Salam Tuan/Puan, saya ingin bertanya tentang perkataan, "klik". Adakah "mengeklik" betul atau "mengklik"? Saya selalunya menggunakan mengklik tetapi telah ditolak oleh penyunting. Mohon pencerahan pihak PRPM. Contoh ayat: "The person you are calling can click, YES". Terjemahan: Orang yang sedang anda hubungi boleh mengklik, YA". Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, kata "mengklik" bermaksud "menekan (butang pada peranti tetikus) untuk memberitahu komputer supaya memilih objek yang sedang ditunjukkan oleh kursor atau melakukan fungsi yang dipilih". Tiada perkataan "mengeklik" dalam bahasa Melayu. Contoh ayat: "Orang yang sedang anda hubungi boleh mengklik, YA". | Tatabahasa | 01.02.2023 |
TUAN/PUAN, BELUM TERIMA SIJIL PENGESAHAN BAHASA DAN PUSTAKA UNTUK PAPAN ILAN PERNIAGAAN YANG TELAH DILUS. NO.RUJUKAN KAMI 8364/2018. | Untuk mencetak sijil pengesahan bahasa, tuan/puan perlu mengklik ikon cetak di sebelah kanan permohonan yang berstatus lulus. Nombor sijil akan tertera pada kotak dialog. Klik pada nombor sijil tersebut dan sijil pengesahan akan dipaparkan untuk dicetak. | Lain-lain | 26.02.2018 |
pastikan ejaan di papan tanda | Sila pinda keterangan aktiviti kepada KEDAI CUCI KERETA. Saudara dikehendaki mendapatkan pengesahan bahasa pada iklan melalui http://prpm.dbp.gov.my dan klik e-perkhidmatan dan kemudian mengklik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP | Lain-lain | 13.03.2012 |
Selamat pagi, ingin bertanya, apakah perbezaan antara leka, khusyuk dan asyik? Ah Chong tidak menyedari kedatangan kawannya kerana terlalu ____________ membaca buku kegemarannya. Apakah jawapan yang paling sesuai untuk ayat ini? (Leka/ asyik/ khusyuk) ? | Saudara boleh membuat carian sendiri dengan mengklik Carian Kata dalam menu di sebelah kiri untuk menyemak maksud kata leka, asyik dan khusyuk dengan lebih terperinci. Berdasarkan contoh ayat “Ah Chong tidak menyedari kedatangan kawannya kerana terlalu ____________ membaca buku kegemarannya” kata “leka dan asyik sesuai digunakan. | Makna | 27.06.2022 |
Cara memohon kebenaran untuk memasang singboard | Salam sejahtera, Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan/puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik Panduan untuk jenis iklan Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat. Proses kelulusan mengambil masa 3 hari bekerja selepas DBP menerima bayaran daripada bank pelanggan. | Lain-lain | 21.04.2022 |
No permohonan 86389/2020 Permohonan kami sudah melebihi sebulan tetapi tiada kelulusan diberikan. Kami telah perbetulkan kesalahan ejaan pada papan tanda kami. Tolong luluskan permohonan kami secepat mungkin. Pembetulan telah dihantar 4 hari yang lepas. | Berdasarkan semakan daripada pihak kami, permohonan iklan tuan telah pun diluluskan pada5/11/2020 yang lalu. Sila cetak sijil pengesahan tersebut. Tuan/puan perlu mengklik ikon cetak (berwarna merah) di sebelah kanan permohonan yang berstatus lulus. Terima kasih. | Lain-lain | 05.11.2020 |
Pengesahan untuk bahan promosi bagi keperluan Majlis Daerah Baling. Mohon pihak tuan dapat memberikan maklum balas | Salam sejahtera, Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan/puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik Panduan untuk jenis iklan Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat. Proses kelulusan mengambil masa 3 hari bekerja selepas DBP menerima bayaran daripada bank pelanggan. Sekian, terima kasih.
| Lain-lain | 21.09.2022 |
Semakan ejaan dan kelulusan | Permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan/puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik Panduan untuk jenis iklan Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat. Sila betulkan kepada SDN. BHD. (titik perlu untuk singkatan) dan NO. LESEN: (Masukkan titik ). | Lain-lain | 06.04.2022 |
BAGAIMANA MEMBUAT PERMOHONAN BAGISIJIL PENGESAHAN BAHASA, DEWAN BAHASAN DAN PUSATAK DAN MENDAPATKAN PENGESAHAN BAGI VISUAL PAPAN IKLAN (PERMOHONAN BAGI PERMOHONAN PERTUKARAN/TAMBAHAN JENIS PERNIAGAAN ATAU PAPAN IKLAN- MAJLIS PERBANDARAN) | Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan/puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman web dbpsahbahasa.my. Proses kelulusan mengambil masa tiga hari bekerja selepas DBP menerima bayaran daripada bank pelanggan. Terima kasih. | Lain-lain | 27.07.2021 |
Sila megemukakan Surat pengesahan penggunaan Bahasa Kebangsaan pada lakaran iklan yang dilampirkan di bawah | Salam sejahtera, Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan/puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik Panduan Pendaftaran di laman web dbpsahbahasa.my. 2. Caj sebanyak RM10.00 akan dikenakan untuk jenis iklan Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat. Proses kelulusan mengambil masa 3 hari bekerja selepas DBP menerima bayaran daripada bank pelanggan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 03.11.2020 |