Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.khu.sus] | مڠخصوس

Definisi : menjadi khusus, menjadi (merupakan) sesuatu yg bersifat khusus: teknologinya berkembang dgn sangat pesat dan ~; ~ kpd menuju kpd, menjadi tertumpu kpd, menumpu kpd; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkhusus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mohon penjelasan tentang susunan jabatan, bahagian, seksyen dan unit bagi struktur organisasi sesebuah jabatan kerajaan dari yang besar sehingga yang paling kecil.

Susunan yang dicadangkan bagi sesuatu organisasi (termasuklah sama ada jabatan, institut, pusat, universiti, atau kolej) ialah Jabatan, Bahagian/Seksyen, dan Unit. Jabatan ialah organisasi paling induk yang diketuai oleh seorang ketua yang digelar sama ada Ketua Pengarah, Pengarah, Setiausaha Bahagian. Bahagian atau Seksyen pula merujuk kepada organisasi yang mengkhusus kepada bidang pentadbiran tertentu, seperti Kewangan, Sumber Manusia, dan Pentadbiran Am. Unit pula organisasi terkecil dalam sesebuah jabatan yang menjalankan fungsi lebih mengkhusus kepada bidang tertentu seperti unit perkhidmatan dan rekod, unit pinjaman, dan unit gaji dan saraan.

Istilah19.03.2014
Perbezaan Poliklinik dan Klinik.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, klinik ialah 1. tempat utk memberi diagnosis dan merawat pesakit luar: amat perlu mendirikan ~ di kampung-kampung utk menjaga kesihatan orang-orang kampung; 2. tempat yg serupa yg dianggotai oleh pakar perubatan atau pakar pembedahan yg mengkhusus akan satu atau lebih bidang: ~ mata. Poliklinik pula ialah hospital atau klinik tempat merawat berbagai-bagai penyakit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna14.05.2009
bilakah DBP mula mengeluarkan bahan sastera kanak-kanak islam di Malaysia?, apakah antara tajuk sastera kanak-kanak islam yang dikeluarkan di Malaysia sepanjang penubuhan DBP? siapakah penerbit sastera kanak-kanak Islam di Malaysia? bagaimanakah perkembangan sastera kanak-kanak Islam di Malaysia? bagaimanakah munculnya penerbitan sastera kanak-kanak Islam di Malaysia?

Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja tidak mempunyai bahan-bahan yang saudara kehendaki kerana pihak kami tidak mengkhusus kepada sastera kanak-kanak Islam sahaja.  Boleh dikatakan semua karya yang diterbitkan mempunyai nilai-nilai Islam, sama ada dari segi nilai-nilai murni, etika dan sebagainya.  Saudara boleh mencari jawapan kepada soalan saudara dengan menghubungi Pusat Pengajian Melayu, Dewan Bahasa dan Pusataka, atau pergi ke mana-mana perpustakaan di tempat saudara.

Lain-lain28.08.2008
swafoto- Saya pernah tengok cerita Indonesia yang dibuat dalam dua tiga tahun lalu dan ada dialog swafoto. Tapi di Malaysia penggunaan swafoto saya kira agak baru juga. Oleh itu saya ingin tahu adakah ia asalnya daripada bahasa Indonesia? Jerayawara juga baru tahu daripada surat dari agensi kerajaan yang diterima. Rupa-rupanya ia sudah ada dalam kamus edisi keempat. Saya rasa perkataan yang lebih popular ialah jelajah dan jika menggunakan perkataan ini lebih tidak faham. Jika menggunakan perkataan jelajah adakah ianya tidak tepat?1. Untuk makluman tuan, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "swa" merupakan awalan asing (sanskrit) yang bermaksud sendiri. Perkataan "foto" juga telah lama diterima dan bahasa Melayu dan telah meluas penggunaannya.

2. Perkataan jerayawara bermaksud persembahan, pameran, ceramah dan sebagainya diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yang berkunjung dari satu tempat ke tempat lain dengan tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai, mempromosikan sesuatu dan sebagainya. Perkataan jerayawara lebih mengkhusus maksudnya berbanding perkataan jelajah yang bermaksud pergi berjalan ke merata-rata tempat (untuk menyelidik dan lain-lain).
Penyemakan dan penterjemahan09.04.2017

Kembali ke atas