1.Sisa makanan yang tertumpah itu itu.................meja makan. a.mengotori b.mengotorkan mana satu jawapan yang betul? dan apakah alasannya? | Mengotori bermaksud menjadi kotor pada dan mengotorkan bermaksud menyebabkan menjadi kotor. Berdasar makna yang tersebut mengotori dan mengotorkan boleh digunakan dalam konteks ayat yang tersebut. | Tatabahasa | 20.06.2013 |
1) Apakah perbezaan antara berangkat dengan bercemar duli? 2) Apakah perbezaan antara takhta dengan singgahsana? 3) Bolehkah kata ganti nama diri ketiga "baginda" digunakan utk merujuk kepada Perdana Menteri ? 4) Apakah penggunaan bagi perkataan "tuan hamba"? Terima Kasih ! | 1) Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “berangkat” bermaksud mula berjalan atau bertolak manakala “bercemar duli” bermaksud mengotorkan kaki (sudi mengunjungi sesuatu tempat dan digunakan untuk raja-raja sahaja). 2) Takhta dan singgahsana membawa maksud yang sama, iaitu tempat raja bersemayam. 3) Kata ganti nama diri ketiga “baginda” hanya digunakan untuk raja sahaja. 4) “Tuan hamba” merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama. Tuan hamba yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai “tuan hamba” dan orang yang berbicara dikenali sebagai “hamba”. | Lain-lain | 22.01.2022 |
Apa perbedaan antara -i dan -kan seperti pada kata-kata 1. membasahi dan membasahkan 2. mengotori dan mengotorkan 3. memanasi dan memanaskan Mohon berikan penjelasan. Terima kasih. | Dari segi fungsi, kedua-duanya membentuk kata kerja transitif, oleh itu memerlukan objek. Walau bagaimanapun, dari segi makna, terdapat perbezaan antara kedua-duanya. 1"> 1. Persamaannya ialah kedua-duanya akhiran ini membawa maksud “kausatif”. Contoh:1"> A. Besarkan – menyebabkan sesuatu menjadi besar1"> B. Tinggikan – menyebabkan sesuatu menjadi tinggi1"> 1"> 2. Perbezaannya ialah akhiran -kan mengandungi unsur “benefaktif”, manakala akhiran -i mengandungi unsur tempat atau “lokatif”. Contoh: 1"> A. Belikan – membeli untuk orang lain1"> B. Naiki – naik ke suatu tempat1"> | Tatabahasa | 17.02.2020 |