak mestilah mengingati pengajaran ibu bapa mereka. 2.Setiap anak mestilah mengingati ajaran ibu bapa mereka. 3.Hasil ikatan saintis, terhasillah cara baharu merawat bagi kanser. 4.Ikatan kata dalam bait-bait puisi penyair tersohor itu sungguh indah. | Ayat yang betul ialah: 1. Setiap anak mestilah mengingati ajaran ibu bapa mereka. 2. Ikatan kata dalam bait-bait puisi penyair tersohor itu sungguh indah. | Lain-lain | 22.03.2021 |
Perkataan mengingati = ingat akan = remember Mengingatkan = memberikan ingat = remind memperingati = mengenang semula memperingatkan??? adakah istilah ini wujud? menurut Kamus dewan, istilah ini wujud bagaimana pula dengan Kamus Tatabahasa? Terima kasih | Perkataan mengingati, mengingatkan, memperingati dan memperingatkan adalah betul dan boleh digunakan. Makna dan contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. memperingati bermaksud mengenangkan sesuatu peristiwa dan sebagainya dengan perayaan, contoh ayat: Perayaan itu diadakan kerana memperingati hari tertubuhnya Malaysia; 2. mengingati bermaksud mengingat akan, contoh ayat: Dia sentiasa mengingati pesan ibunya; 3. memperingatkan dan mengingatkan bermaksud memberi nasihat dan sebagainya supaya sedar akan tanggungjawab, contoh ayat: Saya telah banyak kali memperingatkan mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah. | Makna | 04.10.2012 |
Puan, Berkenaan perkataan "mengingati" dan "mengingatkan", adakah keuda-dua perkataan ini sama maksud atau penggunaannya? Sila jelaskan. | Untuk mengetahui perbezaan antara perkataan yang tersebut, lihat makna dan contoh penggunaannya seperti yang berikut: 1. mengingati bermaksud mengingat akan, contoh ayat: Dia sentiasa mengingati pesan ibunya; 2. memperingatkan dan mengingatkan bermaksud memberi nasihat dan sebagainya supaya sedar akan tanggungjawab, contoh ayat: Saya telah banyak kali memperingatkan mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah. | Tatabahasa | 05.02.2013 |
memperingati , mengingati, memperingatkan , mengingatkan...apakah perbezaan yang khusus antara perkataan ini? terima kasih | Untuk mengetahui perbezaan antara perkataan yang tersebut, lihat makna dan contoh penggunaannya seperti yang berikut: 1. memperingati bermaksud mengenangkan sesuatu peristiwa dan sebagainya dengan perayaan, contoh ayat: Perayaan itu diadakan kerana memperingati hari tertubuhnya Malaysia; 2. mengingati bermaksud mengingat akan, contoh ayat: Dia sentiasa mengingati pesan ibunya; 3. memperingatkan dan mengingatkan bermaksud memberi nasihat dan sebagainya supaya sedar akan tanggungjawab, contoh ayat: Saya telah banyak kali memperingatkan mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah. | Tatabahasa | 04.03.2011 |
sukar bezakan 'mengenang',' mengenangi' dan 'mengenangkan' | Mengenang ialah mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); Mengenangkan ialah 1. = mengenangi : menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; | Tatabahasa | 18.03.2010 |
Perkataan bersungguh-sungguh dikira kata kerja kerja tak transitif atau kata adjektif. Contoh ayat : Nenek selalu mengingati adik agar belajar dengan bersungguh-sungguh di sekolah. Mohon pencerahan dari tuan. Terima kasih. | Perkataan bersungguh-sungguh ialah kata adverba. Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. | Tatabahasa | 23.04.2021 |
