Salam sejahtera. Apakah beberapa bentuk kata terbitan yang muncul daripada kata dasar 'kongsi'? Adakah kata kerja 'mengkongsikan' betul penggunaannya dalam bahasa Melayu, atau ada bentuk yang lain? Terima kasih. | Perkataan kongsi boleh menerbitkan beberapa perkataan yang lain seperti berkongsi, mengongsi dan perkongsian. Mengongsi bermaksud menggunakan atau menduduki bersama-sama. | Tatabahasa | 08.06.2013 |
definisi atau istilah yang sesuai untuk pernyataaan ini, "kebolehan membayangkan dan mengongsi perasaan, pengalaman orang lain" terima kasih | Perkataan yang hampir membawa maksud huraian tersebut ialah empati (daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain) | Makna | 23.08.2006 |