Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.cap.kan] | مڠوچڤکن

Definisi : 1 melafazkan atau menyebut kata-kata tertentu (spt doa, sumpah). 2 melahirkan atau menyatakan perasaan dgn kata-kata: Emaknya ~ syukur kpd Tuhan kerana telah selamat drpd bahaya itu. 3 melisankan atau melafazkan sesuatu (kata, huruf dll): Dia ~ kata-kata itu dgn kuat dan jelas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ucap (kata nama)
Bersinonim dengan ujar, bunyi, lafaz, kata, sebutan;,
Kata Terbitan : berucap, mengucapkan, ucapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah ayat-ayat di bawah betul; 1. Keluarga Ali mengucapkan terima kasih yang berbanyak-banyak kepada penderma itu. 2. Ali mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu yang hadir pada hari itu.Ayat yang gramatis ialah:
1. Keluarga Ali mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada penderma itu.
2. Ali mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu yang hadir pada hari itu.
Tatabahasa24.10.2012
saya mengucapkan terima kasihSama-sama.Lain-lain28.07.2010
“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta bengkel.” Inilah ungkapan yang biasa kita gunakan. Mengapakah ada orang berkata ungkapan ini tidak tepat. Adakah kerana ungkapan “terima kasih” tidak boleh dibilang?Ungkapan ini boleh digunakan. "Ribuan terima kasih"  digunakan sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga yang diucapkan kepada peserta bengkel.Tatabahasa25.11.2009
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak anda kerana bertindak balas dengan serta merta setelah pertanyaan saya dihantarkan. Kecuali dari peribahasa, ada apa lagi tajuk yang saya boleh rujukkan untuk mendapat maklumat tentang bandingan semacam atau bahasa kiasan seperti pertanyaan yang saya buat sebelum ini? Terima kasih.

Buku-buku yang mungkin boleh dijadikan rujukan saudara ialah:

1. Peribahasa Sekolah Menengah , Asiah Abdul Rahman, DBP 2008.

2. Kamus Peribahasa Melayu ke Inggeris edisi kedua, Shamsuddin Ahmad, PTS 2007.

3. Minda Melayu, Penyelenggara Anwar Ridhwan, DBP 2008.

4. China- Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, Abdul Rahman Hj Ismail, DBP 2001

Ada judul yang saya tidak ingat , ditulis oleh Amir Muslim, tentang peribahasa Melayu dan peribahasa Inggeris yang sepadan/sesuai. Mungkin buku ini boleh dicari di kedai buku di luar DBP.

Penyelidikan27.04.2011
apakah maksud mengucapkan syukur? mengapakah kata mengucap syukur salah? mihun yang betul atau bihun?

Mengucap syukur betul dari segi tatabahasa. Kedua-duanya betul bermaksud mi yang halus.

Tatabahasa05.08.2010
1.Saya mengucapkan semoga cepat sembuh kepada Ali. Adakah ayat di atas betul?

Ayat tersebut betul.

Tatabahasa14.04.2010
saya ada kekeliruan berhubung beberapa perkataan. cth spt di bwh :- 1) Pengerusi mengucapkan terima kasih ke atas kehadiran semua ... Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ... 2) Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 antara segamat - labis Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 di antara segamat - labis 1) kontraktor mstilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah sebutharga ini. 1) kontraktor mstilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam sebutharga ini. kekeliruan - ke atas & di atas, antara & di antara dan di bawah & di dalam. mana yang betul? Tk.

Penggunaan beberapa perkataan dalam contoh ayat yang diberi telah di buat pembetulan, iaitu:

1) Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua (di atas dan ke atas menunjukkan tempat/arah) 

2) Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 di antara Segamat dengan Labis (penggunaan di antara melibatkan konsep ruang, manakala penggunaan antara tidak melibatkan konsep ruang)

1) Kontraktor mestilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan dalam sebut harga ini (penggunaan di dalam melibatkan konsep ruang)

Tatabahasa09.03.2011
kata mengucap syukur betul ke? atau mengucapkan syukur? atau mengucap kesyukuran? atau yang betul apa? dan apakah maksud kata tersebut?Kata yang betul ialah mengucapkan syukur.Tatabahasa29.07.2010
kenapa soalan ini salah: Badariah mengucapkan takziah di atas kematian ibu MutuKata sendi nama di atas hanya merujuk tempat, oleh itu penggunaan kata sendi yang betul dalam ayat ini ialah "Badariah mengucapkan takziah atas kematian ibu Mutu"Tatabahasa30.06.2009
1. Ali mengucapkan terima kasih (dan/sambil/lalu) membayar wang kepada tukang paip. 2. Ahli sukarelawan itu menulis laporan (serta/dan) memulangkan peralatan. soalan: kata hubung manakah yang boleh digunakan dalam kedua-dua ayat di atas? Terima kasih...Dari segi tatabahasa, kedua-dua kata hubung "dan" dan "sambil" boleh digunakan dalam ayat yang diberikan. (Ali mengucapkan terima kasih sambil membayar wang kepada tukang paip./Ali mengucapkan terima kasih dan membayar wang kepada tukang paip.) Kedua-dua kata hubung "dan" dan "serta" juga boleh digunakan dalam ayat kedua.(Ahli sukarelawan itu menulis laporan serta memulangkan peralatan./Ahli sukarelawan itu menulis laporan dan memulangkan peralatan.)Tatabahasa19.04.2012
123456

Kembali ke atas