Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngo.to.ri] | مڠوتوري

Definisi : menyebabkan kotor pd: bekas kasut yg ~ lantai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngo.to.ri] | مڠوتوري

Definisi : menjadikan kotor (oleh sesuatu yg bersifat kotor): Sampah sarap yg ~ lantai itu disapunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengotori


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Sisa makanan yang tertumpah itu itu.................meja makan. a.mengotori b.mengotorkan mana satu jawapan yang betul? dan apakah alasannya?Mengotori bermaksud menjadi kotor pada dan mengotorkan bermaksud menyebabkan menjadi kotor. Berdasar makna yang tersebut mengotori dan mengotorkan boleh digunakan dalam konteks ayat yang tersebut.Tatabahasa20.06.2013
Apa perbedaan antara -i dan -kan seperti pada kata-kata 1. membasahi dan membasahkan 2. mengotori dan mengotorkan 3. memanasi dan memanaskan Mohon berikan penjelasan. Terima kasih.

Dari segi fungsi, kedua-duanya membentuk kata kerja transitif, oleh itu memerlukan objek. Walau bagaimanapun, dari segi makna, terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

1.      Persamaannya ialah kedua-duanya akhiran ini membawa maksud “kausatif”. Contoh:

A. Besarkan – menyebabkan sesuatu menjadi besar

B. Tinggikan – menyebabkan sesuatu menjadi tinggi

 

2.      Perbezaannya ialah akhiran -kan mengandungi unsur “benefaktif”, manakala akhiran -i mengandungi unsur tempat atau “lokatif”. Contoh:

A.      Belikan – membeli untuk orang lain

B.      Naiki – naik ke suatu tempat

Tatabahasa17.02.2020
Salam. Bagaimanakah hendak membezakan antara mencemarkan dengan mencemari?Mencemari bermaksud menjadikan cemar; atau mengotori: contoh ayat, Tingkah laku yg tidak sopan telah mencemari nama baiknya. Manakala mencemarkan bermaksud menyebabkan menjadi cemar; atau mengotorkan: contoh ayat, Dia mencemarkan kawasan itu dengan sampah sarap.Tatabahasa19.05.2010
I Air hujan yang lebat itu telah menenggelami seluruh kawasan kampung. II Sampah-sarap yang bertaburan telah mengotori kawasan tanaman. III Saya tidak suka menyalahi orang lain jika berlaku kesilapan. IV Sultan telah menganugerahi sebutir pingat kebesaran kepada abang. A I dan II B I dan III C II dan III D IIIdan IVJawapan yang betul ialah A.  I dan IILain-lain05.07.2015
Pilih ayat yang betul.1 Air hujan yang lebat itu telah menenggelami seluruh kawasan kampung. 2 Sampah sarap yang bertaburan telah mengotori kawasan tanaman. 3 Saya tidak suka menyalahi orang lain jika berlaku kesilapan.Tuan/puan, 
Jawapan ketiga yang betul.
Tatabahasa25.06.2015
Saudara, bolehkah saudara menjelaskan kemusykilan saya tentang perkara-perkara berikut ? 1. a) Barang-barangnya kecurian malam tadi. b) Barang-barangnya dicuri malam tadi. Mana satukah yang tepat dari segi penggunaan imbuhannya ? 2. a) Hadiah itu dimenangi oleh Wei Lun. b) Hadiah itu dimenangi Wei Lun. c) Rumput-rumput itu dibasahi hujan. Saya inginkan penjelasan tentang penggunaan imbuhan 'di-....i' dan kata sendi nama 'oleh' bagi contoh ayat-ayat tersebut. 3. Antara 'berlepas ke' dan ' berlepas dari', adakah kedua-duanya tepat ? Keprihatinan daripada pihak saudara untuk menghuraikan permasalahan tersebut saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih !

1. Barang-barangnya dicuri malam tadi - ayat (imbuhan) yang betul

2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Apitan di-...-i diterangkan bahawa apitan di-...-i ialah bentuk pasif bagi meN-...-i, contohnya mempelopori - dipelopori; Gerakan menuntut kemerdakaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan, mengotori - dikotori; Selepas hujan bilik darjah dikotori oleh tanah lumpur. Kata sendi nama oleh yang kedudukannya selepas kata kerja boleh digugurkan secara pilihan. Ketiga tiga ayat contoh yang diberi adalah betul.

3. Berlepas ke dengan berlepas dari, kedu-duanya adalah betul. Yang pertama menunjukkan tempat yang dituju (berlepas ke angkasa lepas) dan kedua menunjukkan tempat asalnya/punca (berlepas dari Terminal ...) 

Tatabahasa25.05.2008
Saya mahukan kepastian mengenai penutup surat rasmi. Biasa kita lihat "Segala kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih". Ayat di atas ialah ayat songsang. Jika ditukar menjadi ayat biasa dalam bentuk ayat aktif akan menjadi "Saya mendahului dengan ucapan terima kasih segala kerjasama daripada pihak tuan". Susunan ayat ini tidak gramatis kerana tergantung. Sepatutnya ditulis begini mengikut pemahaman saya. Susunan ayat biasa "Saya mendahulukan ucapan terima kasih atas kerjasama daripada pihak tuan". Susunan ayat songsang "Atas kerjasama yang diberikan saya dahulukan ucapan terima kasih". kalau "didahului dengan", kata kerja aktifnya ialah mendahului. sepatutnya mendahulukan. Apa pandangan DBP tentang perkara ini?

Tuan/puan yang budiman,

 

Apitan di-…-kan ialah bentuk pasif bagi meN-…-kan. Ciri apitan ini dan maknanya sama seperti yang terkandung dalam imbuhan meN-…-kan.

 

Contoh:

 

mendahulukan (aktif)      -         didahulukan (pasif)

menyatakan (aktif)          -        dinyatakan (pasif)

 

Seperti di-…-kan, apitan di-…-i ialah bentuk pasif bagi kata kerja aktif meN-…-i, contohnya:

 

mendahului  (aktif) -           didahului (pasif)

mengotori (aktif)      -           dikotori (pasif)

 

 

Oleh itu, ayat yang betul yang lazim digunakan ialah:

 

i.              Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

 

ii.            Perhatian dan kerjasama tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Lain-lain10.10.2018

Kembali ke atas