Salam sejahtera Tuan/Puan 1) Apakah perbezaan antara 'pemahaman' dan 'kefahaman'? 2) Ayat manakah yang betul: 2a) Soalan disediakan bagi menguji pemahaman murid. 2b) Soalan disediakan bagi menguji kefahaman murid. Sekian, terima kasih. CK | 1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pemahaman bermaksud perihal memahami, atau apa yang difahami tentang sesuatu perkara, manakala kefahaman ialah keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yang dipelajari (dibaca dsb.). 2. Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 14.02.2012 |
Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya, apakah maksud sebenar 'menguji terima'. Ini seringkali digunakan dalam kontrak kerajaan di mana ianya tidak didefinisikan dalam kontrak itu sendiri. Oleh itu, orang sentiasa tertukar maksud 'menguji terima' dan 'menyelenggara'. Saya juga ingin bertanya apakah terjemahan terma ini di dalam bahasa Inggeris? Oleh itu, ingin meminta bantuan pihak Tuan/Puan untuk perkara ini. Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam, 1"> Untuk makluman tuan/puan perkataan/istilah “menguji terima” tidak terdapat dalam pangkalan data DBP , oleh itu, sila berikan ayat penuh atau istilah dalam bahasa Inggeris supaya pihak kami boleh memberikan konsep dan terjemahan yang betul dalam bahasa Melayu. 1"> | Istilah | 19.09.2018 |
ASSALAMUALAIKUM, Bolehkah perkataan menguji terima digunakan bagi tajuk sebut harga seperti di bawah ;KERJA-KERJA MEMBAIKI, MENYELENGGARA SERTA MENGUJITERIMA PINTU 'ROLLER SHUTTER' DI STOR PUKAL MENARA KASTAM JOHOR. Pihak kontraktor perlu membuat pengujian terlebih dahulu bagi memastikan roller-shutter door yang dipasang berfungsi dengan baik Sekian terima kasih | Waalaikumsalam, Untuk makluman tuan/puan perkataan/istilah “menguji terima” tidak terdapat dalam pangkalan data DBP , oleh itu, sila berikan ayat penuh atau istilah dalam bahasa Inggeris supaya pihak kami boleh memberikan konsep dan terjemahan yang betul dalam bahasa Melayu atau berdasarkan ayat tuan, tajuk sebut harga tersebut boleh digunakan seperti ini; KERJA-KERJA MEMBAIKI, MENYELENGGARA SERTA MENGUJI PINTU 'ROLLER SHUTTER' DI STOR PUKAL MENARA KASTAM JOHOR. 1"> | Istilah | 11.02.2019 |
SELAMAT PAGI, BERIKUT MERUPAKAN SOALAN SAYA. 1. PERKATAAN "REPUT" TERGOLONG DALAM GOLONGAN KATA KERJA ATAU KATA ADJEKTIF? 2. BOLEHKAH SAYA MENGUJI KELAS KATA BAGI KATA KERJA DENGAN KATA BANTU? TERIMA KASIH. | Encik Oo, Golongan kata bagi perkataan reput bergantung juga pada ayat. Dalam ayat: Keadaannya reput (kata adjektif). Lama-kelamaan bahan itu akan reput(kata kerja) | Tatabahasa | 16.04.2010 |
Selamat pagi, saya ingin bertanyakan tentang soalan berdasarkan buku teks Bahasa Malaysia Tahun 1 iaitu: Saya sawi. Makanlah saya untuk mendapatkan vitamin. Saya buah-buahan. Makanlah saya untuk mencegah penyakit. Di sini lampirkan soalan peperiksaan iaitu soalan 3: sayur-sayuran boleh mencegah penyakit@sayur-sayuran banyak mengandungi vitamin. Soalan 5: Buah-buahan boleh mencegah penyakit@Buah-buahan banyak mengandungi vitamin. Adakah kedua-dua jawapan ini boleh diterima sedangkan buku teks hanya menyatakan buah-buahan mencegah penyakit manakala sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin. Sekian,terima kasih. | Salam. Sayur dan buah, sememangnya kedua-duanya mempunyai kebaikan dan kelebihan yang sama. Dalam buku teks, berkemungkinan bertujuan untuk menguji kepekaan dan kemahiran berfikir kanak-kanak tersebut. Oleh itu, penggunaan kedua-dua jawapan untuk no.3 dan 5 adalah tidak salah, malahan guru digalakkan menggunakan kepelbagaian kreativiti untuk merangsang minda kanak-kanak, selagi tidak menyalahi fungsi dan penggunaannya dalam bahasa. | Makna | 22.05.2017 |
