Minta pandangan pihak tuan untuk ayat ini: Puan Erma sangat kreatif dalam menganyam bakul. | Ayat "Puan Erma sangat kreatif dalam menganyam bakul" tidak gramatis. Perkataan "menganyam" digunakan untuk "mengkuang, pandan, buluh atau rotan". Contohnya "menganyam mengkuang untuk dijadikan bakul" dan lain-lain. | Tatabahasa | 25.02.2015 |
Jawapan manakah yang betul ? Nenek membentangkan _______tikar mengkuang di halaman lalu menaburkan beberapa _________ padi untuk dijemur. A Sekajang.......genggam B Segelung.......gemal C segulung.......cekak D sehelai......cupak | Jawapan yang betul ialah D. sehelai .... secupak... | Tatabahasa | 21.05.2013 |
Maaf, saya ingin bertanya. Nenek Salwa melayur sayur mengkuang itu dengan bara api dengan berhati-hati. Adakah betul penggunaan dengan tersebut? Bolehkah kita menggunakan "dengan" di dalam ayat sebanyak dua kali? Mohon penjelasan pihak DBP. | Ayat tersebut betul dan perkataan dengan boleh digunakan sebanyak dua kali dalam satu ayat. | Tatabahasa | 30.07.2020 |
Adakah ayat berikut betul atau salah? Anyaman tikar mengkuang itu amat kemas sekali. Pengguaan 2 kata penegas adalh salah, tetapi banyak soalan yg mnggunakn ayat spt di ats dibetulkn dlm skema jwpn. | Frasa amat kemas sekali boleh digunakan. Untuk makluman tuan, amat dan sekali merupakan kata penguat bebas. Kata penguat amat, sungguh dan sangat boleh diikuti kata penguat belakang sekali. | Tatabahasa | 31.08.2013 |
Selamat pagi. Mohon jasa baik tuan/puan tolong mengenalpastikan kesalahan ayat berikut: 1). Kapten mengangkat piala yang dimenangi bersama-sama pasukannya setelah meraih kemenangan dalam pertandingan bola sepak. 2). Polis berjaya menangkap penyeluk saku yang sedang beroperasi di perhentian bas itu. 3). "Tikar mengkuang ini anyaman saya," kata Kak Akmar. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah i. Kapten mengangkat piala yang dimenangi bersama-sama ahli pasukannya setelah meraih kemenangan dalam pertandingan bola sepak. ii. Polis berjaya menangkap penyeluk saku di perhentian bas itu. iii. "Tikar mengkuang ini anyaman saya," kata Kak Akmar. | Tatabahasa | 14.01.2020 |
Selamat sejahtera. Maaf, saya bertanya mengenai penggunaan perkataan dengan di dalam satu ayat. Adakah dibolehkan menggunakan perkataan dengan sebanyak dua kali di dalam satu ayat? Contoh: Nek Salwa melayur daun mengkuang dengan bara api dengan berhati-hati. Mohon pencerahan pihak DBP. | Ayat tersebut betul dan perkataan dengan boleh digunakan sebanyak dua kali dalam satu ayat. | Tatabahasa | 29.07.2020 |
1. Sila jelaskan perbezaan antara "Sungguhpun" dan "Mahupun". Apakah konteks ayat untuk menggunakan "Sungguhpun" dan "Mahupun" masing-masing? Sila beri contoh ayat untuk menunjukkan perbezaan. 2. Sila jelaskan perbezaan antara "namun" dan "tetapi". Apakah konteks ayat untuk menggunakan "namun" dan "tetapi" masing-masing? Sila beri contoh ayat untuk menunjukkan perbezaan. 3. Nenek mangajar kakak menyulam tikar mengkuang. Adakah kesalahan untuk ayat di atas? Terima kasih. | 1. Sungguhpun, walaupun, mahupun, meskipun dan kendatipun adalah sebahagian daripada kata hubung keterangan yang yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Tidak ada perbezaan dalam penggunaan kata hubung sungguhpun ataupun mahupun begitu juga dengan walaupun dan meskipun. 2. Kata "namun" membawa banyak maksud dan antara maksudnya ialah tetapi. Oleh itu, penggunaan namun dan tetapi boleh bertukar ganti seperti walaupun begitu namun/tetapi ia masih perlu mengetahui sebab-musabab anak muridnya itu menangis. Untuk maklumat lanjut, rujuk Kamus Dewan. 3. Ayat itu gramatis. | Tatabahasa | 26.08.2011 |
Adakah perkataan 'usang' hanya boleh diguna pakai dalam ayat berkaitan benda-denda konkrit seperti rumah, bangunan, jambatan dan sebagainya tetapi bolehkah "usang" diguna untuk pakaian atau kain? | Mengikut kamus usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan: tikar mengkuang yg sudah begitu ~; 3. sudah tidak biasa lagi dipakai (perkataan, barang, dll), kuno. Oleh itu tidak terhad makna usang untuk benda konkrit sahaja. | Makna | 13.08.2008 |
Tuan, adakah ayat-ayat di bawah ini gramatis? Mulut pelakon itu kumat-kamit menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan. Dompet itu diperbuat daripada kulit ikan pari. Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja sementara menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat. Kakinya bengkak kerana disengat oleh seekor lebah. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang tentang masalah disiplin para pelajar. Buku nota yang dibeli tadi ada pada Leong Man. Ibu sedang menjerang air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya. Nelayan tua itu tidur bertilamkan tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut. Mak Tijah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga | 1. Bibir pelakon itu kumat-kamit menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan. 2. Dompet itu diperbuat daripada kulit ikan pari. 3. Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja sementara menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat. 4. Kakinya bengkak kerana disengat oleh seekor lebah. 5. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang tentang masalah disiplin pelajar. 6. Buku nota yang dibeli tadi ada pada Leong Man. 7. Ibu sedang menjerang air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya. 8. Nelayan tua itu tidur bertilamkan tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut. 9. Mak Tijah tidak menduga anaknya yang dahulunya lemah dalam pelajaran, kini bergelar siswazah. 10. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah belakang parang sekalipun, kalau diasah akan tajam juga. | Tatabahasa | 13.05.2020 |
Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis? | Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu. | Lain-lain | 23.06.2008 |