Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngo.pé/] | مڠوڤيق

Definisi : menghisap susu ibu, menyusu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngo.pé/] | مڠوڤيق

Definisi : 1. mengupas (kulitnya), mengobak, menguliti, membelah buah (utk mendapat isinya): ~ kelapa; ~ durian; 2. mengupas (mengubik) sedikit: ~ dgn hujung pisau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngo.pé/] | مڠوڤيق

Definisi : 1 membuang kulit buah-buahan; mengupas; mengopak (utk mengambil isinya): ~ kelapa. 2 mengupas sedikit: ~ buah-buahan dgn hujung pisau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengopek


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana membeza perkataan "mengopek dan mengupas"? mengopek durian atau mengupas durian?Dalam Kamus Dewan mengopek sama maksudnya dengan mengupas, iaitu membelah buah untuk mendapat isinya.Makna13.01.2013
mengopek buah kelapa atau mengopak buah kelapa?tqmengopek kelapaTatabahasa05.09.2012
Bapa sedang __________ durian. (membuka/mengopek/membelah) Apakah katakerja yang sesuai digunakan dalam ayat di atas?Bapa sedang mengopek durian.Tatabahasa31.07.2012
Bapa sedang ______ durian. ( mengopek / mencekah / membelah / mengupas ) Jawapan yang mana betul?

Saudari/saudari,

Mengopek berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud membuang kulit buah-buahan, mengupas, mengopak (utk mengambil isinya). Mengupas sedikit: ~ buah-buahan dgn hujung pisau.

Mencekah pula bermaksud 1. = bercekah; 2. memecahkan (dgn mengapit kedua-dua belah tangan): ~ buah manggis; 3. melebarkan (membuka) sudut (kangkang dll), membelah, menguakkan: cekahlah tulang itu dan dedahkan alat-alat pembiakannya; ~ buah durian.

Manakala membelah membawa maksud, memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah.

Mengupas merujuk kepada, membuang atau menanggalkan kulit sesuatu: ~ kelapa; ~ limau. 2 menghuraikan sesuatu dgn teliti; mengulas.

Jawapan yang betul ialah mencekah.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa14.08.2012
Salam, Kakak _____ kulit buah kiwi itu sebelum memakannya. A mengopak B mengupas C mengopek D memenggal (A atau B atau C?) Kebanyakan kejadian kebakaran berpunca daripada _____ orang ramai menjaga keselamatan. A kecuaian B kelupaan C kelekaan D kealpaan (A atau D??) Apakah jawapan yang paling sesuai??1. Merujuk Kamus Dewan, perkataan mengupas juga membawa maksud mengopak dan mengopek. Oleh itu, ketiga-tiga perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut. 2. Jawapan yang betul ialah kecuaian. Untuk maklumat lanjut sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan lihat makna setiap perkataan yang tersebut.Tatabahasa19.06.2013

Kembali ke atas