| Terima kasih atas respons kepada pertanyaan saya yang terdahulu mengenai frasa tersebut. Satu lagi soalan. Bolehkah saya menggunakan perkataan "Menginspirasi" sebagai padanan kepada perkataan "Inspiring"? Jawapan : Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud progress ialah kemajuan, manakala inspiring bermaksud memberikan /inspirasi, ilham, maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi "Celebrating Excellence, Inspiring Progress" ialah Meraikan Kecemerlangan, Mengilhamkan Kemajuan | Terjemahan inspiring bermaksud memberikan /inspirasi, ilham. Sekiranya tuan/puan ingin menggunakan menginspirasi bagi terjemahan inspiring, ia boleh digunakan mengikut kesesuaian konteks ayat, | Makna | 05.06.2017 |
| Saya dapati perkataan "inspirasi" terakam dalam KD4 dengan terbitan "berinspirasi", "menginspirasi" dan "menginspirasikan". Adakah bentuk terbitan "terinspirasi" juga boleh digunakan (dengan makna "berilhamkan")? | 1. Perkataan terinspirasi masih belum wujud dalam pangkalan data kami. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud inspirasi ialah sesuatu yg menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu (hasil seni dan lain-lain) dan merupakan sinonim dengan perkataan ilham. Maksud berilhamkan pula ialah mempunyai sesuatu sebagai ilham manakala berinspirasi pula bermaksud mempunyai inspirasi. Maka maksud berilhamkan tidak boleh digunakan dengan terinspirasi. Perkataan yang sinonim dengan berilhamkan ialah berinspirasi. | Istilah | 29.04.2019 |