Salam, Saya ingin mendapatkan pengesahan yang mana yang betul antara; i. Audit atau Odit ii. Menguar uarkan atau mengwar warkan sekian, terima kasih | Jawapan yang tepat ialah 1. audit, 2. menguar-uarkan. | Lain-lain | 08.07.2010 |
Terima kasih atas jawapan yang telah lalu. Ada jawapan (seperti mutiara kata ialah simpulan bahasa) dapat meningkatkan keyakinan saya menggunakan bahasa dan memberikan panduan kepada pelajar. Soalan: “Perkara itu sudah diuar-uarkan melalui akhbar dalam talian.” Benarkah kata kita boleh “menguar-uarkan” sesuatu melalui akhbar? | Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan kata "menguar-uarkan" ; meneriak-neriakkan sesuatu utk memberitahu orang ramai, mengumumkan (memberitahukan) sesuatu dgn suara yg kuat; 2. ki menghebahkan atau menyiar-nyiarkan khabar (berita dll): sejak agama Tuhan masuk ke mari, adat lama pusaka usang yg diuar-uarkan Belanda itu tidak ada lagi. Oleh yang demikian, kata menguar-nguarkan boleh digunakan untuk tujuan penghebahan atau pemberitahuan dalam media massa. | Tatabahasa | 05.03.2009 |
slogan merupakan kata yang pendek tetapi memberi kesan. siapakah yang mencipta slogan kami prihatin dan anda bijak jauhi zina? | Pertanyaan saudara di luar skop Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila rujuk organisasi yang menggunakan/menguar-uarkan slogan berkenaan. | Lain-lain | 13.01.2011 |
mana satu perkataan yang betul digunakan iaitu diuar-uarkan atau diwar-warkan. Cth ayat: Jabatan Penerangan memohon kerjasama RTM untuk ................ Pusat Maklumat Rakyat. saya dah cari melalui carian kata kategoro kamus tapi tidak ada. Harap dibantu. Sekian, terima kasih. | Perkataan yang digunakan ialah diuar-uarkan atau menguar-uarkan. | Tatabahasa | 22.09.2008 |
1. Adakah perkataan war-war / mewar-warkan boleh digunakan dalam ayat sebagai pemberitahuan atau menyampaikan sesuatu maklumat kepada orang ramai. 2. Bagaimanakah ayat yang sesuai digunakan untuk perkataan tersebut. | Perkataan/ejaan yang betul ialah uar-uar, menguar-uarkan atau wara-wara, contoh penggunaannya: Adat lama yang diuar-uarkan Belanda tidak lagi dipakai setelah kedatangan Islam. | Tatabahasa | 28.05.2012 |
apakah kesalahan imbuhan dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1. Kawasan rekriasi diwujudkan bagi memberi peluang kepada anggota masyarakat untuk beriadah. 2.Penjual surat khabar lama mengwar-warkan kutipkan kertas dan majalah lama di kawasan perumahan tersebut. | 1. Kawasan rekreasi diwujudkan untuk memberi peluang kepada anggota masyarakat untuk beriadah. 2. Penjual surat khabar lama menguar-uarkan kutipan kertas dan majalah lama di kawasan perumahan tersebut. | Tatabahasa | 28.02.2013 |