Soalan 1: Bagaimanakah untuk mengatasi masalah kekeliruan dalam kalangan murid berkenaan bentuk huruf yang seakan-akan sama? Contohnya b dan d. Soalan 2: Bagaimanakah untuk mengatasi masalah murid yang gagal untuk mengingati bunyi suku kata awal perkataan, menyebabkan murid menyebut bunyi perkataan yang mereka pernah dengar sahaja? Contoh perkataan' satu' disebut' batu' berdasarkan bunyi suku kata akhir iaitu ' tu '. Soalan 3: Bagaimanakah cara untuk mengatasi kelemahan murid mengeja perkataan yang mempunyai suku kata tertutup? Contohnya kertas dan kolam> | Soalan 1: Bagaimanakah untuk mengatasi masalah kekeliruan dalam kalangan murid berkenaan bentuk huruf yang seakan-akan sama? Contohnya b dan d. Soalan 2: Bagaimanakah untuk mengatasi masalah murid yang gagal untuk mengingati bunyi suku kata awal perkataan, menyebabkan murid menyebut bunyi perkataan yang mereka pernah dengar sahaja? Contoh perkataan' satu' disebut' batu' berdasarkan bunyi suku kata akhir iaitu ' tu '. Soalan 3: Bagaimanakah cara untuk mengatasi kelemahan murid mengeja perkataan yang mempunyai suku kata tertutup? Contohnya kertas dan kolam. 1. Huruf yang dikatakan sama kerana cara ia dihasilkan sama, namun akan berbeza jika daerah sebutan huruf berkenaan berbeza diterangkan kepada pelajar. 'b' ialah konsonan letupan dua bibir bersuara, manakala 'p' ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara. 2. Dalam bahasa, perkataan membawa makna. aspek makna 'satu' dan 'batu' adalah berbeza. Aspek semantik perkataan harus dijelaskan kepada pelajar, waima kata yang sama boleh membawa makna berbeza mengikut konteks contohnya 'daki'. 3. Penggalkan kata ikut suku kata.
| Tatabahasa | 18.04.2013 |
Pak Long dalam ayat di bawah perlu menggunakan huruf besar ataupun tidak> “Kenapa Kif tak pernah nampak istana tu, pak long?” Akif yang mengingati setiap satu yang pernah dilihatnya, masakan boleh terlupa." | Penggunaan kata panggilan "pak long" dalam ayat tersebut tidak perlu menggunakan huruf besar. Panggilan keluarga seperti "pak long" dikategorikan sebagai kata nama am dan ditulis huruf kecil di tengah ayat dan huruf besar pada permulaan ayat (Pak long). Walau bagaimanapun, kata panggilan tersebut menjadi kata nama khas apabila bergabung dengan nama individu. Contohnya, Pak Long Awang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,2015), halaman 83-87. | Tatabahasa | 12.05.2024 |
Adakah tepat penggunaan perkataan "Agong" seperti dalam ayat: "Agong merupakan ketua negara di negara kita?". Sekiranya tidak tepat, adakah penggunaan penulisan ayat tersebut sesuai untuk diajarkan kepada kanak-kanak bawah 6 tahun, kerana mungkin rumit bagi mereka untuk mengingati terma "Yang di-Pertuan Agong". | "Yang di-Pertuan Agong" atau “Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong" merupakan gelaran untuk Ketua Negara Malaysia yang digunakan merujuk kepada pemakaian gelaran. Namun, dalam konteks umum, perkataan "Agong" boleh digunakan bagi merujuk kepada "Yang di-Pertuan Agong" atau “Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong", seperti contoh ayat yang berikut: "Esok cuti kerana hari jadi Agong." Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 23. | Lain-lain | 30.07.2024 |
Adakah tepat penggunaan perkataan "Agong" seperti dalam ayat: "Agong merupakan ketua negara di negara kita?". Sekiranya tidak tepat, adakah penggunaan penulisan ayat tersebut sesuai untuk diajarkan kepada kanak-kanak bawah 10 tahun, kerana mungkin rumit bagi mereka untuk mengingati terma "Yang di-Pertuan Agong". | "Yang di-Pertuan Agong" atau “Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong" merupakan gelaran untuk Ketua Negara Malaysia yang digunakan merujuk kepada pemakaian gelaran. Namun, dalam konteks umum, perkataan "Agong" boleh digunakan bagi merujuk kepada "Yang di-Pertuan Agong" atau “Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong", seperti contoh ayat yang berikut: "Esok cuti kerana hari jadi Agong." Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 23. | Lain-lain | 30.07.2024 |