Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.si] | مڠيسي

Definisi : menjadikan (sesuatu spt beg, botol, dll) berisi, memasukkan sesuatu supaya berisi, memuatkan atau mengambil tempat (ruang dsb) di sesuatu supaya berisi: ~ botol dgn air; buku-buku utk ~ perpustakaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.si] | مڠيسي

Definisi : memberi berisi; membuat sesuatu supaya berisi: ~ guni dgn beras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,

Puisi
 

Ambil karung mengisi ruas,
     Pengikatnya pula tali guni;
Adik turut hamba tak puas,
     Cuma abang tak insafkan diri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Mengisi perian bobos.

Bermaksud :

Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengisi gantang pesuk). bobos = berlubang besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia mengisikan borang atau dia mengisi borang?Dia mengisikan borang atau dia mengisi borang?
Perkataan mengisikan bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam bekas atau ruang; memasukkan sesuatu sebagai isinya;
Sementara, mengisi bermaksud menjadikan sesuatu bekas atau ruang berisi atau memberi isi.

Penggunaan 'mengisikan' dan 'mengisi' yang betul adalah seperti contoh yang berikut:
(1) Pelajar-pelajar diminta mengisikan maklumat peribadi dalam borang.
(2) Pelajar-pelajar diminta mengisi borang dengan maklumat peribadi.

Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 589.
Tatabahasa04.10.2013
Dalam Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun Dua, 1995, terdapat satu ayat "Bapa Ali membawa timba untuk mengisi ikannya.", adakah perkataan "mengisi" dalam ayat tersebut digunakan dengan betul? Kalau tidak, mohon jawapan bentuk betul untuk perkataan "isi". Terima kasih!Dalam Kamus Dewan mengisi bermaksud menjadikan (sesuatu seperti beg, botol, dan sebagainya) berisi, mengisikan bermaksud memasukkan (menaruh, menempatkan) sesuatu ke dalam (sesuatu bekas dan lain-lain). Berdasarkan huraian makna kedua-dua kata perkataan mengisikan lebih sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa30.04.2013
Tujuan Hari Kantin diadakan untuk mengisi tabung sekolah. Merujuk kepada ayat di atas, betulkah tatabahasa dan strukturnya, frasa " mengisi tabung " betul ?Frasa "mengisi tabung" betul dan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa11.07.2014
Mana satu ayat yang betul: 1. Sila akui penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan.... 2. Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan..... 3. Sila beri akuan terima laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan Ingin tahu juga beza akui dan akuanAyat kedua merupakan ayat yang lebih tepat untuk digunakan.

"Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan."

Perakuan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yang diperakukan, saranan serta sokongan (untuk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan;

Akuan pula ialah segala sesuatu yang diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yang menolong pa­wang); orang ~ orang yang dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yang mujarab ubat atau man­teranya);

Tatabahasa14.06.2013
Kita dapat mengisi masa lapang dengan berhemah. Adakah betul penggunaan kata berhemah dalam ayat ini. Terima kasih.Perkataan berhemah tidak sesuai untuk ayat contoh yang diberikan (Kita dapat mengisi masa lapang dengan berhemah. Maksud hemah ialah budi pekerti yang mulia.  Perkataan yang sesuai untuk ayat yang diberikan ialah; Kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat.Lain-lain19.03.2017
sebelum mengisi semula hormon pastikan beg aplikator ditekan sihingga kosongSebelum mengisi semula hormon pastikan beg aplikator dikosongkan - lazimnya ungkapan ini digunakan dalam pelabelan.Tatabahasa25.03.2011
Salam sejahtera, mohon berikan cadangan terjemahan bagi "Privacy Policy" (polisi yang biasanya dinyatakan jika kita mengisi borang, untuk melindungi butir peribadi kita) dan sejenis warna, "medium green". Terima kasih1. Ruangan tersebut bukanlah suatu dasar, sebaliknya disebut "Maklumat Peribadi" yang perlu dilengkapkan apabila kita mengisi borang.
2. Medium bermaksud sederhana dan jika medium green diterjemahkan itulah warna hijau yang sebenarnya. Maka cukup sekadar kita menandakannya sebagai warna hijau kerana jika berlebihan hijaunya baharu disebut hijau pekat dan jika sebaliknya disebut hijau cair.
Istilah17.07.2012
Ayat yang manakah yang betul? I Pembacaan dapat membantu dalam mempertajam pemikiran. II Ramli mengisi masa lapang dengan mempertajam parangnya. III Raziah mempertajam telinganya untuk mendengar perbualan kakaknya dengan rakan-rakannya. harap berikan penjelasan. terima kasih.Ayat 1.Pembacaan dapat membantu dalam mempertajam pemikiran dan ayat II Ramli mengisi masa lapang dengan mempertajam parangnya betul. Hanya ayat III Raziah mempertajam telinganya untuk mendengar perbualan kakaknya dengan rakan-rakannya walaupun betul tetapi jarang sekali digunakan.Tatabahasa16.11.2007
Salam. Mohon tuan / puan memberi pencerahan dan contoh bagi "mengisi masa" dan "mengisikan masa"? Terima kasih.Perkataan mengisikan bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam bekas atau ruang; memasukkan sesuatu sebagai isinya, manakala  mengisi bermaksud menjadikan sesuatu bekas atau ruang berisi atau memberi isi.

Dalam konteks ayat diberikan mengisikan masa tidak sesuai digunakan. Contoh ayat yang sesuai ialah Ayah mengisi masa lapang dengan mempertajam parangnya.
Makna17.03.2018
KEKOSONGAN JAWATAN DI DBP

Sdr,

Sekiranya terdapat keperluan untuk mengisi sesuatu jawatan kosong, kami akan mengiklankannya melalui akhbar utama berbahasa Melayu iaitu akhbar Mingguan Malaysia dan juga disiarkan melalui laman sesawang DBP.

Sdr. boleh menyemak iklan tersebut dan sekiranya berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan sdr bolehlah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang kami, atau datang untuk mengambil sendiri di Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KL atau mengehantar sampul surat bersetem RM0.40 berukuran 38cm x 25cm dan beralamat sendiri ke alamat seperti yang dinyatakan di atas.

Pastikan permohonan sdr. sampai kepada kami pada atau sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di dalam iklan.

Lain-lain10.11.2009
123456789

Kembali ke atas