| Apakah perbezaan dari segi penggunaan perkataan 'mengatakan' dengan 'menyatakan'? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menyatakan bermaksud menjadikan nyata, menerangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. memberitahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ketibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja. Manakala dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, mengatakan ialah memberitahukan; menceritakan: Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2 mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan: Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3 menyifatkan; memisalkan: Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi. | Makna | 23.04.2014 |
| Adakah perkataan "tawari" itu betul? atau kita haya boleh menggunakan menawari? | Istilah tawari tidak wujud dalam sistem kami. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud menawari ialah memberikan sesuatu (pekerjaan dsb) kepada, mengubat (dengan jampi, mantera, guna-guna, tepung tawar, dan lain-lain), menjampi, memanterai, menambari, atau memujuk, memikat, menambat (hati perempuan). | Istilah | 27.12.2016 |