Mana satu perkataan yang betul? "Mengkhabarkan" atau "mengabarkan"? | Ejaan yang betul ialah mengkhabarkan. | Ejaan | 04.06.2019 |
Mohon pihak DBP memberikan jawapan untuk mengelakkan kekeliruan. 1. hukum-ahkam ATAU hukum-hakam 2. mengabarkan ATAU mengkhabarkan | 1. Perkataan yang betul ialah hukum-hakam. 2. Ejaan yang betul ialah mengkhabarkan. | Tatabahasa | 07.01.2011 |
Salam. Saya ada beberapa soalan yang perlukan penjelasan daripada pihak DBP untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. 1. hukum-ahkam ATAU hukum-hakam. (mana yang betul?) 2. kaucakapkan ATAU kau cakapkan. 3. mengabarkan ATAU mengkhabarkan. (contoh ayat yang saya jumpa: Pelayar berambut kerinting macam mayang pinang, tersenyum manis mengabarkan berita.) 4. sebarangan ATAU sembarangan (contoh ayat: Lantaran itu, Salleh mengingatkan diri agar jangan mudah berkata sebarangan.) 5. sebarang ATAU sembarang (contoh ayat: Jangan sekali-kali mudah mengeluarkan perkataan kepada sebarang tempat.) | 1. Perkataan yang betul ialah hukum-hakam. 2. Ejaan yang betul ialah kau cakapkan. 3. Perkataan yang betul ialah mengkhabarkan. 4. Merujuk contoh ayat yang diberikan, perkataan yang betul ialah sembarangan. 5. Merujuk contoh ayat yang diberikan perkataan yang betul ialah ... sembarang/sembarangan tempat .... | Tatabahasa | 06.01.2011 |
Dalam carian kata "memaklumi", 2 memberitahu seseorang atau sesuatu pihak: Beliau ~ anggota mesyuarat akan perkara penting itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Bukankah ayat yang betul sepatutnya ialah "memaklumkan"? | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud memaklumkan ialah memberitahukan, mengkhabarkan, atau menyatakan. manakala memaklumi ialah tahu atau faham akan, mengetahui, atau memahami. | Makna | 29.06.2018 |
Salam sejahtera, saya pernah bertanyakan tentang "memaklumi". Saya ingin mendapatkan kepastian adakah kefahaman saya betul. 1. menerima surat yang memaklumi bahawa.. (dimaklumi) 2. menerima surat yang memaklumkan bahawa...(dimaklumkan) memaklumi/dimaklumi TIDAK boleh digunakan untuk merujuk "memberitahu" sebaliknya hanya membawa maksud "telah faham" Adakah tanggapan saya ini betul? | Ayat yang betul "menerima surat yang memaklumkan bahawa ...", memaklumkan bermaksud membuat maklum, menjadikan maklum, memberitahukan, mengkhabarkan dan menyatakan.
| Tatabahasa | 28.06.2018 |
saya ingin bertanya dalam penulisan minit mesyuarat, apakah perkataan lain yang sesuai dgunakan selain "memaklumkan"? ini kerana saya merasakan perkataan "memaklumkan" berulang terlalu banyak dan menjadi redundant. sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi memaklumkan ialah 1. membuat maklum, menjadikan maklum, memberitahukan, mengkhabarkan, menyatakan; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll). Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, definisi memaklumkan ialah memberitahukan; mengkhabarkan; menyatakan. Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep penulisan tuan, perkataan-perkataan ini boleh digunakan untuk menggantikan perkataan memaklumkan. | Lain-lain | 11.07.2019 |