Apakah perbezaan antara perubahan dan pengubahan? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perubahan ialah perihal berubah, manakala pengubahan ialah perihal mengubah atau mengubahkan sesuatu. | Makna | 28.12.2009 |
1. Bila perlu guna perkataan penukaran dan pertukaran 2. Ejaan pengwujudan yang betul | 1. Penggunaan setiap kata perlu bersesuaian dengan maksudnya; penukaran merujuk perihal menukarkan (mengubahkan, memindahkan, menggantikan, dan lain-lain), contohnya: diadakan penukaran tandatangan sebagai cenderamata; manakala pertukaran merujuk perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian, perubahan, perbuatan, bertukar-tukar pendapat dan sebagainya, contohnya: sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki pertukaran dari satu jenis ke satu jenis yang lain. 2. Ejaan yang betul ialah pewujudan. | Tatabahasa | 14.01.2011 |
Assalamualaikum... Saudara, Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang perkataan 'merubah'. Mengapa perkataan ini diterima sedangkan tiada imbuhan 'mer' dalam bahasa Melayu? Terima kasih. | Di bawah entri ubah kata terbitan yang ada antaranya ialah berubah, mengubah, perubahan dan mengubahkan, manakala kata terbitan merubah berasal dari kata dasar rubah yang bermaksud berubah menjadi lain, atau bertukar rupa, warna, dan lain-lain. | Tatabahasa | 03.08.2009 |