'merobah' atau 'mengubah',manasatu yang boleh digunakan? | Perkataan yang betul ialah mengubah. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1338, perkataan merobah merujuk mengubah. Oleh itu, istilah yang baku ialah mengubah. | Ejaan | 15.03.2009 |
Apa perbezaan "merubah" dan "mengubah". Sila ambil maklum saya ingin mengadakan sebuah pertandingan mencipta blog berdasarkan tema "Broadband Merubah Hidup Saya". | Kata 'merubah' daripada kata dasar 'rubah' yang bermaksud mengubah. Kata 'mengubah' adalah kata terbitan 'ubah'. | Makna | 22.10.2009 |
Adakah komputer mengubah pemikiran kita? | Pertanyaan ini lebih berbentuk tugasan pelajar dan memerlukan kajian dan penyelidikan yang terperinci. Saudara digalakkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk menyelesaikan tugasan kuliah saudara. | Lain-lain | 15.08.2010 |
Saya ingin membuat pertanyaan berkaitan dengan perkataan merubah(mengubah/merobah) yg sebelum ini tidak ada dalam senarai perkataan ( kamus) tetapi kini di dalam kamus dewan edisi iv telah disenaraikan.Boleh jelaskan kenapa perkataan merubah telah diterima pakai? | Perkataan merubah bermaksud menjadikan lain daripada yang asal. Perkataan ini merupakan perkataan lama dan daripada kata dasar rubah, oleh itu diberi awalan me- menjadi merubah. Makna yang sama dengan perkataan ini ialah mengubah dan menukar. | Tatabahasa | 30.04.2010 |
Tanaman secara SRI (system of Rice Intensification) merupakan satu kaedah untuk meningkatkan penghasilan padi dengan mengubah sistem pengurusan pokok, tanah, air dan permakanan. Kaedah SRI menjadikan tanaman lebih sihat, tanah dan pokok yang lebih produktif dengan menggalakkan pembesaran akar yang lebih besar. Ia juga akan menjaga dan mewujudkan organisma dalam tanah. | Berikut merupakan ayat yang telah dipinda. Tanaman secara SRI (system of Rice Intensification) merupakan satu kaedah untuk meningkatkan penghasilan padi dengan mengubah sistem pengurusan pokok, tanah, air dan pemakanan. Kaedah SRI menjadikan tanaman lebih sihat, tanah dan pokok lebih produktif dengan menggalakkan pembesaran akar yang lebih besar serta menjaga dan mewujudkan organisma dalam tanah. | Tatabahasa | 14.10.2013 |
1. (terjebak dalam/ terjebak dengan) Manakah satu yang betul? 2. Adakah "merubah" sama dengan "mengubah" dan bolehkah kedua-dua perkataan ini digunakan dalam konteks ayat yang sama? 3. Apakah perbezaan antara "tatkala" dengan "apabila"? 4. (berpusu-pusu/ berduyun-duyun/ berbondong-bondong) Apakah perbezaannya? Bolehkah anda berikan contoh ayat untuk setiap perkataan? Selain itu, kalau boleh, berikan sebab-sebab anda memilih jawapan anda. Terima kasih saya ucapkan. | 1. Kedua-duanya boleh digunakan pada maksud yang sesuai. 2. Ya, boleh. Kerana antara makna merubah ialah 'mengubah'. 3. Tatkala: ketika (itu), pd masa (itu), wakdontu (itu). Apabila: semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala 4. kesemuanya membawa maksud yang sama. | Lain-lain | 07.08.2009 |
sila tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. 1. Encik Ali menjelaskan keputusan Mesyuarat Lembaga Disiplin kepada ahli-ahli persatuan. 2. Sejak dahulu lagi, pelumba-pelumba haram mempersendakan undang-undang negara. 3. Pihak berkuasa akan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa tanah runtuh baru-baru ini. terima kasih | Dalam proses. | Tatabahasa | 19.07.2010 |
1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik. | Sila jelaskan soalan saudara. | Lain-lain | 08.12.2011 |
Merujuk Tatabahasa Dewan m/s72, kata majmuk tidak dapat disisipkan dengan unsur lain seperti "kerusi malas" kerana akan mengubah maksud menjadi kerusi yang malas. Mengapa hak milik m/s73 menjadi kata majmuk berbentuk khusus sedangkan hak(membawa maksud milik dalam kamus dewan) dan boleh disisipkan kata hubung "dan" misalnya hak dan milik. | Perkataan 'hak milik' ialah kata majmuk berbentuk istilah, iaitu rangkai kata yang membawa satu konsep. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
Percayalah, apa yang dirasakan anda tentang sesuatu perkara itu hasil daripada cara mana anda memikirkan tentang perkara itu. Jika sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang dirasakan oleh anda. Mereka membincangkan tentang masalah hedonisme yang semakin berleluasa di kalangan remaja dewasa kini walaupun pelbagai-bagai langkah telah kerajaan ambil bagi mengatasi masalah tersebut. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas beserta dengan alasan-alasannya.Terima kasih | Sdr, berikut adalah pembetulan yang dapat difikirkan ketika ini. untuk alasannya rujuk buku Tatabahasa Nahu Melayu Mutakhir oleh Prof Datuk Dr. Asmah Hj. Omar .Terima kasih Ejaan yang salah – merialisasikan -merealisasikan Menganalisa - menganalisis Berserta - berserta. Percayalah, apa yang anda rasakan tentang sesuatu perkara itu adalah hasil daripada cara anda memikirkannya. Jika sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang dirasakan oleh anda. Mereka membincangkan tentang hedonisme yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja dewasa kini walaupun pelbagai langkah telah ambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas berserta dengan alasan-alasannya.Terima kasih | Tatabahasa | 26.09.2007 |