Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ka.ji] | مڠکاجي

Definisi : menyelidik dan meneliti dgn mendalam atau terperinci (supaya benar-benar mengetahui sesuatu, supaya dapat membuat keputusan dll): sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk utk ~ rang undang-undang tersebut; ia berfikir dalam-dalam sewaktu ~ buruk dan baiknya hal itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ka.ji] | مڠکاجي

Definisi : menyelidik dan memeriksa sesuatu dgn teliti; mempelajari: Ahli kaji bintang ~ hal angkasa, bintang, dan planet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaji
Kata Terbitan : mengkaji, kajian, pengajian, pengkajian, pengkaji,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mengkaji perkataan 'vegan' dan mendapati bahawa tiada perkataan Bahasa Melayu yang rasmi untuk istilah tersebut. Jika diperinci di bahagian Khidmat Nasihat, saya mendapati perkataan 'kedai vegan' digantikan kepada kedai produk sayur-sayuran. Saya mendapati perkataan tersebut terlalu awam. Contoh, jika sebuah restoran ingin memasang iklan, adakah orang awam akan faham jika mereka menggunakan 'Restoran Produk Sayur-sayuran' ? Lebih baik jika perkataan baharu dicipta untuk terjemahan 'vegan' dan 'vegetarian'.

Menurut Kamus Dewan Perdana, “vegan” bermaksud orang yang hanya makan hasil tumbuhan dan langsung tidak memakan daging, makanan laut, telur termasuk produk tenusu, biasanya atas sebab keagamaan atau kesihatan. Manakala “vegetarian” pula ialah orang yang tidak makan daging dan ikan, biasanya atas sebab keagamaan dan kesihatan.

Dalam paparan awam seperti iklan,  perkataan “vegetarian” boleh digunakan. Sehubungan dengan itu, untuk keterangan aktiviti perniagaan dalam paparan iklan, sama ada “Kedai Produk Vegetarian” atau “Kedai Produk Sayur-sayuran”, kedua-duanya boleh digunakan.  

Istilah01.03.2022
Saya mengkaji buku Cakra Waruga dan hampir selesai proses penulisan esei. Namun, saya terlepas pandang untuk mencari defini sebenar "Cakra Waruga". Boleh dikatakan puas saya mencari maknanya. Definisi "Cakra" yang saya perolehi ialah aliran tenaga dalaman manusia, manakala Waruga pula merupakan gabungan wale dan maruga yang beerti rumah dan badan yang hancur. Setelah membaca karya ini, saya sukar untuk mengaitkan tajuk buku ini dengan masej yang ingin disampaikan oleh pengarang. Namun, saya berpendapat. definisi cakra waruga ialah keupayaan atau kekuatan manusia akan hilang apabila jasadnya telah hancur(mati), menunjukkan pengarang ingin menonjolkan kekuasaan tuhan dalam menentukan setiap perkara dalam kehidupan manusia. Itulah yang saya dapat kaitkan dengan definisi cakra dan waruga dengan berlandaskan pemahaman saya melalui bacaan novel ini. Adakah benar pendapat ini, atau ada pengertian yang lebih jelas mengenai hal ini?Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maksud bagi perkataan cakra waruga ataupun cakra/waruga, berkemungkinan penulisnya ada maksud tersendiri yang hendak disampaikan melalui karyanya yang tersebut. Hal ini hanya dapat dipastikan melalui penelitian atau kajian terhadap teks tersebut.Lain-lain16.10.2010
Saya sedang mengkaji tentang pendekatan pengajaran dari barat iaitu Dalcroze Eurhythmics. Bolehkah saya tukar nama pendekatan tersebut dalam Bahasa Melayu sebagai Euritmik Dalcroze?Dalcroze Eurhythmics diberikan padanan Euritmik Dalcroze atau Dalcroze Method (Kaedah Dalcroze). Dalam bidang kesenian, euritmik ialah sistem latihan muzik untuk memahami ritma melalui gerak anggota yang dibangunkan oleh Émile Jaques-Dalcroze. Istilah23.10.2018
SAYA SEDANG MENGKAJI TENTANG DUNIA KORPORAT DALAM CERPEN.BOLEHKAH SAYA INGIN MEMINTA SEDIKIT BAHAN TENTANG TAJUK SAYA ITU?ADAKAH IANYA BERKAITAN DENGAN WATAK KORPORAT ATAU SEBALIKNYA?SAYA AGAK KELIRU.Bagi maksud tersebut, silalah membuat rujukan kepada cerpen-cerpen karya penulis antaranya Keris Mas, Daeng Ramli Akil dan Khadijah Busu. Sekian dan salam.Lain-lain24.07.2009
Davis telah mengkaji proses ini pada/kepada 157 individu.Davis telah mengkaji proses ini dalam kalangan 157 individu. Untuk penggunaan kata sendi nama pada dan kepada, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 272-274.Tatabahasa06.12.2011
Salam sejahtera dan selamat malam. Apakah perbezaan antara mengaji dengan mengkaji? Sekian, terima kasih.

