berketerampiln mengkategorikan betul ke ejaan ini | Ejaan yang betul ialah berketerampilan. | Ejaan | 27.11.2008 |
1. Bagaimanakah mengkategorikan kosa kata kepada kosa kata umum dan kosa kata istilah ? 2. Kosa kata berikut , yang manakah merupakan kosa kata umum atau kosa kata istilah ? promosi, lelong, stok, kaunter, troli, bangga dan prihatin. Sekian, terima kasih. | Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik. Contoh yang saudara berikan ialah kosa kata umum yang lazimnya digunakan dalam konteks umum (tidak dikaitkan dengan mana-mana bidang ilmu). Istilah lazimnya digunakan dalam wacana ilmiah atau wacana khusus seperti yang berkaitan dengan ekonomi, kujuruteraan, pertanian dan sebagainya. Pengguna seperti kita lazimnya menggunakan kosa kata umum dalam komunikasi seharian atau dalam penulisan umum. | Makna | 20.08.2015 |
Mengkategorikan atau mengategorikan | Perkataan yang betul ialah Mengkategorikan. | Tatabahasa | 22.09.2024 |
Salam tuan/puan, Harap tuan/puan sudi meluangkan masa untuk mengkategorikan kata nama yang saya berikan sebagai contoh di bawah sama ada kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) atau kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK). Jika KNATHI, tuan/puan boleh tandakan (I) atau jika KNATHBIK) tandakan (B). rumah padang sekolah bank mahkamah gereja masjid tokong kuil perpustakaan muzium istana plaza tol pasar malam tanjung teluk terowong tandas makmal taman dapur langit balai bomba balai polis kompleks sukan pejabat tanah pejabat imigresen universiti pejabat pos kilang roti kedai buku stesen minyak kafe siber Terima kasih yang tidak terhingga. | Pengenalpastian sama ada kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) atau kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK) dibuat melalui kehadiran kata sendi nama sebelum kata nama tersebut. KNATHI dikenal pasti melalui kehadiran kata sendi nama (KSN) kepada dan daripada sebelum KNATHI, manakala KNATHBIK didahului oleh KSN ke dan dari. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 99-100. | Tatabahasa | 19.11.2014 |
Salam, saya ingin tahu kenapa Kamus Dewan atau mana-mana kamus Melayu amnya tidak mengkategorikan sesuatu perkataan sebagai kata kerja (verb), kata adjektif dsb, berbanding dengan praktis dalam kamus bahasa Inggeris. Ketiadaan pengkategorian sedemikian menyusahkan dan mengelirukan para pegguna apabila ingin membentuk perkataan dan ayat dengan sempurna. | Untuk makluman saudara, Kamus Dewan bersifat sederhana dan menumpukan pada kata dan makna kata. DBP sedang menyusun Kamus Umum Bahasa Melayu (akan terbit tidak lama lagi) dengan memasukkan kelas kata entri kamus tersebut. | Lain-lain | 25.09.2011 |
apakah bezanya bagi kata nama am perkara dan kata nama konsep? mohon bantuan penerangan kerana saya perlu mengkategorikan sesuatu perkataan dalam golongan kata yang betul. terima kasih. | Kata nama am ialah perkataan yangmerujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Contoh: perkara= ilham, cahaya, roh, udara, nafas konsep= kedamaian , perpindahan, keadilan. Saudara boleh merujuk prpm.dbp.gov.my untuk carian makna konsep dan perkara.
| Tatabahasa | 26.03.2013 |
Apakah padanan untuk istilah seperti 'early-teens, mid-teens, late-teens'? | Maklumat berkenaan tiada dalam sumber rujukan kami. Berdasarkan carian, ada yang mengkategorikan usia antara 13–15: early teens; 15–16: mid teens; dan 16–19: late teens. Walau bagaimanapun ini ia bukanlah suatu sumber yang rasmi. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2018 |
Buku cerita seperti Alah Bisa Tegal Biasa, Patah Tumbuh Hilang Berganti, Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih, dan Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya merupakan buku cerita peribahasa kanak-kanak. Bagaimana DBP mengkategorikan buku tersebut sebagai bahan bacaan kanak-kanak? | Untuk makluman, soalan puan telah dihantar kepada Bahagian Buku kanak-kanak dan Remaja. Sekiranya puan masih belum mendapat maklum balas, sila hubungi Pegawai di bahagian tersebut melalui talian 03-2147 9293. | Karya | 21.03.2025 |
Salam sejahtera! Seperti yang difahamkan, istilah "Indon" dianggap kurang elok di kalangan rakyat Indonesia. Walau bagaimanapun, adakah perkataan tersebut dikategorikan sebagain kata nama khas, atau tidak? Sekian, terima kasih! | Perkataan "indon" digunakan dalam bahasa percakapan. Bahasa percakapan tidak mengkategorikan perkataan kepada khas atau am seperti dalam penggunaan standard. | Lain-lain | 13.08.2020 |
perbezaan penggunaan perkataan kategori & pengkategorian contoh ayat | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kategori bermaksud bahagian dalam sesuatu sistem klasifikasi, kumpulan (golongan dan sebagainya) besar berdasarkan ciri-ciri tertentu. Contoh ayat ialah Dewan Pelajar, Dewan Ekonomi dan Dewan Kosmik ialah bahan bacaan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kategori majalah. Pengkategorian bermaksud proses mengkategorikan sesuatu, pengklasifikasian dan penggolongan. Contoh ayat ialah pengkategorian karya seni mengikut kriteria tertentu yang berdasarkan bentuk dan olahan pokok persoalan. | Makna | 12.09.2020 |