Saya berminat untuk mngembangkan bakat atau mengisi waktu apabila melangkah ke alam persaraan dalam masa 4 tahun 1/2 lagi. Walau bagaimanapun penumpuan idea atau kecenderongan ke arah skop penulisan belum ada lagi yang kukuh. masih mencari apa bidang yang sesuai dan mengarah pemikiran untuk menampilkan cetusan idea yang boleh diisi dalam pencernaan ayat dan perkataan yang begitu mantap untuk dibaca atau ditatap oleh segelintir manusia barangkali. Aliran pemikiran dan penulisan tidak menjurus kepada trend sesiapa kerana saya ingin gaya dan kekuatan tersendiri. Apakah yang boleh dilakukan buat permulaan sekarang ? Adakah elok saya menulis artikel atau penulisan awalan untuk mengukur sejauh mana kemampuan saya . Memang betul sebagai asas saya perlu banyak membaca supaya saya tahu pelbagai jurusan penulisan serta teknik yang digunakan. Perlukah saya belajar pelbagai teknik penulisan? Kalau saya ingin penulisan saya dibukukan bagimana caranya ? | Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penrbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba. | Lain-lain | 22.10.2009 |
apakah perbezaan perkataan kedudukan dan cabaran? | Makna kedudukan ialah 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenarnya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (ekonomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya;. Cabaran pula ialah 1. hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan); 2. ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, faktor, dsb) yg mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~;. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 27.06.2010 |
apa perbezaan antara menyiasat dan menyelidik | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan menyiasat bermaksud 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat. Perkataan menyelidik pula bermaksud 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk mendapat keterangan dsb tentang sesuatu: beberapa orang pakar sedang ~ kemungkinan agama Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh. | Istilah | 14.07.2009 |
bagaimanakah saya boleh memulakan karier sebagai seorang penulis? | Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Antara syarat-syarat penting untuk memulakan karier menjadi seorang penulis yang berjaya ialah: 1. Perlu mempunyai minat yang mendalam dan azam yang kental untuk menjadi seorang penulis. 2. Rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku, akhbar dan majalah. Juga membaca karya-karya bermutu (novel, drama, cerpen, puisi, rencana dan esei/kritikan) oleh penulis terkenal dan memenangi pelbagai hadiah/peraduan. 3. Mengikuti bengkel penulisan (novel, drama, cerpen, puisi, rencana, dll) yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. 4. Menjadi anggota persatuan penulis. Melaluinya sdr. boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di samping dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan penulis pelbagai kaum dan peringkat umur. 5. Rajin berkarya/bereksperimen tanpa mengenal putus asa. 6. Menghantar karya ke pelbagai penerbitan untuk tujuan penerbitan di samping menguji kemampuan sebagai seorang penulis. Selamat menjadi seorang penulis dan selamat berjaya! | Lain-lain | 30.12.2008 |
Tuan yang bijaksana. Dalam buku tatabahasa ada tertulis, kata sendi "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Frasa yang mengikuti kata sendi "tentang" menjadi hal yang diperlakukan. Kata sendi "terhadap" pula digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu seperti manusia, haiwan, atau benda. Oleh hal yang demikian, adakah penggunaan kata sendi "tentang" dalam ayat di bawah ini salah: 1. Kami sudah menguji orang yang terdahulu daripada mereka. Nyata apa yang diketahui oleh Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta. | Penggunaan "tentang" dalam ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 01.04.2013 |