Menurut Kamus Pelajar, mengaji ditakrifkan sebagai membaca Quran: Budak itu sudah khatam ~. 2 belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~



di sekolah kampung.



Manakala mengkaji ialah menyelidik dan memeriksa sesuatu dengan teliti; mempelajari: Ahli kaji bintang ~hal angkasa, bintang, dan planet.

Tatabahasa05.07.2013
Huraikan tentang nilai estetika yang terdapat dalam bahan kesusasteraan. Kemukakan contoh bagi huraian tersebut. Terima kasih.Estetika ialah ilmu tentang keindahan. Dalam bidang kesusasteraan estetika ialah satu konsep untuk mengkaji keindahan yang terdapat dalam karya sastera. Untuk mengkaji keindahan dalam sesebuah karya sastera, unsur-unsur psikologi, sosiologi, entnologi, sejarah dan aspek-aspek lain yang saling berkaitan perlu dikaji bersama-sama.Lain-lain06.02.2008
1.perbezaaan morfologi dan sintaksis?Morfologi merupakan kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Morfologi juga merupakan bidang tatabahasa yang mengkaji morfem dan pembinaan perkataan dalam suatu bahasa. Untuk makluman saudara, sintaksis pula merupakan bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat. Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, diharap agar saudara dapat membuat perbezaan antara morfologi dan sintaksis. Bagi membantu, saudara juga boleh membuat rujukan pada bUku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Tatabahasa17.07.2007
Salam Sejahtera. Saya ingin bertanyakan mengenai apakah maksud kepada perkataan "Birdwatching" di dalam Bahasa Melayu. Mengikut terjemahan Kamus DBP, ianya bermaksud mengkaji burung. Pihak kami menerima maksud terjemahan yang lain dari Malaysia Nature Society yang mana telah memberikan maksud "Mencerap Burung" atau sebagai aktiviti pemerhatian burung. Mohon pihak DBP dapat memberikan maklumbalas kepada persoalan ini. Sekian, terima kasih.Bird-watching boleh diterjemahkan kepada mengkaji burung atau juga mencerap burung berdasarkan konteks penggunaan yang lebih sesuai. Tidak semua yang terlibat itu mengkaji burung, maka kata mencerap burung lebih sesuai digunakan dalam keadaan tertentu.Penyemakan dan penterjemahan09.01.2015
assalamualaikum... apakah konsep fonetik dan fonologiFonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia, iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Bidang fonetik yang mengkaji bunyi bahasa dapat dipecahkan kepada tiga, iaitu artikulatori, auditori, dan akustik. Fonologi ialah bidang yang mengkaji rumus-rumus atau peraturan sesuatu bahasa yang menentukan sebutan. Antara kajian fonologi termasuklah pemenggalan bunyi bahasa, pola dan kelas bunyi bahasa, variasi bunyi, proses fonologi, dan perubahan bunyi.Tatabahasa28.07.2018
123456789

Kembali ke atas